Cara menyemak pemberitahuan Slack untuk aktiviti Dropbox
Selepas integrasi Dropbox ditambah kepada Slack, anda akan menerima pemberitahuan langsung daripada Slack tentang aktiviti Dropbox.
Anda akan menerima pemberitahuan dalam Slack apabila:
- Seseorang berkongsi sesuatu dengan anda
- Seseorang melihat kandungan yang anda kongsikan
Pemberitahuan adalah khusus untuk aktiviti fail, bukannya untuk aktiviti folder. Walau bagaimanapun, anda akan menerima pemberitahuan Slack jika anda menghantar folder melalui e-mel. Anda tidak akan dimaklumkan jika seseorang membuka atau melihat folder.
Klik Lihat pada Dropbox dalam pemberitahuan Slack untuk membuka tab pelayar baharu dengan fail/folder dalam Dropbox. Jika pemberitahuan disertakan dengan fail PDF, anda mempunyai pilihan untuk melihat atau menyunting di dropbox.com.
Ketahui lebih lanjut tentang mengkonfigurasi pemberitahuan Slack anda.
Cara memutuskan sambungan Slack daripada akaun Dropbox anda
- Log masuk ke dropbox.com.
- Klik avatar anda (gambar atau parap) di sudut kiri bawah.
- Klik Tetapan.
- Klik tab Apl.
- Klik Slack.
- Klik Putuskan sambungan.