Cara mengurus fail dan projek dalam Dropbox Replay

Dikemas kini Nov 12, 2023
person icon

Dropbox Replay tersedia untuk semua pengguna Dropbox di dropbox.com. Penambahan Dropbox Replay ialah ciri berbayar yang tersedia untuk pelanggan yang menggunakan Dropbox Plus, Essentials, Professional, Standard, Business, Advanced, Business Plus dan Enterprise.

Anda boleh menambah fail dan mencipta projek dalam Dropbox Replay, termasuk menambah versi fail projek yang dikemas kini. Setelah dimuat naik atau dicipta, anda boleh menguruskan akses pelihat dan keizinan untuk fail dan projek anda.

Cara menambah dan mengurus fail dalam Dropbox Replay

Untuk menambah fail ke Dropbox Replay:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid di bahagian atas sebelah kiri.
  3. Klik Replay daripada menu yang muncul.
    • Perhatian: Dropbox Replay akan dibuka dalam tab baru.
  4. Klik Tambah fail di bahagian atas sebelah kanan.
  5. Pilih Tambah daripada Dropbox, Muat naik atau Google Drive.
  6. Pilih fail yang ingin ditambah.
  7. Klik Tambah atau Buka

Selepas muat naik selesai, pratonton mini fail anda akan muncul di bawah Ruang kerja.

highlight icon

Nota: Fail Dropbox Replay disimpan dalam akaun Dropbox anda. Jika anda mempunyai fail atau projek besar yang ingin dimuat naik ke Replay, pastikan anda mempunyai ruang simpanan yang mencukupi.

Cara mencipta versi baru fail dalam Dropbox Replay

Untuk mencipta versi baru fail:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid di bahagian atas sebelah kiri.
  3. Klik Replay daripada menu yang muncul.
    • Perhatian: Dropbox Replay akan dibuka dalam tab baru.
  4. Layangkan tetikus di atas pratonton mini fail yang ingin ditambahkan versi baru.
  5. Klik “” (elipsis) di hujung baris atau di sudut atas kanan.
  6. Layangkan tetikus di atas Versi baru.
  7. Pilih Tambah daripada DropboxMuat naik atau Google Drive.
  8. Pilih fail yang ingin ditambah.
  9. Klik Tambah atau Buka.

Setelah muat naik selesai, fail anda akan dimuat semula dan nombor versi fail akan muncul dalam menu pilihan Versi (Contoh: V2).

Cara menghapuskan fail dalam Dropbox Replay

highlight icon

Perhatian: Jika anda seorang pemilik fail dan anda telah menghapuskan fail atau projek Replay anda daripada papan pemuka Replay anda, fail atau projek tersebut tidak dapat dikembalikan. Jika anda mempunyai Penambahan Replay, anda boleh mengarkib fail dan projek Replay anda dan tidak perlu membuat penghapusan.

Untuk menghapuskan fail:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid di bahagian atas sebelah kiri.
  3. Klik Replay daripada menu yang muncul.
    • Perhatian: Dropbox Replay akan dibuka dalam tab baru.
  4. Layangkan tetikus di atas nama atau pratonton mini fail yang ingin dihapuskan.
  5. Klik “” (elipsis) di bahagian atas sebelah kanan.
  6. Klik Hapus daripada menu yang muncul.
  7. Sahkan dengan mengklik Hapus dalam mesej prom.
highlight icon

Perhatian: Ini akan menghapuskan semua versi fail, termasuk pautan kongsian dan komen.

Cara menghapuskan versi fail dalam Dropbox Replay

highlight icon

Perhatian: Menghapuskan versi fail dalam Dropbox Replay ialah tindakan kekal, dan anda tidak boleh memulihkan versi itu atau sebarang komen di dalam fail. Jika anda mempunyai Penambahan Replay, anda boleh mengarkib fail dan projek Replay anda dan tidak perlu membuat penghapusan.

Untuk menghapuskan versi fail:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid di bahagian atas sebelah kiri.
  3. Klik Replay daripada menu yang muncul.
    • Perhatian: Dropbox Replay akan dibuka dalam tab baru.
  4. Klik pada fail yang ingin dihapuskan versi.
  5. Klik pada menu pilihan versi di bahagian atas sebelah kiri.
    • Perhatian: Ini akan ditandakan dengan versi yang dibuka (Contoh: V2).
  6. Klik “” (elipsis menegak) di sebelah versi yang ingin dihapuskan.
  7. Klik Hapus versi ini.
highlight icon

Perhatian: Anda juga boleh memilih Hapus semua versi daripada menu ini.

Cara mencipta dan mengurus projek dalam Dropbox Replay

Untuk mencipta projek:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid di bahagian atas sebelah kiri.
  3. Klik Replay daripada menu yang muncul.
    • Perhatian: Dropbox Replay akan dibuka dalam tab baru.   
  4. Klik Cipta projek.
  5. Masukkan nama projek dalam kotak.
  6. Klik Cipta.

Cara menambah fail ke projek dalam Dropbox Replay

Untuk menambah fail ke projek:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid di bahagian atas sebelah kiri.
  3. Klik Replay daripada menu yang muncul.
    • Perhatian: Dropbox Replay akan dibuka dalam tab baru.    
  4. Buka projek yang ingin ditambahkan fail.
  5. Klik Seret fail anda atau klik di sini.
  6. Pilih Tambah daripada Dropbox, Muat Naik atau Google Drive.
  7. Pilih fail yang ingin ditambah.
  8. Klik Tambah atau Buka

Selepas muat naik selesai, pratonton mini fail anda akan muncul dalam folder projek di bawah Fail anda.

highlight icon

Perhatian: Jika anda menyalin fail Replay yang sedia ada dan mengalihkan fail itu ke dalam folder projek Replay yang baru, semua komen dan nota dalam fail sedia ada tidak akan dipindahkan ke projek baru.

Cara menghapuskan projek dalam Dropbox Replay

highlight icon

Perhatian: Menghapuskan versi fail dalam Dropbox Replay ialah tindakan kekal, dan anda tidak boleh memulihkan versi itu atau sebarang komen di dalam fail. Jika anda mempunyai Penambahan Replay, anda boleh mengarkib fail dan projek Replay anda dan tidak perlu membuat penghapusan.

Untuk menghapuskan projek:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid di bahagian atas sebelah kiri.
  3. Klik Replay daripada menu yang muncul.
    • Perhatian: Dropbox Replay akan dibuka dalam tab baru.
  4. Klik “” (elipsis) di sudut atas kanan projek.
  5. Klik Hapus daripada menu yang muncul.
  6. Sahkan dengan mengklik Hapus dalam mesej prom.
highlight icon

Perhatian: Semua penyunting akan kehilangan akses. Menghapuskan projek ini akan membuang semua fail dan aktiviti yang berkaitan secara kekal, begitu juga folder projek.

Ketahui cara untuk berkongsi dan mengurus akses kepada fail dan projek dalam Dropbox Replay.

Kawalan pentadbiran pasukan dalam Dropbox Replay

Apabila fail atau folder Replay ditambah ke projek pasukan, semua orang yang ditambah mempunyai akses kepada semua fail di dalam projek tersebut. Pengguna yang mempunyai keizinan Menyunting boleh melihat dan menguruskan fail dan folder projek dan memberikan maklum balas. Jika pengguna mempunyai keizinan Lihat & Komen, mereka boleh melihat fail dan folder projek serta memberikan maklum balas. Jika ahli pasukan meninggalkan atau dibuang daripada projek, pentadbir boleh mengambil pemilikan dan menguruskan fail mereka dalam projek. 

Setelah pentadbir mengambil pemilikan fail atau projek, mereka boleh mengambil semua tindakan yang boleh diambil oleh pemilik, termasuklah: 

  • Menyunting/menghapuskan/menambah kata laluan
  • Menogol muat turun kepada hidup/mati 
  • Menyelesaikan komen 
  • Mengepin/melabel komen 

Ketahui lagi tentang ciri kawalan pentadbiran Dropbox Replay.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan