Cara menyunting PDF dalam Dropbox

Dikemas kini Dec 19, 2023

Anda boleh membuat penyuntingan pada PDF semasa melihat pratonton fail di dropbox.com atau apl mudah alih Dropbox.

Cuba dengan melihat pratonton PDF dalam akaun anda dan mengklik Sunting.

Semua pengguna Dropbox boleh menyunting PDF dengan mengubah suai halaman atau menambah teks. Walau bagaimanapun, pelanggan dalam Dropbox Essentials, Business atau Business Plus juga boleh menyunting teks yang sedia ada dalam PDF itu.

Cara menyunting PDF

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Sunting PDF di bawah bar carian di bahagian atas.
    • Anda juga boleh klik + Cipta di bawah bar carian, pilih Sunting, kemudian pilih PDF.
       
  3. Pilih fail PDF yang ingin disunting.
  4. Klik Sunting PDF di atas pratonton fail. Ini akan membuka mod penyuntingan.
  5. Buat penyuntingan.
     
  • Untuk menyusun semula halaman, klik halaman yang anda ingin susun semula dalam bar sisi kiri dan seret ke lokasi baharu.
  • Untuk memutar halaman, klik halaman yang ingin diputar dalam bar sisi kiri dan klik Putar ke kanan atau Putar ke kiri.
    • Untuk memutarkan beberapa halaman, command-klik semua halaman yang ingin diputarkan.
       
  • Untuk menghapuskan halaman, klik halaman yang ingin dihapuskan dalam bar sisi kiri dan klik Hapus halaman. Klik Hapus sekali lagi untuk mengesahkan.
    • Untuk menghapuskan beberapa halaman, command-klik semua halaman yang ingin dihapuskan.
       
  • Untuk menyisipkan halaman, klik Sisip halaman, pilih PDF daripada akaun Dropbox anda dan klik Pilih.
  • Untuk melukis pada halaman, klik Lukis dan gunakan tetikus anda untuk melukis di tempat yang diingini. Untuk keluar daripada mod lukisan, klik Tutup di bahagian atas sebelah kanan.
highlight icon

Perhatian: Anda boleh menukar warna, kelegapan dan garisan lukisan anda dengan memilihnya, kemudian melalui interaksi dengan bar alat pemformatan di bahagian atas pratonton PDF. Anda juga boleh menghapuskan sebahagian daripada lukisan anda dengan mengklik ikon pemadam, menghapuskan dengan mengklik “X”, atau membuat asal atau membuat semula perubahan terbaru dengan mengklik anak panah melengkung.

  • Untuk menyerlahkan bahagian, klik Serlahkan kemudian klik dan seret ke atas teks. Anda boleh ubah suai warna dan kelegapan daripada bar alat.
  • Untuk menambah kotak teks, klik Tambah teks. Kemudian, klik dalam PDF pada tempat anda ingin menambah kotak teks dan taip teks anda. Anda juga boleh:
    • Menukar fon, saiz dan warna teks melalui interaksi dengan bar alat pemformatan di bahagian atas pratonton PDF.
    • Mengubah saiz atau memutar kotak teks dengan mengklik dan menyeret pemegang sudut kotak teks. 
    • Untuk membuat asal perubahan, klik anak panah ke belakang dalam bar alat pemformatan. Atau, gunakan control-z (Windows) atau command-z (Mac).
       
  • Untuk menyunting teks sedia ada, klik Sunting teks. Kemudian, klik dua kali pada kotak teks yang ingin disuntingMulakan menaip untuk menambah, menghapuskan atau mengubah suai kandungan. Apabila anda selesai menyunting teks, klik Tutup. Tetingkap timbul akan muncul dan anda boleh memilih untuk Buang perubahan atau Guna perubahan.
highlight icon

Perhatian:

  • Pilihan untuk menyunting teks yang sedia ada hanya tersedia dalam Dropbox Essentials, Dropbox Business dan Dropbox Business Plus.
  • Untuk membuat asal perubahan, klik anak panah ke belakang dalam bar alat pemformatan. Atau gunakan ctrl+z (Windows) atau cmd+z (Mac).
  • Selain menyunting teks sedia ada, anda juga boleh:
    • Menukar fon, saiz dan warna teks dengan menggunakan bar alat pemformatan di bahagian atas pratonton PDF. 
    • Mengubah saiz atau memutar kotak teks dengan mengklik dan menyeret pemegang sudut kotak teks. 
    • Sesuaikan penjajaran teks dengan memilih kiri, kanan atau tengah.

  • Untuk menambah tandatangan anda yang sah di sisi undang-undang pada PDF, klik Tandatangan. Ketahui cara menambah tandatangan dalam PDF.
  • Untuk mengisi borang interaktif, klik pada medan boleh isi yang ingin diisikan dan taip dalam kotak teks yang muncul.
highlight icon

Perhatian: Untuk mengisi borang PDF dalam Dropbox, borang PDF tersebut mestilah interaktif dan mempunyai medan boleh isi. Anda akan tahu sama ada sesuatu medan boleh diisi atau tidak kerana anda boleh membuat perubahan apabila medan itu diklik. Sebagai contoh, jika anda mengklik pada kotak teks yang merupakan medan boleh isi, anda akan dapat menaip.

  • Untuk mencari teks, klik ikon carian, kemudian taip perkataan, frasa atau nombor yang anda ingin cari.
  • Untuk mengezum masuk atau keluar, klik + (tanda tambah) atau - (tanda tolak) dalam bahagian atas sebelah kanan.

6. Klik Selesai.

7.  Klik Simpan salinan atau Gantikan yang asal

  • Jika anda memilih Simpan salinan, PDF yang anda sunting akan disimpan sebagai fail baru dalam akaun Dropbox anda dengan (disunting) ditambah di hujung nama fail. Sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada fail asal tidak akan melihat perubahan pada fail itu.
  • Jika anda memilih Gantikan yang asal, PDF yang anda sunting akan menggantikan fail asal dalam akaun Dropbox anda. Semua orang yang mempunyai akses kepada fail asal akan melihat perubahan itu.
highlight icon

Perhatian: Anda hanya boleh menggantikan fail asal jika anda ialah pemilik fail atau mempunyai akses menyunting.

Sesiapa sahaja akan dapat melihat suntingan anda jika anda sama ada:

  • Memilih untuk menggantikan dokumen asal yang dikongsi dengan orang lain.
  • Menyimpan salinan dan berkongsi fail baru dengan orang lain, contohnya dengan menyimpan fail dalam folder kongsian.
highlight icon

Perhatian: Penyuntingan PDF pada apl mudah alih Dropbox tidak tersedia untuk Android pada masa ini.

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan nama PDF yang ingin disunting.
  3. Tekan Sunting.
  4. Buat suntingan yang diingini.
    • Untuk menambah teks, tekan Tambah teks, taip teks anda, kemudian tekan Selesai.
    • Untuk menambah tarikh, tekan Tambah tarikh, taip tarikh dalam medan suntingan, kemudian tekan Selesai.
  5. Tekan Simpan.

Kongsi maklum balas

Anda boleh berkongsi maklum balas tentang penyuntingan PDF dengan pasukan Dropbox, termasuk pendapat anda tentang ciri tersebut dan perkara yang ingin anda lihat pada masa akan datang. Untuk berkongsi maklum balas:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Sunting PDF di bawah bar carian di bahagian atas.
  3. Pilih PDF yang ingin anda kongsikan maklum balas dan klik Buka.
  4. Klik Sunting PDF di atas pratonton fail. Ini akan membuka mod penyuntingan.
  5. Klik Maklum balas tentang penyuntingan PDF di bahagian bawah sebelah kanan halaman.
  6. Taipkan maklum balas anda.
  7. Tanda rait kotak di sebelah Saya ingin mengambil bahagian dalam penyelidikan pengguna Dropbox, jika anda berminat.
  8. Klik Hantar.

Anda akan melihat mesej yang mengucapkan terima kasih atas maklum balas anda di bahagian bawah halaman.

Fungsi penyuntingan PDF di dropbox.com dikuasakan oleh Apryse, Inc. Dropbox tidak akan berkongsi PDF anda dengan Apryse, Inc.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan