Bagaimana untuk mengubah keizinan pautan kongsian

Artikel ini membincangkan ciri yang tersedia kepada pelanggan Dropbox Professional dan Dropbox Business.

Jika anda berkongsi pautan kepada fail atau folder dengan seseorang, anda boleh menentukan siapa yang boleh melihat kandungan pautan, dan apa yang mereka boleh lakukan dengan pautan.

Perhatian: Mana-mana pengguna Dropbox bolehmenghapuskan pautan kepada fail yang mereka miliki.

Jika anda menambah ahli ke fail atau folder, selain daripada berkongsi pautan,ketahui cara untuk mengubah keizinannya.

Bahagian dalam artikel ini:

Tambah kata laluan kepada pautan kongsian

Pelanggan Dropbox Professional dan Business boleh menambah kata laluan kepada pautan kongsian di dropbox.com atau pada aplikasi mudah alih Dropbox. Apabila seseorang membuka pautan, mereka perlukan kata laluan untuk melihat kandungannya.

 Untuk menambah kata laluan kepada pautan kongsian di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com
  2. Klik butang Kongsi di sebelah nama fail.
  3. Klik Tetapan pautan.
  4. Di sebelah Akses pautan, pilih Hanya orang yang ada kata laluan daripada menu pilihan.
  5. Tetapkan kata laluan.
  6. Klik Save.

Untuk menambah kata laluan kepada pautan kongsian pada aplikasi mudah alih Dropbox:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan fail untuk membuka halaman pratontonnya.
  3. Tekan “” (elipsis) di sudut atas kanan. 
  4. Tekan Urus Akses.
  5. Tekan Lihat tetapan pautan.
  6. Tekan Akses pautan.
  7. Pilih Orang yang ada kata laluan daripada menu.
  8. Tetapkan kata laluan.
  9. Tekan Selesai.

Setelah disimpan, anda boleh menyalin dan menampal pautan ke dalam e-mel atau hantarnya terus melalui Dropbox.

Jika seseorang cuba untuk melihat pautan kongsian menggunakan kata laluan, mereka akan melihat halaman ini:

Pautan kongsian dilindungi kata laluan

Setelah mereka memasukkan kata laluan, mereka akan melihat halaman pautan kongsian yang biasa.

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan saya untuk pautan itu atau ingin mengubahnya?

Anda boleh menetapkan semula kata laluan bagi sebarang pautan yang anda kongsi dengan cara yang sama anda menetapkan kata laluan. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh mencipta kata laluan yang baru, atau anda sentiasa boleh melumpuhkan pautan. Atas sebab-sebab keselamatan, kami tidak akan memaparkan kata laluan sedia ada anda.

Ketahui cara untuk melumpuhkan pautan.

Saya ahli pasukan Dropbox Business. Adakah pentadbir saya mempunyai sebarang kawalan ke atas kata laluan yang saya tetapkan?

Pentadbir tidak boleh menguatkuasakan dasar kata laluan untuk pautan kongsian ahli pasukan. Apa yang boleh dilakukan oleh pentadbir adalah mengehadkan semua pautan kongsian kepada "pasukan-sahaja."

Pentadbir: ketahui cara untuk menjadikan pautan untuk pasukan-sahaja.

Tetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian anda

Pelanggan Dropbox Professional dan Business boleh mencipta, mengubah suai, atau membuang tarikh luput untuk pautan kongsian di dropbox.com atau pada aplikasi mudah alih Dropbox. Orang hanya boleh mengakses pautan kongsian sehingga tarikh luput. Selepas tarikh luput, pautan itu dilumpuhkan.

Untuk menetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus di atas nama fail atau folder dan klik butang Kongsi yang muncul.
  3. Dalam tetingkap timbul, klik Tetapan pautan.
  4. Di sebelah Tarikh luput, klik untuk menogolnya Hidup. 
  5. Pilih bila anda mahu pautan itu luput. Pautan kongsian akan luput pada 11:59 PTG pada hari yang anda pilih, berdasarkan zon masa anda.
  6. Klik Simpan untuk tarikh luput dikenakan kepada pautan.

Untuk menetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian pada aplikasi mudah alih Dropbox:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan fail untuk membuka halaman pratontonnya.
  3. Tekan “” (elipsis) di sudut atas kanan. 
  4. Tekan Urus Akses.
  5. Tekan Lihat tetapan pautan.
  6. Di sebelah Tarikh luput, tekan untuk menogolnya Hidup. 
  7. Pilih bila anda mahu pautan itu luput. Pautan kongsian akan luput pada 11:59 PTG pada hari yang anda pilih, berdasarkan zon masa anda.
  8. Tekan Selesai.

Setelah disimpan, anda boleh menyalin dan menampal pautan ke dalam e-mel atau hantarnya terus melalui Dropbox. Setelah pautan luput, anda perlu mencipta pautan baru untuk berkongsi fail atau folder semula.

Penerima akan dapat melihat halaman pautan kongsian seperti biasa. Mereka tidak akan dapat melihat tarikh luput itu.

Jika anda perlu mengubah tarikh luput, gunakan langkah-langkah yang sama ini untuk mengubah tarikh luput.

Apakah yang akan berlaku jika seseorang yang saya kongsikan pautan mengaksesnya selepas tarikh luput?

Jika seseorang melayari pautan setelah ia luput, mereka akan melihat ralat yang mengatakan "Pautan yang anda cuba untuk akses telah luput."

Saya ahli pasukan Dropbox Business. Adakah pentadbir saya mempunyai sebarang kawalan ke atas tarikh luput yang saya tetapkan?

Pentadbir tidak boleh menguatkuasakan dasar tarikh luput untuk pautan kongsian ahli pasukan. Bagaimanapun, pentadbir boleh mengehadkan semua pautan kongsian untuk pasukan-sahaja.

Pentadbir Dropbox Business: ketahui cara untuk menjadikan pautan untuk pasukan-sahaja.

Melumpuhkan muat turun untuk pautan kongsian

Pelanggan Dropbox Professional dan Business boleh melumpuhkan muat turun untuk pautan kongsian di dropbox.com atau pada aplikasi mudah alih Dropbox. 

Perhatian penting: Melumpuhkan muat turun untuk pautan kongsian akan menghalang orang daripada memuat turun kandungan pautan melalui Dropbox. Ini tidak menghalang orang daripada menyimpan kandungan menggunakan kaedah lain.

Untuk melumpuhkan muat turun untuk pautan kongsian di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus di atas nama fail atau folder dan klik Kongsi.
  3. Klik Tetapan pautan.
  4. Di sebelah Lumpuhkan muat turun , klik untuk menogolnya Hidup.
  5. Klik Save.

Untuk melumpuhkan muat turun untuk pautan kongsian pada aplikasi mudah alih Dropbox:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan fail untuk membuka halaman pratontonnya.
  3. Tekan “” (elipsis) di sudut atas kanan. 
  4. Tekan Urus Akses.
  5. Tekan Lihat tetapan pautan.
  6. Di sebelah Lumpuhkan muat turun , klik untuk menogolnya Hidup.
  7. Tekan Selesai.

Anda boleh berkongsi pautan ini melalui Dropbox atau dengan menampal pautan ke dalam e-mel atau chat. 

Penerima boleh pratonton fail di dropbox.com, tetapi butang Muat turun akan dikelabukan dan tidak boleh di klik. Jika penerima melayangkan tetikus ke atas butang Muat turun, mereka akan melihat “Muat turun dilumpuhkan.”

Jika pratonton tidak disokong untuk jenis fail yang anda sedang berkongsi, anda akan melihat ralat ”[jenis fail] fail tidak boleh dipratonton. Muat turun mesti dihidupkan untuk berkongsi.” Muat turun tidak boleh dilumpuhkan untuk fail itu. 

Pengguna Dropbox Business: hadkan akses kepada pautan kongsian untuk ahli pasukan anda

Untuk mengehadkan akses pautan kongsian kepada ahli pasukan anda di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus di atas nama fail atau folder dan klik butang Kongsi yang muncul.
  3. Dalam tetingkap timbul, klik Tetapan pautan.
  4. Di sebelah Akses pautan, pilih Ahli Pasukan daripada menu pilihan.
  5. Klik Save.

Untuk mengehadkan akses pautan kongsian kepada ahli pasukan anda pada aplikasi mudah alih Dropbox:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan fail untuk membuka halaman pratontonnya.
  3. Tekan “” (elipsis) di sudut atas kanan. 
  4. Tekan Urus Akses.
  5. Tekan Lihat tetapan pautan.
  6. Tekan Akses pautan.
  7. Pilih Ahli Pasukan daripada menu.
  8. Tekan Selesai.

Setelah disimpan, anda boleh menyalin dan menampal pautan ke dalam e-mel atau hantarnya terus melalui Dropbox.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan