Ciri ini hanya tersedia kepada pelanggan Dropbox dalam pelan Plus, Family, Professional, atau Business.
Pentadbir pasukan Dropbox Business boleh menguruskan tetapan Dropbox Smart Sync untuk pasukan mereka.
Ciri ini hanya tersedia kepada pelanggan Dropbox dalam pelan Plus, Family, Professional, atau Business.
Pentadbir pasukan Dropbox Business boleh menguruskan tetapan Dropbox Smart Sync untuk pasukan mereka.
Smart Sync ialah satu ciri aplikasi desktop Dropbox yang akan menyediakan fail dalam talian sahaja supaya anda boleh menjimatkan ruang pemacu keras pada komputer anda. Anda boleh memilih fail mana untuk disediakan dalam talian sahaja atau benarkan Smart Sync automatik memilih untuk anda.
Perhatian: Keutamaan Penyelarasan Pintar yang anda pilih adalah unik kepada setiap komputer dan tidak akan menjejaskan komputer lain yang anda gunakan dengan Dropbox.
Perhatian: Anda mesti memasang aplikasi dekstop Dropbox untuk menggunakan Smart Sync.
Untuk menyediakan fail atau folder kepada dalam talian sahaja menggunakan Smart Sync:
Jika anda menetapkan fail atau folder kepada dalam talian sahaja, ia akan dibuang dari pemacu keras anda supaya ia hanya disimpan dalam akaun anda di dropbox.com. Anda masih boleh melihat fail atau folder itu pada komputer anda, tetapi itu cumalah pemegang tempat. Anda perlu bersambung ke internet untuk membukanya. Jika anda membuka fail, ia akan menjadi fail setempat dan disimpan kembali ke pemacu keras komputer anda. Jika anda mengalih, menghapuskan atau menamakan semula fail pada komputer anda, walau semasa di luar talian, perubahan tersebut akan dicerminkan di dropbox.com selepas peranti anda kembali dalam talian.
Penyelarasan terpilih juga akan membantu anda menjimatkan ruang pemacu keras dengan membuang fail dari pemacu keras anda supaya ia cuma akan disimpan di dropbox.com. Bagaimanapun, anda tidak akan dapat melihat fail atau folder tersebut pada komputer anda dan tidak terdapat pilihan automatik untuk penyelarasan terpilih.
Anda boleh menghidupkan Smart Sync automatik supaya fail yang anda tidak buka dari komputer anda selama beberapa bulan akan menjadi dalam talian sahaja secara automatik dan fail-fail baru yang anda tambah ke dropbox.com akan menjadi dalam talian sahaja secara lalai.
Untuk menghidupkan Smart Sync automatik:
Jika anda tidak membuka mana-mana fail atau folder dari komputer anda selama beberapa bulan, ia akan menjadi dalam talian sahaja untuk menjimatkan ruang pemacu keras anda. Jika aplikasi pada komputer anda menghendaki fail supaya menjadi setempat untuk berfungsi dengan betul, Smart Sync automatik akan menetapnya sebagai setempat buat sementara dan mengembalikannya kepada dalam talian sahaja kemudian.
Anda boleh menjadikan semua fail yang ditambah ke dropbox.com sebagai dalam talian sahaja secara lalai dalam dua cara:
Fail dalam talian sahaja menggunakan sedikit ruang pada pemacu keras anda kerana pemegang tempat ini memerlukan ruang untuk menyimpan nama fail dan pintasan ke dropbox.com, tetapi ia menggunakan jauh lebih sedikit ruang berbanding fail sebenar.
Perhatian: Pada Mac, fail dalam talian sahaja boleh kelihatan seperti sedang menggunakan jumlah ruang penuh. Untuk membaikinya, ikut arahan dalam bahagian artikel “Tetapkan fail dalam talian sahaja kepada saiz ‘logik’ kosong” ini.
Mac: OS X Mavericks (10.9)
Windows: 7 ke atas
Perhatian: Anda tidak boleh menggunakan Smart Sync pada peranti mudah alih, tetapi anda boleh menetapkan fail Dropbox anda supaya dibuka pada peranti mudah alih anda semasa berada di luar talian.