Tukar alamat e-mel pada akaun Dropbox anda

Alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox anda adalah e-mel yang anda akan gunakan untuk mendaftar masuk ke Dropbox dan menerima e-mel penting berkaitan Dropbox.

Untuk menukar alamat e-mel pada akaun Dropbox anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Di bawah tab Umum, cari alamat e-mel anda.
  5. Klik Sunting di sebelah alamat e-mel anda.
  6. Masukkan alamat e-mel baru dan kata laluan semasa anda.
  7. Klik Kemas kini e-mel. Kami akan menghantar e-mel pengesahan kepada alamat e-mel baru anda.
  8. Buka e-mel dan klik Sahkan e-mel anda.

Pentadbir Dropbox Business: tukar alamat e-mel ahli pasukan

Jika anda pentadbir Dropbox Business, anda boleh menukar alamat e-mel dalam akaun Dropbox ahli pasukan. Untuk berbuat demikian:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Ahli.
  4. Klik alamat e-mel di sebelah nama ahli pasukan yang anda ingin tukar.
  5. Di sebelah alamat e-mel semasa mereka, klik Tukar dan masukkan alamat e-mel yang baru. Kami akan menghantar e-mel kepada alamat e-mel asal mereka yang memaklumkan bahawa pentadbir dalam pasukan mereka telah menukar alamat e-mel Dropbox mereka.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan