Cara menggunakan Slack dengan Dropbox

Integrasi Dropbox dan Slack membolehkan anda:

  • Mengongsikan fail dan menghantar mesej kepada orang dalam Slack terus daripada fail Dropbox.
  • Melihat orang yang mengongsikan fail anda dalam Slack, saluran yang mereka gunakan untuk berkongsi dan waktu mereka mengongsikan fail-fail itu di bahagian Aktiviti dalam pratonton fail.
    • Perhatian: Aktiviti Slack akan ditunjukkan tanpa butiran khusus jika anda tidak mempunyai akses kepada saluran atau mesej tempat ia dikongsikan.

Adakah anda pentadbir Dropbox Business?

Ketahui bagaimana anda boleh menguruskan integrasi aplikasi seperti Slack untuk seluruh pasukan anda.

Sambungkan Slack ke akaun Dropbox anda

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid di bahagian atas kanan.
  3. Klik App Center daripada menu yang muncul.
  4. Klik Slack.
    • Jika anda tidak nampak Slack, gunakan bar carian App Center.
  5. Klik Sambung, dan ikut prom.

Perhatian: Anda juga boleh menyambung daripada Slack dengan menambah aplikasi Dropbox ke ruang kerja anda.

Menyambung ruang kerja Slack tambahan kepada akaun Dropbox anda, termasuk daripada Enterprise Grid

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (foto atau huruf awal nama) di bahagian atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Aplikasi bersambung.
  5. Klik Slack.
  6. Klik Urus.
  7. Klik Sambungkan akaun Slack lain, dan ikut prom.

Perhatian: Anda boleh menetapkan ruang kerja Slack lalai dengan mengklik Tetapkan sebagai Lalai di sebelah ruang kerja yang ingin ditetapkan sebagai ruang kerja lalai anda. Ruang kerja ini akan digunakan untuk apa-apa ciri Slack dalam Dropbox.

Simpan fail dari Slack ke Dropbox.

Anda boleh menyimpan fail yang diterima melalui Slack ke akaun Dropbox anda. Untuk berbuat demikian, klik “” (elipsis menegak) di sebelah mesej yang mengandungi fail itu, dan klik Simpan ke Dropbox. Fail itu akan disimpan ke folder secara automatik dalam akaun Dropbox anda yang dinamakan “/Slack/”, dan ditambah dengan nama ruang kerja anda.

Perhatian: Jika anda tidak nampak Save to Dropbox, klik pintasan More message… dan cari Save to Dropbox.

Kongsi fail dalam Slack dari Dropbox

Di dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Layangkan tetikus ke atas nama fail dan klik kotak rait yang muncul di sebelah kiri.
  4. Klik anak panah di sebelah Kongsi di atas pratonton mini fail dalam bar sisi sebelah kanan.
  5. Klik Slack, dan tambah mesej jika anda mahu.
  6. Klik Hantar di sebelah saluran atau orang yang ingin anda kongsikan fail tersebut.

Pada aplikasi mudah alih Dropbox

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “ (elipsis menegak pada Android) atau “” (elipsis pada iPhone/iPad) di sebelah fail atau folder yang anda ingin kongsikan.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Tekan Salin pautan.Pautan akan disalin ke papan klip anda. 
  5. Tekan Slack daripada pilihan perkongsian anda dan ikuti prom.

Satu pautan kepada fail akan ditunjukkan dalam saluran Slack yang anda pilih atau dalam mesej langsung dengan orang yang anda pilih. Selepas mengongsikan fail Dropbox dalam Slack, anda boleh cari nama fail itu dalam bar carian Slack untuk mendapatkannya.

Mesej orang dalam Slack dari Dropbox

Anda boleh menghantar mesej kepada seseorang yang anda kongsikan fail dalam Slack terus daripada pratonton fail Dropbox. Untuk berbuat demikian:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Layangkan tetikus ke atas fail yang ingin dihantar mesej daripadanya dan klik kotak rait.
  4. Klik bulatan di bahagian atas kanan yang mengandungi foto atau huruf awal nama orang yang ingin dihantarkan mesej tersebut.
    • Jika anda tidak nampak orang itu, klik senarai limpah (bulatan dengan nombor padanya) dan klik orang yang ingin dihantar mesej.
    • Jika ia berada dalam folder kongsian, klik senarai limpah (bulatan dengan nombor padanya), klik folder itu dan klik orang yang ingin dihantar mesej.
  5. Klik kotak teks yang menyatakan Mesej dalam Slack dan taip mesej anda. Mesej anda dan pautan kepada fail akan dihantar kepada orang itu.
    • Jika anda tidak nampak Mesej dalam Slack, klik anak panah ke bawah dan pilihSlack.
  6. Klik Hantar.

Putuskan sambungan Slack dari akaun Dropbox anda 

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (foto atau huruf awal nama) di bahagian atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Aplikasi bersambung.
  5. Klik Slack.
  6. Klik Putuskan sambungan.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan