Dropbox Vault adalah satu ciri yang membolehkan anda mencipta satu lokasi dalam Dropbox dengan lapisan keselamatan tambahan untuk fail-fail paling sensitif anda dan berkongsinya bersama kenalan yang dipercayai. Lokasi ini, atau “vault”, dalam akaun Dropbox anda akan dilindungi oleh kata laluan nombor ataupun “PIN” dan tidak boleh dibuka atau diakses oleh aplikasi pihak ketiga.
Jika anda seorang kenalan yang dipercayai, atau telah dijemput untuk menjadi kenalan yang dipercayai, layari artikel ini tentang menjadi kenalan yang dipercayai.
Untuk mencipta vault anda:
Vault anda akan dipanggil “Vault” dan disenaraikan di samping fail dan folder anda di dropbox.com, aplikasi mudah alih Dropbox, aplikasi desktop Dropbox dan folder Dropbox pada komputer anda.
Apabila anda membuka kunci vault anda dalam apl desktop, fail dalam vault anda dimuat turun secara automatik ke pemacu keras anda. Apabila anda mengunci semula vault anda, fail dalam vault anda akan dibuang secara automatik daripada pemacu keras anda. dan hanya disimpan di dropbox.com
Perhatian: Jika anda sudah ada sebuah folder yang dipanggil “Vault” dalam akaun Dropbox anda, vault anda akan dinamakan “Dropbox Vault”. Jika anda sudah ada sebuah folder yang bernama “Dropbox Vault”, vault anda akan dinamakan “Dropbox Vault (1)”.
Dropbox Vault akan menyimpan fail-fail anda dengan lebih selamat dengan PIN. Anda menetapkan PIN untuk vault anda semasa anda mencipta vault anda. Apabila anda membuka vault anda, PIN anda membenarkan 10 cubaan sebelum anda akan dikunci. Jika anda terkunci di luar, hubungi sokongan untuk menetapkan semula pin anda.
Selepas anda menggunakan PIN anda untuk membuka kunci vault anda, vault anda akan dikunci semula secara automatik selepas 20 minit di dropbox.com dan apl desktop dan selepas 3 minit pada mudah alih. Semasa vault anda dikunci, fail dalam vault anda tidak akan muncul pada cadangan kandungan, terbaru, kemas kini dan senarai pemberitahuan anda atau dalam cadangan bar carian.
Untuk mengunci vault anda secara manual, PIN diperlukan untuk membuka kuncinya:
Langkah-langkah keselamatan vault anda adalah selain daripada langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Dropbox dengan semua fail dan folder anda, termasuk penyulitan semasa penghantaran dan ketika rehat. Untuk menambah keselamatan kepada seluruh akaun Dropbox anda, kami syorkan supaya anda menghidupkan pengesahan multifaktor.
Beberapa cadangan untuk fail-fail sensitif yang ditambah ke vault anda adalah:
Perhatian: Ciri Vault ini hanya tersedia kepada sesetengah pelanggan Dropbox.
Semasa anda mencipta vault, anda mempunyai pilihan untuk membenarkan Dropbox mencadangkan fail untuk ditambah ke dalamnya. Jika anda membenarkan Dropbox membuat cadangan, satu senarai fail akan dipaparkan untuk dipilih oleh anda. Fail-fail ini dipilih kerana nama dan kandungannya mempunyai kata kunci yang lazim untuk fail-fail sensitif seperti “penyata cukai” atau “pasport”. Maklumat ini adalah sulit dan hanya digunakan untuk mencadangkan fail kepada anda.
Jika anda menambah fail atau folder Dropbox ke vault anda, ia akan dibuang dari lokasi asalnya dalam Dropbox dan ditambah ke vault anda. Jika anda menambah fail atau folder ke vault anda dari tempat lain pada komputer anda, ia akan kekal di lokasi asalnya dan satu salinannya akan ditambah ke vault anda.
Untuk menambah fail atau folder ke vault anda, anda boleh mengalihnya ke situ seperti biasa anda mengalih fail atau folder dalam Dropbox. Anda juga boleh menambah fail atau folder dari Dropbox atau dari mana jua pada komputer anda ke vault anda mengikut arahan di bawah.
Perhatian:
Tambah fail atau folder dalam dropbox.com
Tambah fail atau folder dalam apl desktop
Untuk menambah fail atau folder ke vault anda dalam File Explorer/Finder, seret atau salin fail atau folder ke dalam vault anda.
Anda boleh memberi akses “boleh lihat” kepada fail-fail dalam vault anda dalam cara yang sama anda berkongsi fail biasa dalam Dropbox. Sesiapa sahaja yang anda berikan akses “boleh lihat” boleh melihat dan menulis komen pada fail anda tanpa PIN, tetapi tidak boleh menyuntingnya.
Untuk menukar PIN anda:
Untuk menetapkan semula PIN anda, buka vault anda dari dropbox.com atau apl desktop Dropbox (dari senarai fail dan folder anda) dan klik Terlupa PIN anda?untuk menggunakan kata laluan akaun Dropbox anda untuk menetapkannya semula.
Perhatian: Jika kata laluan akaun Dropbox anda baru sahaja ditukar, anda mesti tunggu selama 48 jam sebelum anda boleh menetapkan semula PIN anda.
Jika anda hapuskan vault anda, fail yang anda simpan dalam vault terhapus secara kekal dan tidak boleh dipulihkan. Untuk menghapuskan vault anda:
Jika anda menurun taraf akaun Dropbox anda kepada Basic atau menaik taraf akaun Dropbox anda kepada Business, apabila anda memasukkan PIN anda untuk membuka vault anda, ia akan menjadi sebuah folder biasa.
Jika anda menghapuskan akaun Dropbox anda, vault anda akan dihapuskan.