Cara menggunakan Dropbox for Salesforce Marketing Cloud

Dikemas kini Dec 20, 2023
Aplikasi Dropbox for Salesforce Marketing Cloud membolehkan anda mengakses kandungan Dropbox terus daripada Marketing Cloud Content Builder supaya anda boleh bekerjasama dengan mudah dalam kandungan bersama pasukan dan rakan niaga luaran anda.
person icon

Perhatian: 

  • Ciri ini hanya tersedia kepada pasukan dalam akaun pasukan Dropbox
  • Hanya pentadbir pasukan Dropbox boleh memulakan penyediaan folder Dropbox for Salesforce Marketing Cloud
  • Anda mestilah seorang pentadbir Marketing Cloud untuk memasang Dropbox for Salesforce Marketing Cloud dan memautkan folder pasukan ke Content Builder

Cara memasang Dropbox for Salesforce Marketing Cloud

Untuk memasang Dropbox for Salesforce Marketing Cloud:

  1. Log masuk ke Salesforce AppExchange.
  2. Pergi ke penyenaraian Dropbox for Salesforce Marketing Cloud dalam Salesforce AppExchange.
  3. Pada halaman Dropbox for Salesforce Marketing Cloud, klik Get It Now.
  4. Tanda rait kotak untuk bersetuju dengan terma dan syarat, dan kemudian klik Sahkan dan Pasang.
  5. Klik Teruskan.

Cara memautkan folder pasukan ke Content Builder

Untuk menyelaraskan kandungan daripada folder pasukan Dropbox ke Content Builder, anda perlu memautkan folder anda. Untuk berbuat demikian:

  1. Pilih Business Unit yang ingin disambungkan ke folder pasukan Dropbox.
  2. Buka aplikasi Dropbox for Salesforce Marketing Cloud melalui tab AppExchange.
    • Jika anda tidak mendaftar masuk ke Dropbox, klik Daftar masuk ke Dropbox dan ikut langkah
  3. Klik Tambah folder pasukan.
  4. Pilih folder pasukan Dropbox yang ingin diakses dari Content Builder. 
highlighter icon

Perhatian:

  • Jangan sunting Folder Pasukan Dropbox atau kandungannya semasa penyelarasan
  • Integrasi ini adalah penyelarasan sehala dari Dropbox ke Content Builder. Sebarang perubahan yang dibuat kepada fail dalam Content Builder tidak akan menyelaras kembali ke Dropbox
  • Penyelarasan kandungan dari Dropbox dengan nama dan jenis yang sama akan menggantikan sebarang fail sedia dalam Content Builder
  • Apabila anda menamakan semula folder dalam Dropbox, URL aset akan berubah dan folder itu akan hilang buat sementara waktu dalam Content Builder
  • Folder dengan akses terhad yang berada dalam folder pasukan yang dipilih akan diselaraskan ke Content Builder

Apakah kandungan yang boleh saya selaraskan daripada Dropbox?

  • Content Builder hanya menerima jenis-jenis fail tertentu yang disokong oleh Salesforce Marketing Cloud. Semua fail mestilah bersaiz kurang daripada 3 MB
  • Kandungan yang diselaraskan dari akaun Dropbox anda akan mempunyai tag “Dropbox”dalam Content Builder
  • Menghapuskan fail atau folder dalam akaun Dropbox anda akan menghapuskan fail atau folder tersebut secara automatik dalam Content Builder
  • Suntingan yang dibuat kepada kandungan Dropbox akan menggantikan kandungan sedia ada dalam Salesforce Marketing Cloud

Mengapakah akaun Dropbox saya berhenti menyelaras ke Content Builder?

Jika pentadbir yang memulakan penyelarasan berhenti menjadi pentadbir atau dihapuskan atau digantung daripada pasukan, penyelarasan akan berhenti sehingga pentadbir yang aktif membuka aplikasi Dropbox for Salesforce Marketing Cloud dalam Salesforce Marketing Cloud. Untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam penyelarasan, anda boleh mencipta akaun perkhidmatan (iaitu akaun yang tidak berkaitan kakitangan khusus).

Cara menukar folder bersambung anda

Anda boleh memilih untuk memautkan folder pasukan Dropbox yang berbeza. Untuk berbuat demikian:

  1. Buka aplikasi Dropbox for Salesforce Marketing Cloud melalui tab AppExchange.
    • Jika tidak mendaftar masuk ke Dropbox, klik Daftar masuk ke Dropbox dan ikut langkah
  2. Klik Pilih folder lain.
  3. Klik Berhenti menyelaras fail. Tindakan ini tidak boleh diundur balik dengan serta-merta.
  4. Teruskan dengan menambah folder pasukan yang lain dengan mengikut arahan cara memautkan folder pasukan ke Content Builder.

Cara menyahpasang Dropbox for Salesforce Marketing Cloud

Jika anda seorang Marketing Cloud Administrator, anda boleh menyahpasang Dropbox for Salesforce Marketing Cloud:

  1. Log masuk ke akaun Marketing Cloud anda.
  2. Klik nama pengguna anda.
  3. Klik Setup.
  4. Layari ke bar sisi Platform Tools, dan klik Installed Packages di bawah pengepala kecil Apps.
  5. Klik Dropbox for Salesforce Marketing Cloud.
  6. Klik Uninstall.
Adakah artikel ini berguna?

Let us know how why it didn't help:

Thanks for letting us know!

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan