Apakah yang akan dilihat oleh ahli pasukan saya setelah EMM dibolehkan?
Setelah EMM dibolehkan dan diberi kebenaran, Dropbox akan mencari token auth setiap kali ahli pasukan mengelog masuk (dengan syarat pengguna mengakses apl Dropbox daripada peranti yang diuruskan EMM).
Jika ahli pasukan sedang log masuk ke salah satu apl mudah alih Dropbox, EMM akan mengelog mereka keluar secara automatik, dan hanya membenarkan log masuk melalui apl yang diuruskan EMM. Perkara yang sama berlaku jika ahli pasukan sudah mempunyai apl Dropbox dan cuba untuk log masuk.
Jika ahli pasukan cuba log masuk ke apl Dropbox biasa, log masuk itu akan disekat dan pengguna itu akan dilencongkan ke apl yang diuruskan.
Ketahui lebih lanjut mengenai pengalaman ahli pasukan dengan Dropbox EMM.
Saya mengalami masalah dengan token auth saya—apa yang harus saya lakukan?
Jika anda mengalami masalah dengan token auth, berkemungkinan bahawa token itu tidak disediakan dengan betul bersama pembekal EMM pihak ketiga. Sila sahkan bahawa token auth daripada konsol pentadbir Dropbox sepadan dengan yang ditetapkan bersama pembekal EMM anda.
Jika anda mengalami masalah lanjut, sila hubungi pembekal EMM anda untuk menyelesaikannya.
Saya membolehkan EMM, dan sekarang ahli pasukan tidak dapat mengakses Dropbox—apa yang harus saya lakukan?
Jika anda membolehkan EMM, dan kemudian mendapati salah seorang atau lebih ahli pasukan anda mengalami masalah mengakses Dropbox, ia barang kali peranti pengguna itu tidak mempunyai set konfigurasi terkini daripada pembekal EMM. Untuk membaiki, semak tetapan pembekal EMM pada peranti pengguna. Masalah mungkin termasuk:
- Pengguna tidak menggunakan apl mudah alih Dropbox yang betul
- Pengurusan peranti tidak ditetapkan dengan betul
- Peranti tidak mempunyai set konfigurasi terkini
Ketahui lebih lanjut mengenai pengalaman ahli pasukan dengan Dropbox EMM.