Pilihan automasi Dropbox

Ciri ini tersedia kepada semua pengguna Dropbox di dropbox.com.

Dengan pilihan automasi Dropbox, anda boleh mengatur dan mengautomasikan tugas seperti menyahzip dan menukar fail dalam akaun anda.

Cara membuat folder berautomasi

Untuk mencipta folder berautomasi:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Cipta di bahagian atas kiri. 
  3. Klik Folder berautomasi.
  4. Namakan folder dan pilih pilihan automasi.
    • Pilihan yang disediakan ialah Fail yang ditambah ke folder disimpan sebagai PDF, Fail yang ditambah ke folder dinyahzip, Fail yang ditambah ke folder akan ditag, Fail yang ditambah ke folder disimpan sebagai imej, Fail yang ditambah ke folder disimpan sebagai video, dan Fail yang disimpan ke folder diisih berdasarkan kategori.
  5. Ikut prom, kemudian klik Cipta.

Anda juga boleh mengklik avatar (gambar profil atau singkatan nama) di penjuru atas kanan di dropbox.com, kemudian klik Automasi untuk memaparkan papan pemuka automasi. Dari papan pemuka, anda boleh mencipta folder dengan pilihan automasi yang diingini.

Cara menambah automasi pada folder sedia ada

Untuk menambah automasi pada folder:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas folder dan klik “…” (elipsis).
  3. Klik Tambah automasi.
  4. Pilih pilihan automasi dan klik Seterusnya.
  5. Ikut prom, kemudian klik Tambah.

Perhatian: Anda mesti mempunyai keupayaan menyunting bagi folder untuk menambah, menyunting atau menghapuskan automasi.

Cara menjeda automasi

Untuk menjeda automasi pada folder:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas folder dan klik “…” (elipsis).
  3. Klik Sunting automasi.
  4. Klik togol Aktif/Jeda di bahagian atas kanan tetingkap.

Cara membuang automasi daripada folder

Untuk membuang automasi daripada folder:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas folder dan klik “…” (elipsis).
  3. Klik Sunting automasi.
  4. Klik ikon tong sampah di bahagian atas kanan tetingkap.
  5. Klik Buang.

Cara berkongsi folder berautomasi 

Folder berautomasi boleh dikongsi sama seperti mana-mana folder lain. Automasi folder akan kekal untuk sesiapa sahaja yang berkongsi folder tersebut. Sebaik sahaja folder berautomasi dikongsi dengan seseorang, mereka akan melihat notasi bahawa folder itu berautomasi serta automasi yang dipilih.

Apakah yang berlaku apabila saya mengalihkan fail ke folder berautomasi ?

Anda boleh mengalihkan fail ke folder berautomasi sama seperti anda mengalihkan fail ke mana-mana folder lain dalam akaun Dropbox anda. Apabila anda mengalihkan fail ke folder berautomasi, automasi yang dipilih akan berkuat kuasa. Ia juga berfungsi dengan cara yang sama untuk folder anda serta folder yang dikongsi dengan rakan sepasukan.

Jika fail telah dialihkan ke folder berautomasi secara tidak sengaja, anda boleh klik Buat asal dalam panel di bahagian bawah skrin.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan