Anda boleh membuat penyuntingan kepada PDF semasa melihat pratonton fail di dropbox.com. Untuk menyunting PDF dalam Dropbox, PDF mestilah lebih kecil daripada 111 MB dan tidak dilindungi kata laluan.
Cuba dengan melihat pratonton PDF dalam akaun anda dan mengklikSunting.
Cara menyunting PDF
Untuk menyunting PDF:
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik nama fail PDF yang ingin disunting.
- Klik Sunting di atas pratonton fail. Ini akan membuka mod penyuntingan.
- Buat penyuntingan.
- Untuk mencari teks, klik ikon carian, kemudian taip perkataan, frasa atau nombor yang anda ingin cari.
- Untuk menyerlahkan suatu bahagian, klik Serlahkan kemudian klik dan seret ke atas teks. Anda boleh ubah suai warna dan kelegapan daripada bar alat.
- Perhatian: Dalam PDF yang diserlahkan yang disimpan selepas ditandatangani, beberapa teks yang diserlahkan mungkin kelihatan disunting dan bukannya diserlahkan. PDF tanpa penyerlahan akan disimpan seperti yang diharapkan apabila ditandatangani.
- Untuk mengezum masuk atau keluar, klik + (tambah) atau - (tolak) dalam bahagian atas kanan.
- Untuk menyisipkan halaman, klik Sisip halaman dan ikut prom untuk menyisipkan PDF daripada akaun Dropbox anda.
- Untuk memutar halaman, klik halaman atau halaman-halaman yang ingin diputar dalam bar sisi kiri dan klik Putar ke kanan atau Putar ke kiri.
- Untuk menyusun semula halaman, klik halaman atau halaman-halaman yang ingin disusun semula dalam bar sisi kiri dan seret ke lokasi baru.
- Untuk menghapuskan halaman, klik halaman atau halaman-halaman yang ingin dihapuskan dalam bar sisi kiri dan klik Hapus halaman.
- Untuk mengisi borang interaktif, klik pada medan boleh isi yang ingin diisikan dan taip dalam kotak teks yang muncul.
- Perhatian: Untuk mengisi borang PDF dalam Dropbox, borang PDF tersebut mestilah interaktif dan mempunyai medan boleh isi.
- Untuk menandatangani sendiri, klik Tandatangan. Ketahui cara menambah tandatangan dalam PDF dengan Dropbox Sign.
- Untuk menambah teks, klik Tambah teks, klik dalam PDF yang ingin ditambah kotak teks dan taip teks anda.
- Perhatian: Anda boleh menukar fon, saiz dan warna teks melalui interaksi dengan bar alat pemformatan di bahagian atas pratonton PDF. Anda juga boleh mengubah saiz atau memutar kotak teks dengan mengklik dan menyeret pemegang sudut kotak teks.
- Klik Selesai.
- Klik Simpan salinan atau Gantikan yang asal.
- Jika anda memilih Simpan salinan, PDF yang anda sunting akan disimpan sebagai fail baru dalam akaun Dropbox anda. Sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada fail asal tidak akan melihat perubahan pada fail baru itu.
- Jika anda memilih Gantikan yang asal, PDF yang anda sunting akan menggantikan fail asal dalam akaun Dropbox anda. Semua orang yang mempunyai akses kepada fail asal akan melihat perubahan itu.
- Perhatian: Anda hanya boleh menggantikan fail asal jika anda ialah pemilik fail atau mempunyai akses menyunting.
Kongsi maklum balas
Anda boleh berkongsi maklum balas tentang penyuntingan PDF dengan pasukan Dropbox, termasuk pendapat anda tentang ciri tersebut dan perkara yang ingin anda lihat pada masa akan datang. Untuk berkongsi maklum balas:
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik nama fail PDF yang ingin disunting.
- Klik Sunting di atas pratonton fail. Ini akan membuka mod penyuntingan.
- Klik Kongsi maklum balas di bahagian bawah kanan halaman.
- Taipkan maklum balas anda.
- Tanda rait kotak di sebelah Saya ingin mengambil bahagian dalam penyelidikan pengguna Dropbox, jika anda berminat.
- Klik Hantar.
Anda akan melihat mesej yang mengucapkan terima kasih atas maklum balas anda di bahagian bawah halaman.
Fungsi penyuntingan PDF di dropbox.com dikuasakan oleh PDFTron, Inc. Dropbox tidak akan mengongsikan PDF anda dengan PDFTron, Inc.