Verifikasi domain dan penguatkuasaan jemputan

Artikel ini membincangkan ciri yang hanya tersedia kepada pasukan Dropbox Business dalam pelan Advanced atau Enterprise .

Ketahui lebih lanjut tentang pelan-pelan baru Dropbox Business.

Dropbox Business menawarkan pengesahan domain dan penguatkuasaan jemputan untuk menjadikan proses keahlian lebih cepat dan mudah untuk syarikat, organisasi, dan perniagaan.

Pengesahan domain membolehkan pentadbir pasukan untuk mengesahkan pemilikan domain e-mel dengan Dropbox. Penguatkuasaan jemputan boleh dihidupkan selepas pengesahan domain selesai.

Penguatkuasaan jemputan akan mewajibkan semua pengguna yang dijemput dengan akaun Dropbox atau Paper peribadi yang dicipta menggunakan e-mel pada domain yang sah untuk memilih satu daripada dua pilihan:

  • Sertai pasukan dengan akaun sedia ada mereka.
  • Jika akaun mereka kebanyakannya mengandungi kandungan peribadi, mereka boleh menukar alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun ini kepada alamat e-mel peribadi yang baru. Ini akan memastikan kandungan sedia ada mereka diasingkan daripada akaun perniagaan.

Perhatian: Pasukan dalam pelan Enterprise juga mempunyai akses kepada dua ciri tambahan: semakan domain dan penawanan akaun.

Ketahui lebih lanjut tentang semakan domain dan penawanan akaun.

Lihat penggunaan pengesahan domain dan penguatkuasaan jemputan dalam blog Dropbox.

Langkah satu: Wujudkan pemilikan domain

  1. Daftar masuk ke dropbox.com menggunakan akaun pentadbir anda.
  2. Buka Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Di bawah Ahli, klik Domain.
  5. Klik Tambah domain.
  6. Masukkan domain syarikat yang anda ingin sahkan pemilikannya.
  7. Pilih satu daripada tiga kaedah pengesahan.
  8. Ikut arahan pada skrin—setelah anda melengkapkan pengesahan, anda akan menerima e-mel yang memaklumkan anda bahawa pemilikan domain anda telah berjaya.

Bagaimana jika saya ada lebih daripada satu domain untuk disahkan, atau saya ingin mengesahkan subdomain?

Pentadbir pasukan boleh memilih untuk mengesahkan domain utama, iaitu domain tahap teratas laman web mereka (contohnya, “dropbox.com”). Pentadbir pasukan juga boleh mengesahkan subdomain, iaitu domain kedua laman web mereka (contohnya, “sales.dropbox.com”).

Apabila pentadbir pasukan mengesahkan domain utama, mereka akan nampak satu kotak rait di sebelah Sertakan semua subdomain. Biarkan ini ditanda rait untuk mengesahkan semua subdomain bagi domain utama. Mengesahkan subdomain tidak akan memaparkan pilihan ini.

Kaedah pengesahan yang manakah sesuai untuk saya?

Terdapat tiga cara berbeza anda boleh mengesahkan domain anda:

  • Tambah tag meta
  • Muat naik fail HTML
  • Cipta rekod TXT

Untuk mana-mana dua pilihan yang pertama (menambah tag meta atau memuat naik fail HTML), kemungkinan besar anda memerlukan akses untuk mengubah suai kod pada laman web anda. Ini adalah pilihan selamat dan agak cepat, disebabkan Dropbox akan dapat melihat perubahan sebaik sahaja ia berlangsung pada laman web anda.

Jika anda tiada akses untuk mengubah suai laman web anda secara langsung, atau anda tiada laman web yang dihoskan pada domain yang anda ingin sahkan, anda boleh mencipta rekod TXT pada laman web hos domain anda.

Kebanyakan perkhidmatan hos domain sepatutnya mempunyai kefungsian ini, namun begitu, langkah khusus pada setiap perkhidmatan akan berbeza. Jika anda tidak dapat mencari langkah-langkah untuk mengubah suai konfigurasi DNS anda, sila hubungi pasukan sokongan atau dokumentasi hos domain anda untuk bantuan. Dropbox tidak boleh menyediakan sokongan hos domain.

  • Perhatian: Setelah anda membuat perubahan pada hos domain anda, ia boleh mengambil selama satu hari untuk perubahan anda disebarkan kepada pelayan domain laman web anda. Dropbox akan terus menyemak sehingga proses ini selesai, dan menghantar e-mel kepada anda setelah perubahan berlangsung.

Langkah dua: Bolehkan penguatkuasaan jemputan untuk domain anda

Setelah anda mewujudkan pemilikan domain, anda boleh mengaktifkan penguatkuasaan jemputan untuk setiap domain. Membolehkan penguatkuasaan jemputan akan menyebabkan semua jemputan sedia ada dan akan datang pada domain ini untuk dikuatkuasakan—maksudnya, pengguna akan dipaksa untuk sama ada menyertai pasukan anda, atau untuk menukar e-mel pada akaun Dropbox atau Paper sedia ada mereka kepada alamat yang tidak menggunakan domain anda yang disahkan. Untuk menghidupkan penguatkuasaan domain:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com menggunakan akaun pentadbir anda.
  2. Buka Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Di bawah Ahli, klik Domain.
  5. Klik ikon gear di sebelah domain yang anda telah sahkan pemilikannya.
  6. Klik Ubah tetapan penawanan.
  7. Pilih Pengguna yang dijemput.

Setelah anda melengkapkan langkah ini, semua jemputan sedia ada dan akan datang akan dikuatkuasakan pada domain ini.

Bagaimana jika saya tidak dapat melengkapkan pengesahan domain?

Jika anda tidak dapat melengkapkan proses pengesahan domain, anda boleh melakukannya kemudian menggunakan pilihan Betulkan pengesahan.

  • Perhatian: Dropbox tidak akan menyediakan sebarang maklumat pengguna atau membolehkan penguatkuasaan jemputan sehingga anda berjaya mengesahkan pemilikan domain.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan