Cara menyediakan atau mengubah keizinan pautan kongsian

Dikemas kini Mar 11, 2024
person icon

Ciri yang disenaraikan di bawah hanya tersedia kepada pelanggan dalam pelan Dropbox Professional, Essentials, Standard, Advanced, Business, Business Plus dan Enterprise.
Dapatkan tetapan lanjutan apabila anda menaik taraf akaun Dropbox anda. Ketahui caranya dan lihat pelan.

Jika anda berkongsi pautan ke fail atau folder dengan seseorang, anda boleh menentukan orang yang boleh melihat kandungan pautan, dan tindakan yang boleh mereka lakukan dengan pautan itu.
highlight icon

Perhatian: Anda hanya boleh menghapuskan pautan kongsian yang anda cipta. Jika anda menjemput seseorang ke fail atau folder dengan memberikan akses menyunting, mereka boleh mencipta pautan mereka sendiri untuk berkongsi dengan orang lain. Anda tidak boleh menguruskan pautan kongsian tersebut, oleh itu pastikan anda berkongsi dengan orang yang dipercayai sahaja. Jika anda seorang pentadbir dalam pasukan Dropbox, anda boleh mengawal tetapan pautan untuk semua orang. Ketahui cara menguruskan tetapan pautan kongsian untuk pasukan anda.

highlight icon

Perhatian:
Dropbox sedang beralih kepada seni bina pautan kongsian dikemas kini iaitu pautan yang berdasarkan kandungan dan bukannya pengguna. Ini akan mempengaruhi cara pautan dicipta dan dikongsi. Pautan baru boleh dikenal pasti dengan kehadiran parameter 'rlkey' dalam URL. Untuk pautan ini, tingkah laku di atas akan dilaksanakan secara berbeza:

  • Jika anda mempunyai akses menyunting kepada fail atau folder, anda boleh menghapuskan sebarang pautan kongsian yang dicipta untuk fail atau folder tersebut.
  • Pengguna dengan akses lihat-sahaja hanya boleh mencipta pautan lihat-sahaja, tetapi pengguna dengan akses menyunting boleh mencipta pautan menyunting atau lihat-sahaja jika pautan masih belum dicipta.
  • Pautan lihat-sahaja dan menyunting adalah berbeza. Anda tidak boleh menukar pautan lihat-sahaja kepada pautan menyunting atau sebaliknya.

highlight icon

Perhatian: Pilihan penyesuaian pautan di bawah hanya terpakai untuk pautan kongsian yang anda cipta. Jika anda memberi seseorang akses kepada fail atau folder, penyesuaian pautan anda tidak terpakai untuk mana-mana pautan kongsian yang mereka cipta.

Tambah kata laluan kepada pautan kongsian

Pelanggan dalam pelan Dropbox Professional, Essentials, Standard, Advanced, Business, Business Plus, dan Enterprise boleh menambah kata laluan kepada pautan kongsian di dropbox.com atau di apl mudah alih Dropbox. Apabila seseorang membuka pautan itu, mereka memerlukan kata laluan untuk melihat kandungan pautan.


Untuk menambah kata laluan kepada fail kongsian di dropbox.com:

  1. Log masuk ke dropbox.com. 
  2. Layangkan tetikus ke atas nama fail dan klik ikon kongsi (segi empat tepat dengan anak panah ke atas).
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik sama ada Pautan untuk menyunting atau Pautan untuk melihat bergantung pada pautan yang ingin anda tambah kata laluan.
  5. Di sebelah Memerlukan kata laluan, klik untuk menogol Hidup.
    • Jika anda menambah kata laluan pada pautan lihat-sahaja, di sebelah Orang dengan akses, pilih Orang dengan kata laluan.
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Klik Save.


Untuk menambah kata laluan kepada folder kongsian di dropbox.com:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas nama folder dan klik ikon kongsi.
  3. Jika pautan belum dicipta, klik Cipta kemudian salin pautan.
  4. Klik ikon gear pada penjuru atas kanan.
  5. Klik Pautan untuk Melihat.
  6. Di sebelah Orang yang ada akses, pilih Orang yang ada kata laluan.
  7. Tetapkan kata laluan.
  8. Klik Simpan.


Untuk menambah kata laluan kepada pautan kongsian pada aplikasi mudah alih Dropbox untuk Android:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “ (elipsis menegak) di sebelah fail atau folder yang ingin ditambahkan kata laluan.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Pilih Pautan untuk menyunting atau Pautan untuk melihat bergantung pada pautan yang ingin ditambahkan kata laluan.
  5. Tekan Ubah suai tetapan.
  6. Togol Memerlukan kata laluan kepada hidup.
  7. Masukkan kata laluan.
  8. Tekan Tetapkan.
  9. Tekan Simpan.


Untuk menambah kata laluan kepada pautan kongsian pada aplikasi mudah alih Dropbox untuk iOS:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “...” (elipsis) di sebelah fail atau folder yang ingin ditambahkan kata laluan.
  3. Tekan Tetapan folder atau Tetapan fail.
  4. Tekan Pautan menyunting atau Pautan melihat (folder), atau tekan Kawal akses (fail).
  5. Togol Memerlukan kata laluan kepada hidup.
  6. Masukkan kata laluan.
  7. Tekan Simpan di sudut kanan atas.

Jika seseorang cuba melihat fail menggunakan pautan kongsian yang memerlukan kata laluan, mereka akan diminta memasukkan kata laluan. 

highlight icon

Perhatian:

Dropbox sedang beralih kepada seni bina pautan kongsian dikemas kini yang pautan adalah berdasarkan kandungan dan bukannya pengguna. Ini akan mempengaruhi cara pautan dicipta dan dikongsi. Pautan baru boleh dikenal pasti dengan kehadiran parameter 'rlkey' dalam URL. Untuk pautan ini, tingkah laku di atas akan dilaksanakan secara berbeza:

  • Jika kata laluan ditambah pada pautan kongsian selepas dicipta, penerima yang sudah menambah fail atau folder kongsian ke akaun Dropbox mereka akan mengekalkan akses mereka dan tidak perlu memasukkan kata laluan.

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan saya untuk pautan itu atau ingin mengubahnya?

Anda boleh menetapkan semula kata laluan bagi sebarang pautan yang anda kongsi dengan cara yang sama anda menetapkan kata laluan. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh mencipta kata laluan yang baru, atau anda sentiasa boleh melumpuhkan pautan. Atas sebab-sebab keselamatan, kami tidak akan memaparkan kata laluan sedia ada anda.

Ketahui cara untuk melumpuhkan pautan.

Sebagai ahli akaun pasukan Dropbox, adakah pentadbir untuk pasukan saya mempunyai kawalan ke atas kata laluan yang saya tetapkan?

Walaupun pentadbir tidak boleh menetapkan kata laluan untuk pautan yang anda cipta, mereka boleh mengawal sama ada anda boleh menetapkan kata laluan atau tidak. Mereka juga boleh mengehadkan semua pautan kongsian kepada pasukan sahaja.

Pentadbir: ketahui cara untuk menjadikan pautan untuk pasukan sahaja.

Tetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian anda

Pelanggan Dropbox Professional, Standard, Advanced dan Enterprise boleh mencipta, mengubah atau membuang tarikh luput untuk pautan kongsian di dropbox.com atau pada aplikasi mudah alih Dropbox. Pengguna hanya boleh mengakses pautan kongsian sehingga tarikh luput. Selepas tarikh luput, pautan itu akan dilumpuhkan.
 

Untuk menetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian di dropbox.com:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas nama fail atau folder dan klik ikon kongsi (segi empat tepat dengan anak panah ke atas).
  3. Dalam tetingkap timbul, klik Tetapan.
  4. Klik sama ada Pautan untuk menyunting atau Pautan untuk melihat bergantung pada pautan yang ingin anda tambah tarikh luput.
  5. Di sebelah Tarikh luput, klik untuk menogol kepada Hidup. 
  6. Pilih bila anda mahu pautan itu luput. Pautan kongsian akan luput pada 11:59 PTG pada hari yang anda pilih, berdasarkan zon masa anda.
  7. Klik Simpan supaya tarikh luput boleh digunakan pada pautan.

Untuk menetapkan tarikh luput bagi pautan kongsian pada aplikasi mudah alih Dropbox untuk Android:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “ (elipsis menegak) di sebelah fail atau folder yang ingin ditambahkan kata laluan.
  3. Tekan Kongsi.
  4. Pilih Pautan untuk menyunting atau Pautan untuk melihat bergantung pada pautan yang ingin ditambahkan tarikh luput.
  5. Tekan Ubah suai tetapan.
  6. Togol Tetapkan tarikh luput kepada hidup.
  7. Pilih tarikh pada kalendar.
  8. Tekan OK.
  9. Tekan Simpan.

Pautan kongsian akan luput pada 11:59 PM pada hari yang anda pilih, berdasarkan zon masa anda.
 

Untuk menetapkan tarikh luput bagi pautan kongsian pada aplikasi mudah alih Dropbox untuk iOS:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “...” (elipsis) di sebelah fail atau folder yang ingin ditambahkan kata laluan.
  3. Tekan Tetapan folder atau Tetapan fail.
  4. Tekan Pautan menyunting atau Pautan melihat (folder), atau tekan Kawal akses (fail).
  5. Togol Tetapkan tarikh luput kepada hidup.
  6. Pilih tarikh pada kalendar.
  7. Tekan Simpan.

Pautan kongsian akan luput pada 11:59 PM pada hari yang anda pilih, berdasarkan zon masa anda.
 

Setelah disimpan, anda boleh menyalin dan menampal pautan ke dalam e-mel atau hantarnya terus melalui Dropbox. Setelah pautan luput, anda perlu mencipta pautan baru untuk berkongsi fail atau folder semula.

Bagaimanakah orang yang saya berkongsi akan melihat pautan kongsian dengan tarikh luput?

Penerima akan dapat melihat halaman pautan kongsian seperti biasa. Mereka tidak akan dapat melihat tarikh luput itu.

Bolehkah saya menukar tarikh luput?

Anda boleh menukar tarikh luput dengan mengikut langkah-langkah yang disenaraikan di atas.

Apakah yang akan berlaku jika seseorang yang saya kongsikan pautan mengaksesnya selepas tarikh luput?

Jika seseorang melayari pautan setelah pautan itu luput, mereka akan nampak ralat yang mengatakan "Pautan ini telah luput." Untuk memberi orang itu akses kepada fail, cipta satu lagi pautan dan kongsikan dengan mereka. Ketahui cara mencipta dan berkongsi pautan kepada fail dan folder.

Saya ahli pasukan Dropbox. Adakah pentadbir mempunyai sebarang kawalan terhadap tarikh luput yang saya tetapkan?

Pentadbir boleh memberikan tarikh luput lalai kepada pautan kongsian pasukan. Jika anda seorang pentadbir Dropbox, ketahui cara menetapkan tarikh luput lalai untuk pautan kongsian yang dicipta oleh pasukan anda.

highlight icon

Perhatian: Dropbox sedang beralih kepada seni bina pautan kongsian dikemas kini iaitu pautan yang berdasarkan kandungan dan bukannya pengguna. Ini akan mempengaruhi cara pautan dicipta dan dikongsi. Pautan baru boleh dikenal pasti dengan kehadiran parameter 'rlkey' dalam URL. Untuk pautan ini, tingkah laku di atas akan dilaksanakan secara berbeza:

  • Penerima pautan kongsian yang menambah fail atau folder kongsian ke akaun Dropbox mereka akan mengekalkan akses mereka selepas pautan kongsian luput.

Melumpuhkan muat turun untuk pautan kongsian

Pelanggan Dropbox Professional, Standard, Advanced dan Enterprise boleh menambah kata laluan untuk pautan kongsian di dropbox.com atau dalam aplikasi mudah alih Dropbox. 

highlight icon

Perhatian penting: Melumpuhkan muat turun untuk pautan kongsian akan menghalang orang daripada memuat turun kandungan pautan melalui Dropbox. Ini tidak menghalang orang daripada menyimpan kandungan menggunakan kaedah lain.

Untuk melumpuhkan muat turun bagi pautan kongsian di dropbox.com:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas nama fail atau folder dan klik ikon kongsi (segi empat tepat dengan anak panah ke atas).
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik sama ada Pautan untuk menyunting atau Pautan untuk melihat bergantung pada pautan yang ingin anda lumpuhkan muat turun.
  5. Di sebelah Lumpuhkan muat turun , klik untuk menogolnya Hidup.
  6. Klik Simpan.
     

Untuk melumpuhkan muat turun untuk pautan kongsian pada aplikasi mudah alih Dropbox:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan fail untuk membuka halaman pratontonnya.
  3. Klik “” (elipsis) di sudut atas kanan. 
  4. Tekan Urus Akses.
  5. Tekan Lihat tetapan pautan.
  6. Di sebelah Lumpuhkan muat turun , klik untuk menogolnya Hidup.
  7. Tekan Selesai.

Anda boleh berkongsi pautan ini melalui Dropbox atau dengan menampal pautan ke dalam e-mel atau chat. 

Penerima boleh pratonton fail di dropbox.com, tetapi butang Muat turun akan dikelabukan dan tidak boleh di klik. Jika penerima melayangkan tetikus ke atas butang Muat turun, mereka akan melihat “Muat turun dilumpuhkan.”

Jika pratonton tidak disokong untuk jenis fail yang anda sedang berkongsi, anda akan melihat ralat ”[jenis fail] fail tidak boleh dipratonton. Muat turun mesti dihidupkan untuk berkongsi.” Muat turun tidak boleh dilumpuhkan untuk fail itu. 

highlight icon

Perhatian: Dropbox sedang beralih kepada seni bina pautan kongsian dikemas kini iaitu pautan yang berdasarkan kandungan dan bukannya pengguna. Ini akan mempengaruhi cara pautan dicipta dan dikongsi. Pautan baru boleh dikenal pasti dengan kehadiran parameter 'rlkey' dalam URL. Untuk pautan ini, tingkah laku di atas akan dilaksanakan secara berbeza:

  • Melumpuhkan muat turun untuk pautan folder lihat-sahaja juga akan menghalang penerima pautan daripada menambah folder itu ke Dropbox mereka.

Mengehadkan akses kepada pautan kongsian untuk ahli pasukan anda

Untuk mengehadkan akses pautan kongsian kepada ahli pasukan anda di dropbox.com:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas nama fail atau folder dan klik ikon kongsi (segi empat tepat dengan anak panah ke atas).
  3. Dalam pop timbul, klik Tetapan.
  4. Klik sama ada Pautan untuk menyunting atau Pautan untuk melihat bergantung pada pautan yang ingin anda hadkan akses.
  5. Di sebelah Orang dengan akses, pilih Ahli pasukan daripada menu juntai bawah.
  6. Klik Save.
highlight icon

Perhatian: Pautan akses melihat yang dikongsi dan pautan kongsian untuk fail berlandaskan web masih boleh dikongsi secara luaran. Bukan ahli pasukan boleh mencipta pautan kongsian mereka sendiri berdasarkan akses dan tetapan mereka.

highlight icon

Perhatian: Dropbox sedang beralih kepada seni bina pautan kongsian dikemas kini iaitu pautan yang berdasarkan kandungan dan bukannya pengguna. Ini akan mempengaruhi cara pautan dicipta dan dikongsi. Pautan baru boleh dikenal pasti dengan kehadiran parameter 'rlkey' dalam URL. Untuk pautan ini, tingkah laku di atas akan dilaksanakan secara berbeza:

  • Jika anda mempunyai akses menyunting kepada fail atau folder, anda boleh menghapuskan sebarang pautan kongsian yang dicipta untuk fail atau folder tersebut.
  • Pengguna dengan akses lihat-sahaja hanya boleh mencipta pautan lihat-sahaja, tetapi pengguna dengan akses menyunting boleh mencipta pautan menyunting atau lihat-sahaja jika pautan masih belum dicipta.
  • Pautan lihat-sahaja dan menyunting adalah berbeza. Anda tidak boleh menukar pautan lihat-sahaja kepada pautan menyunting atau sebaliknya.
  • Hanya satu pautan menyunting dan satu pautan lihat-sahaja yang boleh ada bagi setiap fail atau folder.

Untuk mengehadkan akses pautan kongsian kepada ahli pasukan anda pada aplikasi mudah alih Dropbox:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan fail untuk membuka halaman pratontonnya.
  3. Klik “” (elipsis) di sudut atas kanan. 
  4. Tekan Urus Akses.
  5. Tekan Lihat tetapan pautan.
  6. Tekan Akses pautan.
  7. Pilih Ahli Pasukan daripada menu.
  8. Tekan Selesai.

Setelah disimpan, anda boleh menyalin dan menampal pautan ke dalam e-mel atau hantarnya terus melalui Dropbox.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan