Untuk berkongsi folder "Dokumen Salesforce" dengan pasukan anda, anda perlu mencipta folder ini dalam akaun Dropbox anda terlebih dahulu.
- Pergi ke rekod yang Dropbox untuk Salesforce telah didayakan.
- Klik Sediakan.
- Muat naik fail daripada komputer anda ke widget Dropbox untuk Salesforce dengan menyeret dan melepaskan atau butang Tambah Fail .
- Fail ini akan dimuat naik ke Dropbox, dan folder "Dokumen Salesforce" akan dicipta dalam akaun Dropbox anda.
- Perhatian: Jika anda menggunakan pengalaman ruang pasukan, folder “Dokumen Salesforce” akan muncul dalam folder ahli pasukan anda, dan bukannya ruang pasukan kongsian.
Selepas mencipta folder "Dokumen Salesforce", anda boleh berkongsi folder itu dengan seluruh pasukan anda:
- Log masuk ke dropbox.com dengan akaun sama yang anda gunakan untuk menyediakan Dropbox untuk Salesforce.
- Jika anda tidak pasti akaun yang disambungkan, klik tab Pilihan Dropbox. Di bahagian atas halaman, di bawah Tetapan Sambungan Dropbox, anda boleh melihat anda sedang Bersambung Sebagai siapa.
- Klik Kongsi.
- Masukkan alamat e-mel rakan sekerja yang ingin anda kongsikan folder itu, dan kemudian klik Kongsi.
Pengguna harus menerima jemputan anda sebelum Dropbox for Salesforce akan berfungsi.