Kami faham bahawa anda perlu memastikan maklumat organisasi anda selamat. Oleh sebab itu, kami mereka bentuk Dropbox dengan berbagai langkah keselamatan fizikal dan teknikal. Jika anda seorang pentadbir Dropbox Business, anda mempunyai akses kepada ciri yang membenarkan anda menyesuaikan keselamatan mengikut keperluan anda yang tertentu.
Peruntukan pengguna
Pengguna boleh dijemput ke Dropbox Business secara manual dengan menghantar e-mel jemputan daripada Konsol Pentadbir, atau secara automatik dengan berintegrasi dengan pelaksanaan Active Directory atau LDAP sedia ada melalui salah satu pembekal pengurusan identiti kami.
Keizinan berkongsi
Pentadbir boleh mengawal sama ada ahli pasukan boleh berkongsi item dengan orang di luar pasukan, dan menetapkan peraturan berbeza untuk folder kongsian dan pautan kongsian. Jika perkongsian di luar pasukan dibolehkan, ahli akan masih dapat mencipta folder atau pautan individu “pasukan sahaja” seperti yang diperlukan.
Pengesahan
Single sign-on (SSO) membolehkan anda menggunakan pembekal identiti sedia ada anda dalam urusan pengesahan. Verifikasi dua langkah juga boleh dihidupkan untuk menambah lagi lapisan keselamatan. Di samping itu, pentadbir juga boleh menetapkan semula kata laluan untuk pengguna individu atau keseluruhan pasukan.
Kawalan sesi
Pentadbir boleh mendaftar keluar ahli pasukan dari jarak jauh daripada sesi web dan peranti serta membatalkan akses aplikasi pihak ketiga untuk mana-mana ahli pasukan.
Kawalan kata laluan
Pentadbir boleh menetapkan syarat kata laluan atau menetapkan semula kata laluan untuk pasukan mereka.
Mendayakan kawalan kata laluan akan mendaftar keluar semua ahli pasukan, memberitahu mereka tentang syarat kata laluan baru, dan meminta mereka menetapkan semula kata laluan mereka.
Pentadbir juga boleh memilih untuk menetapkan semula kata laluan bagi semua ahli pasukan mereka. Setiap ahli pasukan akan diminta untuk memilih kata laluan baru apabila mereka mendaftar masuk ke Dropbox. Pilihan untuk menetapkan semula semua kata laluan tersedia dalam bahagian kawalan kata laluan dalam Konsol Pentadbir.
Menyambungkan Dropbox peribadi dan kerja
Pentadbir boleh mematikan kebolehan ahli pasukan untuk menggunakan aplikasi destop bagi kedua-dua Dropbox peribadi dan kerja pada masa yang sama.
Memindahkan data selepas ahli keluar
Apabila membuang pengguna dari pasukan Dropbox Business, pentadbir mempunyai keupayaan untuk memindahkan data mereka ke pengguna lain.
Penghapusan jarak jauh
Jika peranti hilang atau seseorang meninggalkan organisasi, pentadbir boleh menghapuskan fail dan folder dengan mudah daripada komputer dan peranti mudah alih setelah mereka kembali dalam talian.
Ketampakan
Pentadbir boleh menjana laporan aktiviti pada bila-bila masa untuk acara berkenaan dengan kata laluan, daftar masuk, tindakan pentadbir, apl, peranti, berkongsi, dan keahlian. Laporan adalah tersedia untuk pengguna individu atau keseluruhan akaun pasukan dan boleh dimuat turun dalam format CSV (comma-separated values) untuk analisa dengan peralatan SIEM (Security information and Event Management).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Kawalan dan Penglihatan kami, lihat Panduan Amanah Dropbox.