Kumpul fail daripada orang lain menggunakan permintaan fail Dropbox

Permintaan fail Dropbox membolehkan anda meminta fail daripada sesiapa sahaja dan mengumpulnya terus di dalam akaun Dropbox anda. Dengan permintaan fail:

  • Sesiapa sahaja boleh menghantar fail yang telah diminta kepada anda, sama ada mereka mempunyai akaun Dropbox atau tidak.
  • Semula fail yang anda kumpulkan diatur secara automatik ke dalam folder Dropbox yang anda pilih.
  • Orang yang memuat naik fail ke permintaan fail anda tidak boleh mengakses akaun Dropbox anda. Hanya anda boleh melihat fail yang dimuat naik oleh orang lain, melainkan anda berkongsinya.
Perhatian: Semua fail yang dikumpul dengan permintaan fail akan memakan ruang di dalam akaun Dropbox anda. Untuk memastikan anda boleh menerima fail yang anda minta, lihat berapa banyak ruang anda yang tersedia. Jika ruang tidak mencukupi untuk fail yang ingin diminta, penerima akan menerima ralat apabila mereka cuba untuk memuat naik.

Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox memudahkan untuk menghantar fail besar.

Bahagian dalam artikel ini:

Cara mencipta permintaan fail

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Permintaan fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik Permintaan baru pada sebelah kanan.
  4. Di bawah Tajuk, masukkan nama untuk permintaan anda.
  5. Di bawah Penerangan, tambah butiran tentang permintaan, jika anda mahu. 
  6. Di bawah Folder untuk fail dimuat naik, akan akan melihat laluan ke folder baru untuk fail yang diminta. Jika anda mahu mengubah destinasi folder, klik Ubah folder.
  7. Klik kotak rait di sebelah Tetapkan tarikh akhiruntuk memilih tarikh dan masa. Anda juga boleh Benarkan muat naik lewat dan memilih jangka waktu (tersedia hanya untuk pelanggan Dropbox Professional dan Business).
  8. Klik Cipta.
  9. Taipkan e-mel, nama, atau kumpulan orang yang ingin diminta fail. Mereka akan menerima e-mel tentang permintaan anda. 
    • Untuk menyalin pautan, klik Salin di sebelah Kongsi pautan. Anda boleh menampalkan pautan ke dalam e-mel, mesej atau di mana sahaja anda mahu orang mengaksesnya.
  10. Klik Kongsi. Anda akan menerima e-mel pengesahan dan e-mel pemberitahuan apabila fail anda dimuat naik ke permintaan fail anda. 

Perhatian: Secara lalai, folder destinasi untuk fail dimuat naik adalah sulit. Anda boleh berkongsi fail dimuat naik dengan memilih folder kongsian apabila anda mencipta permintaan, atau dengan berkongsi fail atau folder selepas fail telah dimuat naik.

Jika anda pentadbir Dropbox Business, ketahui cara untuk menguruskan permintaan fail untuk pasukan Dropbox Business anda.

Cara untuk mengubah permintaan fail

Untuk mengubah permintaan fail selepas ia dicipta:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Permintaan fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik "" (elipsis) di sebelah kanan permintaan.
  4. Klik Edit.
  5. Anda boleh menyunting kedua-dua Tajuk dan Penerangan permintaan anda. Pelanggan Dropbox Professional dan Business juga boleh menambah dan mengemas kini tarikh akhir. 
  6. Klik Save.

Bagaimana untuk menutup permintaan fail

Anda boleh tutup permintaan fail apabila anda ingin berhenti menerima fail. Setelah permintaan fail ditutup, orang yang ada pautan jemputan tidak akan dapat memuat naik fail ke Dropbox anda.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Permintaan fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik "" (elipsis) di sebelah kanan permintaan.
  4. Klik Tutup permintaan. Anda boleh melihat permintaan tertutup anda pada tab Permintaan tertutup.

Perhatian: Anda boleh buka semula permintaan fail yang ditutup. Dari tab Permintaan tertutup, klik "" (elipsis) di sebelah kanan permintaan dan klik Buka semula.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan