Soalan Lazim tentang privasi menggunakan AI pada Dropbox

Dikemas kini Oct 25, 2023
person icon

Artikel ini menerangkan ciri alpha yang tersedia kepada semua pelanggan: 

  • Dalam Dropbox Professional, Essentials, Business, Business Plus dan sesetengah pelanggan dalam Dropbox Standard dan Advanced. 
  • Di negara dengan bahasa pilihan ditetapkan kepada bahasa Inggeris.
    • Tidak termasuk Kanada, UK (United Kingdom) dan negara dalam EEA (Kawasan Ekonomi Eropah).

Dropbox AI tertakluk pada terma tambahan

Artikel ini menjawab soalan lazim tentang privasi dan Dropbox AI. 

Bagaimanakah Dropbox berfungsi dengan AI?


Ciri Dropbox menggunakan gabungan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan untuk menjana kandungan yang berguna dan tepat. Berikut ialah penjelasan asas tentang teknologi yang berbeza ini:

  • Kecerdasan Buatan (AI) ialah cabang sains komputer yang luas berkaitan dengan membina mesin yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas yang biasanya memerlukan kepintaran manusia.

  • Model AI Generatif (GenAI) ialah algoritma yang menggunakan teknik pembelajaran mesin untuk menghasilkan kandungan baharu, seperti teks atau imej, berdasarkan corak yang dipelajari daripada data sedia ada.

  • Model bahasa besar (LLM) ialah algoritma yang menggunakan set data yang besar untuk meringkaskan, mengenali, meramal dan menterjemah kandungan.

  • Pembelajaran Mesin (ML) bertujuan untuk mengajar mesin cara untuk melaksanakan tugas tertentu dan memberikan hasil yang tepat dengan mengenal pasti corak.
     

Sesetengah ciri AI kami menggunakan perisian daripada rakan niaga pihak ketiga yang mewajibkan penghantaran data melalui model LLM dan AI generatif luar untuk menjana respons. 
 

Apakah maklumat yang dikongsi dengan rakan niaga pihak ketiga?

Fail anda dalam Dropbox dihantar kepada AI pihak ketiga hanya apabila anda memilih untuk berinteraksi dengan ciri yang dikuasakan AI. Contohnya, apabila anda bertanya soalan tentang fail. 

Kami hanya menggunakan rakan niaga teknologi pihak ketiga yang telah kami periksa. Perisian mereka akan melaksanakan tugas dengan maklumat anda bagi pihak kami, tetapi kami tetap bertanggungjawab ke atas pengendalian maklumat tersebut. Di samping itu, kami tidak akan membenarkan rakan niaga pihak ketiga melatih model mereka pada data pengguna kami tanpa kebenaran.

Ketahui lebih lanjut tentang komitmen Dropbox terhadap privasi anda apabila berkongsi data anda dalam dasar privasi lengkap kami.
 

Bilakah kandungan saya dikongsi dengan rakan niaga AI pihak ketiga?

  • Jika anda atau pasukan anda mengambil bahagian dalam Dropbox AI alpha, togol AI pihak ketiga dalam tetapan akaun anda akan Hidup secara lalai. Hanya kandungan yang berkaitan dengan permintaan atau perintah yang jelas akan dihantar kepada rakan niaga AI pihak ketiga kami untuk menjana jawapan, ringkasan atau transkrip.
  • Jika anda layak untuk mengambil bahagian atau pasukan anda berada dalam Dropbox AI alpha tetapi togol AI pihak ketiga dalam tetapan akaun anda Mati, kandungan anda tidak dikongsi dengan rakan niaga AI pihak ketiga kami.
  • Jika anda tidak layak untuk mengambil bahagian dan pasukan anda tiada dalam Dropbox AI alpha, kandungan anda tidak akan dikongsi dengan rakan niaga AI pihak ketiga kami.
highlight icon

Nota: Semua data yang dikongsi dengan rakan niaga AI pihak ketiga kami akan dihapuskan dalam masa 30 hari.

Bagaimanakah data saya dilindungi dengan Dropbox AI?

Kami mengakui tanggungjawab untuk melindungi privasi data apabila menggunakan alat AI. Oleh itu, kami mewujudkan prinsip AI untuk memandu tindakan kami. Ini merangkumi ketelusan dalam cara kami menggunakan AI, tidak menggunakan AI sebagai kaedah untuk menjual data, serta mendengar dan mendapat maklumat daripada maklum balas anda.

Baca komitmen lengkap kami terhadap pelanggan apabila menggunakan AI.

Siapakah rakan niaga pihak ketiga Dropbox untuk AI?

Kami hanya menggunakan rakan niaga yang mempunyai dasar privasi dan komitmen terhadap hak dan keselamatan pelanggan kami yang selari dengan kami. 

Pada masa ini, kami bekerjasama dengan satu rakan niaga AI pihak ketiga iaitu OpenAI. OpenAI ialah organisasi penyelidikan kecerdasan buatan yang membangunkan model bahasa yang canggih dan teknologi AI yang termaju . Data anda tidak pernah digunakan untuk melatih model dalaman mereka, dan dihapuskan daripada pelayan OpenAI dalam masa 30 hari. Baca dasar privasi lengkap OpenAI.

Bagaimanakah saya boleh menguruskan penggunaan AI pihak ketiga dalam akaun Dropbox saya?

Anda boleh menguruskan penggunaan AI pihak ketiga untuk akaun Dropbox anda daripada halaman tetapan anda, termasuk pilihan untuk memilih masuk atau keluar pada bila-bila masa. Ketahui cara mengurus tetapan pihak ketiga anda.


Penggunaan AI pihak ketiga pada akaun pasukan diuruskan oleh pentadbir pasukan. 

highlight icon

Perhatian: Apabila anda berkongsi kandungan, penerima tersebut akan mengekalkan keupayaan untuk menggunakan kandungan tersebut dengan AI pihak ketiga.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan