Jika anda menerima pemberitahuan bahawa alamat e-mel untuk akaun Dropbox anda telah berubah, pertama sekali sahkan bahawa pemberitahuan itu adalah benar-benar daripada Dropbox.
Jika ianya tulen, dan anda tidak membuat perubahan itu, hubungi kami. Sila ambil perhatian bahawa menukar alamat e-mel untuk akaun Dropbox memerlukan kata laluan. Jika anda berkongsi kata laluan dengan orang lain, atau anda berkongsi akaun e-mel anda dengan orang lain (yang akan membolehkan orang lain untuk menetapkan semula kata laluan untuk akaun Dropbox), kami mungkin tidak dapat mengambil apa-apa tindakan bagi pihak anda. Apapun, berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan dengan segera:
- Cuba log masuk ke akaun dengan alamat e-mel baharu dan kata laluan terakhir yang diketahui. Jika anda masih boleh log masuk, anda boleh menukar alamat e-mel kembali ke alamat anda (dan kemudian menukar kata laluan).
- Lindungi akaun e-mel anda dengan menukar kata laluan untuknya. Jika pembekal e-mel anda juga menawarkan pengesahan dua faktor (juga dikenali sebagai pengesahan dua faktor), kami syorkan anda membolehkan ciri keselamatan tersebut juga.
- Jika komputer anda masih dipautkan kepada akaun melalui aplikasi desktop Dropbox, atau komputer mempunyai fail Dropbox anda di dalamnya, anda boleh mecipta akaun baru dan memautkan komputer anda kepada akaun baru. Fail akan dimuat naik ke akaun baru.