Cara menguruskan pegangan undang-undang

Pegangan undang-undang ialah satu ciri yang disediakan untuk pasukan Dropbox Business yang telah membeli penambahan Tadbir Urus Data. Untuk membeli penambahan Tadbir Urus Data, hubungi eksekutif jualan Dropbox anda atau isikan borang hubungan Dropbox Business.

Meletakkan pegangan undang-undang pada ahli pasukan akan membolehkan pentadbir pasukan untuk melihat dan mengeksport semua kandungan yang telah dicipta atau diubah suai oleh ahli tersebut. Ahli yang terjejas oleh pegangan undang-undang tidak akan dimaklumkan tentang pegangan ini dan masih akan mengekalkan keizinan mereka untuk mencipta, menyunting dan menghapuskan fail.

Pentadbir pasukan boleh:

Perhatian: Pentadbir pengurusan dan sokongan pengguna tidak boleh mencipta atau menguruskan pegangan undang-undang.

Cipta pegangan undang-undang

Untuk mencipta pegangan undang-undang:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Tadbir urus data.
  5. Klik Pegangan undang-undang.
  6. Klik Pegangan baru.
  7. Isikan nama dan butiran pegangan, kemudian klik Teruskan.
  8. Masukkan nama atau e-mel ahli yang ingin diletakkan pegangan, kemudian klik Teruskan.
    • Anda boleh menambah hingga lima ahli kepada satu pegangan
  9. Pilih tarikh mula dan tamat untuk pegangan.
    • Anda boleh menetapkan tarikh mula yang sudah lepas atau hari ini, tetapi tidak pada masa akan datang
    • Anda boleh menetapkan tarikh tamat yang sudah lepas, hari ini, pada masa akan datang, atau semak kotak Jangan tetapkan tarikh tamat
  10. Klik Aktifkan.

Jika anda mencipta pegangan dengan tarikh mula yang sudah lepas, ia boleh mengambil sedikit masa untuk mengaktifkan pegangan ini. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel apabila pegangan diaktifkan.

Perhatian: Pegangan undang-undang akan dianggap aktif sehingga pentadbir pasukan melepaskan pegangan, walaupun jika tarikh tamat sudah lepas. Selepas tarikh tamat, versi fail baru tidak lagi akan disalin, tetapi salinan sedia ada akan tersedia sehingga anda melepaskan pegangan.

Apakah jenis fail yang saya boleh letakkan pegangan?

Apabila anda mencipta pegangan undang-undang, salinan bagi semua fail yang telah dicipta atau disunting oleh ahli antara tempoh tarikh mula dan tamat akan dipegang dengan pengecualian berikut:

  • Dokumen awan, termasuk dokumen Dropbox Paper dan Dokumen/Helaian/Slaid Google
  • Fail yang hanya dipratonton oleh ahli
  • Fail yang boleh diakses oleh ahli tetapi belum disunting
  • Fail yang telah dicipta dan diubah suai sebelum pengguna menyertai pasukan
  • Fail yang tidak lagi boleh diakses oleh ahli pada masa pegangan diletakkan

Perhatian: Dalam kes terpencil, fail mungkin tidak akan dipegang jika ahli kehilangan akses kepadanya sejurus selepas mencipta atau menyuntingnya.

Pada siapa saya boleh letakkan pegangan undang-undang?

Anda boleh meletakkan pegangan pada ahli yang aktif, dijemput dan digantung dalam pasukan anda, termasuk pegangan pada pentadbir pasukan lain dan diri sendiri.

Anda tidak boleh meletakkan pegangan pada ahli yang dihapuskan, seluruh kumpulan, atau seluruh pasukan. Bagaimanapun, anda boleh menghapuskan ahli semasa mereka dalam pegangan.

Lihat pegangan undang-undang

Anda boleh melihat sebarang pegangan undang-undang yang aktif dan dilepaskan pada bila-bila masa. Untuk melihat pegangan undang-undang:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Tadbir urus data.
  5. Klik Pegangan undang-undang.
  6. Togol antara tab Aktif dan Dilepaskan untuk melihat semua pegangan undang-undang pasukan anda.

Sunting pegangan undang-undang

Anda boleh menyunting nama dan butiran pegangan atau menambah atau membuang ahli; bagaimanapun, anda tidak boleh menyunting tarikh pegangan. Untuk menyunting pegangan undang-undang:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Tadbir urus data.
  5. Klik Pegangan undang-undang.
  6. Klik kotak rait yang muncul apabila anda melayangkan tetikus ke atas nama pegangan undang-undang yang ingin disunting.
  7. Klik Sunting pegangan.
  8. Sunting nama atau butiran pegangan.
  9. Klik Teruskan.
  10. Tambah atau buang ahli daripada pegangan.
  11. Klik Teruskan.
  12. Semak perubahan anda.
  13. Klik Save.

Lepaskan pegangan undang-undang

Jika anda tidak lagi memerlukan sesuatu pegangan, anda boleh melepaskan pegangan. Ini akan membuang semua fail yang dikaitkan dengan pegangan tersebut dan tidak boleh dibuat asal. Untuk melepaskan pegangan undang-undang:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Tadbir urus data.
  5. Klik Pegangan undang-undang.
  6. Klik kotak rait yang muncul apabila anda melayangkan tetikus ke atas nama pegangan undang-undang yang ingin dilepaskan.
  7. Klik Lepaskan pegangan.

Eksport pegangan undang-undang

Untuk melihat fail mana yang sedang dipegang tanpa mengeksport pegangan sepenuhnya, anda boleh mengeksport fail .CSV ringkasan pegangan.

Anda boleh mengeksport pegangan undang-undang ke mana-mana folder dalam akaun Dropbox anda. Eksport ini mengandungi setiap versi fail yang dicipta dan disunting oleh ahli sepanjang tarikh pegangan itu diletakkan.

Perhatian:

  • Fail yang dicipta dalam masa 24 jam sebelum eksport mungkin tidak akan dimasukkan
  • Nama fail dan folder dalam eksport akan dalam huruf kecil

Untuk mengeksport pegangan undang-undang:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Tadbir urus data.
  5. Klik Pegangan undang-undang.
  6. Klik kotak rait yang muncul apabila anda melayangkan tetikus ke atas nama pegangan undang-undang yang ingin dilepaskan.
  7. Klik Eksport pegangan.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan