Bagaimana untuk menyelesaikan isu verifikasi dua langkah

Pilih bahagian dalam artikel ini yang menerangkan isu yang sedang dihadapi dengan verifikasi dua langkah:

Catatan: Jika anda berada dalam pasukan Dropbox Business dan menghadapi masalah untuk membuat verifikasi dua langkah, hubungi pentadbir pasukan anda untuk mendapatkan bantuan. Mereka akan dapat menetapkan semula tetapan verifikasi dua langkah anda.

Hilang telefon atau menukar nombor telefon

Jika anda kehilangan telefon anda atau mendapat nombor telefon baru dan tidak lagi mempunyai akses kepada nombor telefon lama anda, terdapat beberapa cara alternatif untuk menerima kod verifikasi dua langkah. Cuba kaedah yang berikut sebelum menghubungi sokongan Dropbox.

Gunakan kod sandaran kecemasan Dropbox anda

Anda mungkin telah menetapkan kod sandaran kecemasan semasa anda menyediakan akaun Dropbox anda. Jika ada, anda telah diberitahu untuk menyimpannya sebagai rekod anda. Jika anda masih ada kod sandaran anda, klik Mengalami masalah menerima kod? dalam tetingkap yang muncul ketika anda cuba mendaftar masuk, dan kemudian klik Masukkan kod sandaran kecemasan dan taipkan kod anda.

Guna telefon sandaran anda

Semasa anda menyediakan akaun Dropbox, anda mungkin telah menambah nombor telefon sandaran yang boleh menerima SMS. Jika ada, atau anda rasa anda pernah lakukan ini, klik Mengalami masalah menerima kod? dalam tetingkap yang muncul ketika anda cuba mendaftar masuk, dan kemudian klik SMS telefon sandaran saya. Kemudian, cari telefon itu atau hubungi orang yang memegangnya, dan ikut arahan dari sana.

Gunakan peranti bersambung yang lain

Jika anda ada beberapa peranti yang dipaut ke akaun Dropbox anda, klik Mengalami masalah menerima kod? dalam tetingkap yang muncul ketika anda cuba mendaftar masuk, dan kemudian klik Hantar pemberitahuan kepada saya. Anda sepatutnya menerima pemberitahuan pada semua peranti yang bersambung. Tekan Semak, kemudian Ya untuk mendaftar masuk.

Gunakan Dropbox dalam bar tugas/bar menu

Jika anda ada komputer yang akan mendaftar anda masuk secara automatik ke akaun Dropbox anda, anda tidak memerlukan verifikasi dua langkah untuk mendaftar masuk. Klik ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda, dan kemudian klik ikon glob untuk membuka dropbox.com. Setelah anda mendaftar masuk ke peranti yang bersambung, anda boleh mematikan verifikasi dua langkah untuk akaun anda dan mendaftar masuk pada mana-mana komputer atau peranti lain.

Kod tidak sah

Jika anda nampak mesej ralat tentang kod tidak sah, anda mungkin perlu menghidupkan penyelarasan masa automatik pada peranti mudah alih anda. Untuk berbuat demikian, ikut arahan untuk peranti anda di bawah.

iOS

  1. Buka aplikasi Tetapan.
  2. Tekan Umum.
  3. Tekan Tarikh & Masa.
  4. Hidupkan Set Secara Automatik.
    • Jika Set Secara Automatik sudah dihidupkan, matikan ia, tunggu beberapa saat, dan hidupkan balik untuk mengeset semula

Android

  1. Buka aplikasi Tetapan.
  2. Tekan Tarikh & masa.
    • Bergantung pada peranti anda, Tarikh & masa boleh terletak di bawah Tetapan tambahan atau Sistem
  3. Hidupkan Tarikh & masa automatik.
    • Jika Tarikh & masa automatik sudah dihidupkan, matikan ia, tunggu beberapa saat, dan hidupkan balik untuk mengeset semula

Menerima kod verifikasi dua langkah semasa tidak cuba mendaftar masuk

Jika anda menerima kod verifikasi dua langkah kepada e-mel atau telefon anda ketika anda tidak cuba mendaftar masuk, hubungi sokongan Dropbox untuk memastikan akaun anda selamat dan tukar kata laluan Dropbox anda dengan segera.

Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk memilih kata laluan yang kukuh untuk akaun Dropbox anda.

Tidak diminta untuk memasukkan kod verifikasi dua langkah

Jika anda sudah menyediakan verifikasi dua langkah tetapi tidak diminta untuk memasukkan kod, barangkali ini bermakna anda sedang menggunakan peranti yang dipercayai.

Untuk melihat prom sekali lagi, anda boleh mengosongkan cache dan kuki dalam pelayar web pada komputer anda atau menarik balik status dipercayai daripada peranti anda. Untuk menarik balik status dipercayai:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik gambar profil anda.
  3. Ubah Tetapan.
  4. Pilih tab Keselamatan.
  5. Tatal ke bahagian Verifikasi dua langkah.
  6. Klik Tarik Balik Semua di sebelah Peranti yang Dipercayai.

Perhatian: Jika anda menggunakan aplikasi desktop Dropbox, komputer anda ialah peranti yang disahkan secara automatik, jadi anda tidak akan diminta untuk memasukkan kod pengesahan dua langkah.

Lumpuhkan verifikasi dua langkah

Anda boleh melumpuhkan verifikasi dua langkah untuk akaun Dropbox anda pada bila-bila masa. Untuk melakukannya:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik gambar profil anda.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Keselamatan.
  5. Togol Verifikasi dua langkah kepada Mati.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan