Artikel ini menerangkan cara untuk menjalankan pemasangan semula lanjutan bagi apl desktop Dropbox pada peranti Windows, Mac, atau Linux anda. Ini adalah langkah tambahan yang boleh diambil selepas pemasangan semula asas, seperti jika anda ingin membuang tetapan yang disimpan daripada pemasangan aplikasi desktop Dropbox yang terdahulu, atau apabila disyorkan oleh pasukan sokongan kami untuk menyelesaikan masalah.
Jika anda ingin membuang apl desktop Dropbox daripada komputer anda, ketahui cara menyahpasang Dropbox dengan selamat.
Setelah selesai pemasangan semula, sedikit masa mungkin diambil untuk penyelarasan fail anda. Perubahan yang dibuat terhadap fail dalam akaun Dropbox anda semasa fail berada di luar talian—di dropbox.com atau peranti bersambung lain—boleh mengakibatkan salinan bercanggah.
Proses ini hanya berfungsi semasa pemautan dibuat ke akaun sama yang dipautkan ke komputer ini sebelumnya. Sebagai pilihan lain, anda boleh menggabungkan akaun, jika mahu.