Aplikasi desktop Dropbox tersedia untuk sistem pengendalian Linux, macOS, dan Windows. Menu keutamaan membolehkan anda untuk menyesuaikan aplikasi Dropbox mengikut citarasa anda.
Ketahui cara membuka dan melihat keutamaan apl desktop Dropbox anda.
Aplikasi desktop Dropbox tersedia untuk sistem pengendalian Linux, macOS, dan Windows. Menu keutamaan membolehkan anda untuk menyesuaikan aplikasi Dropbox mengikut citarasa anda.
Ketahui cara membuka dan melihat keutamaan apl desktop Dropbox anda.
Bahagian dalam artikel ini:
Ketahui bagaimana untuk mengoptimumkan aplikasi desktop untuk aliran kerja anda.
Bergantung pada sistem pengendalian anda (Linux, macOS, atau Windows), anda boleh melihat beberapa atau kesemua pilihan di bawah dalam menu keutamaan. Pada Linux, anda boleh mengubah sebahagian tetapan ini menggunakan perintah.
Mulakan Dropbox semasa sistem bermula
Anda boleh melancarkan Dropbox secara automatik setiap kali anda memulakan komputer anda. Pilihan ini disyorkan untuk memastikan folder Dropbox anda diselaraskan dalam talian dan ke komputer lain pada setiap masa.
Bahasa
Untuk menentukan bahasa lain daripada tetapan sistem pengendalian lalai, pilih daripada menu ini.
Lambang Dropbox
Pilih ini jika lambang Dropbox akan muncul setiap kali anda membuka fail Microsoft Office, untuk melihatnya hanya bila orang lain sedang melihat fail, atau untuk langsung tidak melihat lambang.
Buka folder dalam
Anda boleh memilih untuk membuka folder secara automatik dalam folder Dropbox dalam Finder/File Explorer atau aplikasi desktop. Ketahui cara untuk mengubah keutamaan itu.
Tentang Dropbox
Ini adalah versi semasa pemasangan Dropbox anda. Berikan nombor ini dalam kes sokongan atau untuk melihat jika anda ada versi terkini Dropbox.
Dalam tab akaun, anda boleh mendaftar masuk dan keluar dari akaun Dropbox anda, melihat pelan anda dan melihat ruang storan anda. Jika anda mempunyai dua akaun bersambung, anda boleh mendaftar masuk dan keluar dari akaun itu dalam tab ini. Jika anda mendaftar masuk ke kedua-dua akaun yang bersambung, anda boleh bertukar antar akaun dalam aplikasi desktop dengan mudah.
Peranti
Peranti yang dikonfigurasi untuk mengimport foto akan dipaparkan di sini.
Foto
Pilih jika anda mahu menghidupkan muat naik kamera untuk memuat naik foto dan video secara automatik dari telefon anda, kamera, kad SD, atau peranti lain apabila anda mencucuk ke komputer anda.
Tangkapan skrin
Setiap kali anda mengambil tangkapan skrin, Dropbox akan menyimpannya secara automatik ke Dropbox anda dan menyalin pautan ke papan klip supaya anda boleh berkongsinya dengan segera.
Untuk mengubah tetapan lebar jalur pada komputer Mac, klik Rangkaian, kemudian klik Ubah Seting… di sebelah Lebar jalur.
Kadar muat turun
Kadar muat naik
Penyelarasan LAN
Penyelarasan LAN adalah ciri rangkaian yang membolehkan anda untuk menjimatkan masa dan lebar jalur dengan memuat turun fail terus daripada komputer lain dalam rangkaian setempat anda. Membuang pilihan ini akan memaksa Dropbox untuk menyelaras daripada pelayan Dropbox setiap kali ia mengesan perubahan di dalam folder Dropbox anda.
Untuk mengubah tetapan proksi pada komputer Mac, klik Rangkaian, kemudian klik Ubah Seting… di sebelah Proksi.
Seting proksi
Apabila Manual dipilih, tetapan yang berikut akan boleh diedit:
Maklumkan saya tentang
Anda boleh menetapkan keutamaan pemberitahuan anda untuk memilih pemberitahuan apa yang diterima.
Jangan ganggu
Pada komputer Mac, anda boleh matikan pemberitahuan untuk waktu terhad. Pilih berapa lama pemberitahuan akan dimatikan.
Penyelarasan terpilih
Penyelarasan terpilih membolehkan anda memilih folder mana daripada akaun dalam talian Dropbox anda akan diselaraskan dengan folder Dropbox pada komputer anda. Jika anda membuang pilihan mana-mana folder, ia tidak akan muncul di dalam folder Dropbox anda, tetapi ia masih ada dalam akaun anda di dropbox.com. Kami syorkan supaya anda menggunakan penyelarasan terpilih untuk fail-fail yang tidak kerap digunakan.
Smart Sync
Smart Sync hanya disediakan untuk pengguna Dropbox Business, Plus, Family, dan Professional.
Jika anda memilih tetapan Setempat, fail dan folder baru yang anda tambah kepada akaun anda di dropbox.com akan dimuat turun ke pemacu keras komputer anda di dalam folder Dropbox.
Jika anda memilih tetapan Dalam talian sahaja, fail dan folder baru yang ditambah ke akaun anda di dropbox.com akan dipaparkan di dalam folder Dropbox pada komputer anda, tetapi cuma dalam talian sahaja.
Perhatian: Tetapan Smart Sync hanya dikenakan kepada folder peringkat teratas di dalam folder Dropbox utama anda. Semua fail dan folder peringkat bawahan akan mengikut tetapan folder induk, melainkan anda mengubahnya secara individu.
Pilih Benarkan pentadbir saya menguruskan tetapan ini untuk menggunakan tetapan lalai pasukan anda.
Mengapa fail saya dimuat turun ke komputer saya sedangkan Smart Sync saya ditetapkan kepada dalam talian sahaja?
Terdapat dua sebab fail boleh dimuat turun ke folder Dropbox komputer anda walaupun Smart Sync anda ditetapkan kepada dalam talian sahaja:
Mengapa, selepas menggunakan penyelarasan terpilih, folder saya berada dalam talian sahaja sedangkan Smart Sync saya ditetapkan kepada setempat?
Jika anda menggunakan Smart Sync (yang hanya tersedia kepada pengguna Dropbox Business, Plus, Family, dan Professional), anda masih boleh menggunakan penyelarasan terpilih untuk menyelaraskan folder dari dropbox.com ke folder Dropbox komputer anda. Folder-folder itu akan menyelaras ke komputer anda sebagai dalam talian sahaja tanpa mengira tetapan Smart Sync anda, tetapi anda boleh mengubahnya kepada setempat pada bila-bila masa.
Untuk mengubah folder daripada dalam talian sahaja kepada setempat:
Pilihan ini akan menukar lokasi folder Dropbox anda. Biasanya folder Dropbox anda akan dipasang di dalam folder pengguna anda (folder yang dinamakan mengikut log masuk anda). Bagaimanapun, anda boleh pilih mana-mana lokasi pada pemacu keras anda melalui pilihan ini.
Perhatian: Walaupun anda boleh memilih lokasi folder Dropbox anda, anda tidak boleh menukar nama folder Dropbox anda buat masa ini. Tidak kira di mana ia diletakkan, ia akan dinamakan Dropbox atau Dropbox (Nama pasukan) untuk akaun Business dan Dropbox (Peribadi) untuk akaun peribadi yang bersambung.