Jika pentadbir Dropbox Business telah menghapuskan ahli pasukansecara tidak sengaja, mereka mempunyai tujuh hari untuk memulihkan pengguna. Memulihkan ahli akan mengaktifkan semula akaun dengan fail dan keizinan yang sama, jadi akaun akan sama seperti sebelum penghapusan. Pentadbir pasukan dan pentadbir pengurusan pengguna boleh memulihkan pengguna terhapus.
Terdapat beberapa sebab mengapa pentadbir tidak dapat melihat pilihan untuk memulihkan ahli pasukan. Ini termasuk:
Apabila anda memulihkan ahli pasukan terhapus, akaun mereka akan dipulihkan kepada keadaan sebelumnya termasuk folder kongsian, fail, dokumen Paper, kumpulan, dan semua tetapan pengguna. Walau bagaimanapun, pemulihan ahli terhapus hanya patut digunakan sebagai langkah sandaran.
Jika anda tidak pasti sama ada ingin menghapuskan ahli atau tidak, pertimbangkan untuk menggantung mereka dahulu.
Ahli pasukan yang dipulihkan tidak akan ditambah kembali ke senarai pengecualian untuk sesetengah ciri. Contohnya, jika ahli ada dalam senarai pengecualian untuk pengurusan mobiliti perusahaan (EMM), anda perlu menambah mereka semula kepada pengecualian selepas memulihkan akaun mereka.
Untuk memulihkan sebilangan besar ahli pasukan pada satu masa, gunakan API Dropbox Business. Terdapat dua cara untuk melakukannya: