Cara menguruskan keizinan perkongsian Dropbox

Jika anda berkongsi folder dengan seseorang, anda boleh tentukan keizinan yang mereka perlu ada untuk folder anda. Ahli folder kongsian boleh mempunyai salah satu daripada tiga peranan—pemilik, editor atau pelihat.

  • Pemilik: Hanya seorang ahli boleh menjadi pemilik folder. Pencipta folder kongsian menjadi pemilik secara automatik, melainkan folder kongsian itu dicipta dalam folder induk orang lain, atau mereka menukar pemilik kepada orang lain.
  • Editor: Mana-mana ahli yang anda berikan keizinan ini boleh menambah, menyunting, memuat turun, berkongsi atau menghapuskan fail dalam folder kongsian itu.
  • Pelihat: Mana-mana ahli yang anda berikan keizinan ini boleh melihat, memuat turun, berkongsi dan menulis komen pada fail dalam folder kongsian, tetapi tidak boleh menambah, menyunting atau menghapuskan fail.

Ketahui lebih lanjut tentang peranan dan keizinan untuk ahli folder kongsian.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox memudahkan pengurusan keizinan fail.

Ubah akses ahli kepada folder kongsian

Untuk mengubah akses ahli kepada folder kongsian:

Di dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas folder yang ingin ditukar keizinan dan klik “” (elipsis).
  3. Klik Kongsi.
  4. Klik Kongsi dengan Dropbox
  5. Klik Orang yang boleh mengakses.
  6. Klik menu pilihan di sebelah ahli yang ingin diubah.
  7. Pilih Boleh edit atau Boleh lihat.

Pada aplikasi desktop Dropbox

  1. Buka folder Dropbox dalam Fail Explorer (Windows) atau Finder (Mac).
  2. Klik kanan atau command-klik folder yang ingin diubah.
  3. Klik Kongsi….
  4. Klik menu pilihan di sebelah ahli yang ingin diubah.
  5. Pilih Boleh edit atau Boleh lihat.

Pada aplikasi mudah alih Dropbox

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “” (elipsis menegak pada Android) atau “” (elipsis pada iPhone/iPad) di sebelah folder yang ingin diubah.
  3. Tekan Tetapan Folder.
  4. Tekan kawasan di bawah [x] ahli.
  5. Tekan nama ahli yang ingin diubah.
  6. Tekan Akses.
  7. Tekan Boleh edit atau Boleh lihat.

Perhatian: Memberikan akses menyunting atau melihat kepada folder induk akan membenarkan tahap akses tersebut kepada semua subfolder dalam folder induk itu juga.

Halang ahli daripada menjemput orang lain ke folder kongsian

Jika anda pemilik folder kongsian, anda boleh menghalang ahli daripada menjemput orang lain ke folder itu.

Di dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas folder yang ingin ditukar keizinan dan klik “” (elipsis).
  3. Klik Kongsi.
  4. Klik Kongsi dengan Dropbox
  5. Klik ikon tetapan (ikon gear).
  6. Pilih keutamaan anda menggunakan menu pilihan di sebelah Urus akses.
  7. Klik Save.

Pada aplikasi desktop Dropbox

  1. Buka folder Dropbox dalam Fail Explorer (Windows) atau Finder (Mac).
  2. Klik kanan atau command klik folder yang ingin diuruskan.
  3. Klik Kongsi….
  4. Klik ikon tetapan (ikon gear).
  5. Pilih keutamaan anda menggunakan menu pilihan di sebelah Urus akses.
  6. Klik Save.

Pada aplikasi mudah alih Dropbox

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan "" (elipsis menegak pada Android) atau “” (elipsis pada iPhone/iPad) di sebelah folder yang ingin diuruskan.
  3. Tekan Tetapan Folder.
  4. Tekan Pengurusan.
  5. Tekan Hanya pemilik.

Peranan dan keizinan untuk ahli folder pasukan

Ahli folder kongsian boleh mempunyai salah satu daripada tiga peranan: pemilik, editor atau pelihat.

Perhatian: Keizinan dalam jadual di bawah mungkin berbeza untuk pengguna dalam akaun pasukan kerana pentadbir boleh menguruskan tetapan perkongsian untuk pasukan mereka.

 

Pemilik

Editor

Pelihat

Tindakan Fail dan Folder

 

 

 

Lihat ahli folder dan peranan mereka

Lihat kandungan folder

Edit kandungan folder

Tulis komen pada fail dalam folder

*

Nyahkongsi folder

Tindakan ahli

 

 

 

Jemput dan buang ahli

*‡

Batalkan jemputan dan menjemput semula ahli

*

Menentukan siapa yang boleh dijemput ke folder

Tentukan orang yang boleh menguruskan keahlian
folder

Menjadikan ahli lain sebagai pemilik

Tukar peranan ahli lain

*

E-mel ahli

Alih folder kongsian ke dalam folder pasukan §

Tinggalkan folder

*Ini ialah tetapan lalai untuk folder kongsian. Pemilik folder kongsian boleh mengubah tetapan ini.
†Pemilik hanya boleh menyahkongsi folder jika folder itu tidak mengandungi sebarang folder kongsian dan folder itu tiada dalam folder kongsian lain.
‡Jika folder kongsian dicipta dalam akaun pasukan, hanya ahli dalam pasukan itu boleh menjemput dan membuang ahli.
§Ini hanya terpakai untuk akaun pasukan.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan