Laporan data ahli menunjukkan jumlah maklumat yang boleh diakses oleh setiap ahli pasukan, serta jumlah ruang simpanan yang mereka gunakan. Laporan ini mengandungi senarai dengan satu baris untuk setiap ahli pasukan.
Siapakah yang boleh mencipta laporan data ahli?
Pentadbir yang berikut boleh menjana jenis laporan ini:
- Pentadbir pasukan
- Pentadbir pengurusan pengguna
- Pentadbir pelaporan
- Pentadbir keselamatan
Apakah yang terkandung dalam laporan data ahli?
Laporan data ahli mengandungi lajur untuk setiap yang berikut:
- Nama pertama
- Nama keluarga
- Alamat e-mel
- Peranan: Jika orang itu ialah seorang pentadbir, lajur ini akan menunjukkan peranan pentadbir mereka yang tertentu seperti “Pentadbir pematuhan”. Jika mereka bukan pentadbir, lajur itu akan tertera “Ahli”.
- Status: Status yang berbeza adalah aktif, dijemput, dihapuskan atau digantung.
- Penggunaan (dalam MB): Ini dikemas kini setiap 8 jam dan menunjukkan jumlah data yang digunakan oleh ahli, termasuk fail peribadi, penggunaan sandaran, dan folder yang ditambah oleh mereka daripada pasukan luar.
- Perhatian: Menambah angka ini untuk setiap ahli mungkin tidak menyamai jumlah keseluruhan storan. Jika beberapa ahli menambah folder luaran yang sama ke folder peribadi mereka, folder luaran hanya dikira sekali dalam jumlah storan tetapi tidak akan ditunjukkan dalam data yang digunakan oleh setiap ahli dalam laporan ini.
- Had ruang: Ini ialah had storan yang telah diberikan kepada ahli oleh pentadbir pasukan mereka.
- Tarikh penyertaan: Tarikh ahli menyertai pasukan.
- Tarikh jemputan: Tarikh asal ahli dijemput. Ini hanya akan dipaparkan jika jemputan masih menunggu.
- Kumpulan yang diuruskan syarikat: Ini menyenaraikan semua kumpulan yang disertai oleh ahli, yang diuruskan oleh organisasi.
- Kumpulan yang diuruskan pengguna: Ini menyenaraikan kumpulan yang disertai oleh ahli, yang diuruskan oleh ahli.
- Pengesahan dua faktor: Sama ada ia diwajibkan atau tidak.
- Volum data yang boleh diakses oleh ahli: Ini menunjukkan jumlah data yang boleh diakses oleh ahli. Ini tidak mewakili penggunaan data mereka.
- Jumlah bilangan fail yang boleh diakses oleh ahli: Jumlah bilangan fail yang boleh diakses oleh ahli bagi seluruh sumber dalaman dan luaran.
- Bilangan fail peribadi yang dimiliki oleh ahli: Bilangan fail yang ada dalam folder peribadi ahli.
- Bilangan folder pasukan akar yang boleh diakses oleh ahli: Bilangan folder pasukan akar yang boleh diakses oleh ahli.
- Bilangan folder kongsian luaran yang boleh diakses oleh ahli: Bilangan folder kongsian daripada pasukan atau pengguna luaran yang boleh diakses oleh ahli
- Bilangan folder kongsian dalaman yang boleh diakses oleh ahli: Bilangan folder kongsian dalaman yang boleh diakses oleh ahli.