E-mel kepada Dropbox membolehkan anda menghantar e-mel dan menerima lampiran fail terus ke akaun Dropbox anda menggunakan alamat e-mel yang unik. Lampiran fail tidak boleh lebih besar daripada 20 MB bagi setiap e-mel, namun begitu sesetengah klien e-mel mungkin mempunyai had saiz yang lebih kecil.
Untuk menghidupkan E-mel kepada Dropbox:
Setelah ciri ini dihidupkan, ahli pasukan boleh mencipta alamat e-mel unik untuk menghantar lampiran mereka. Semua lampiran fail yang dihantar ke alamat e-mel unik mereka akan muncul dalam folder Lampiran E-mel peribadi dalam akaun Dropbox mereka.
Untuk menyediakan alamat e-mel unik anda:
Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada alamat e-mel unik anda bersama beberapa arahan tentang cara menghantar lampiran pertama anda. Kami mengesyorkan agar anda menyimpan alamat ini dalam maklumat kenalan anda untuk akses pantas.
Perhatian: Sesiapa pun boleh menghantar lampiran fail ke akaun Dropbox anda menggunakan alamat ini. Kongsi dengan orang yang anda percayai sahaja.
Untuk menukar alamat e-mel unik anda: