Anda boleh menapis hasil carian anda di dropbox.com menggunakan menu pilihan yang berikut:
- Folder: Membenarkan anda memilih folder tertentu untuk membuat carian dalam folder itu.
- Jenis: Tanda rait kotak di sebelah jenis kandungan tertentu untuk mengembalikan padanan bagi format yang berikut:
- Imej
- Folder
- Video
- PDF
- Dokumen
- Lembaran hamparan
- Pembentangan
- Audio
- Dokumen Paper
- Lain-lain
- Terakhir diubah suai: Menapis hasil carian daripada 24 jam, 7 hari, 30 hari, 90 hari, 12 bulan yang lalu atau tempoh masa tersuai.
- Orang: Menapis kandungan mengikut orang yang telah bekerjasama dengan anda.
- Tarikh imej diambil: Menapis hasil daripada 24 jam, 7 hari, 30 hari, 90 hari, 12 bulan yang lalu atau tempoh masa tersuai.
- Dimensi imej: Menapis imej mengikut saiz piksel.
- Kecil: 500 x 500 atau kurang
- Sederhana: 501 x 501 hingga 1000 x 1000
- Besar: 1001 x 1001 hingga 2000 x 2000
- Lebih Besar: Lebih daripada 2000 x 2000
Anda juga boleh mengisih hasil carian anda mengikut kandungan iaitu Paling berkaitan, Paling baharu atau Paling lama menggunakan menu pilihan di sebelah kanan menu penapis anda.