Kenapa ada tanda tolak berwarna kelabu di sebelah folder saya?

Jika anda nampak tanda tolak berwarna kelabu di sebelah folder yang selaras di dalam folder Dropbox pada komputer anda, ini bermakna terdapat folder yang tidak diselaraskan dalam akaun Dropbox anda dalam talian yang mempunyai nama yang sama dan di lokasi yang sama.

Bagaimana untuk membuang tanda tolak berwarna kelabu daripada folder saya?

Untuk membuang tanda tolak berwarna kelabu: 

  1. Gunakan penyelarasan terpilih untuk menyelaraskan folder yang tidak diselaras dengan folder Dropbox pada komputer anda. 
  2. Anda akan nampak perkataan “percanggahan penyelarasan terpilih” ditambahkan kepada nama folder yang diselaraskan pada komputer anda. 
  3. Semua fail anda akan masih selamat di dalam kedua-dua folder. Ini beberapa pilihan yang boleh diambil:
  • Biarkan sahaja, dan biarkan salah satu terus memiliki nama yang ditambah dengan “percanggahan penyelarasan terpilih”
  • Tukar nama folder yang bercanggah
  • Gabungkan fail yang anda perlukan daripada kedua-dua folder ke dalam satu folder
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan