Mengapakah saya dihantar permintaan fail?

Dikemas kini Jan 20, 2024

Jika anda menerima permintaan fail, ini bermakna bahawa seseorang dengan akaun Dropbox ingin mengumpul fail daripada anda. 

Anda tidak memerlukan akaun Dropbox, atau perlu log masuk ke akaun Dropbox, untuk membalas permintaan fail. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai akaun Dropbox, anda boleh log masuk dan memuat naik fail terus daripada akaun anda.
 

Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi fail dan folder dengan mudah.

Cara menghantar fail melalui permintaan fail

Anda mungkin menerima permintaan fail dalam e-mel atau sebagai pautan. Untuk menghantar fail kepada pengguna Dropbox melalui permintaan fail:

  1. Buka jemputan permintaan fail atau klik pautan yang diterima. 
  2. Klik Tambah fail dan pilih Fail dari komputer, Folder dari komputer, atau Dari Dropbox.
  3. Jika anda lebih banyak fail untuk dimuat naik, klik +Tambah lebih banyak fail..
  4. Setelah anda menambah semua fail yang ingin dimuat naik, anda mungkin akan diminta untuk memasukkan nama dan alamat e-mel anda supaya pengumpul fail tahu siapa yang memuat naik fail-fail ini.
  5. Klik Muat naik.

Tanda rait hijau akan muncul untuk menunjukkan bahawa anda telah berjaya memuat naik fail anda.

Soalan Lazim tentang memuat naik ke permintaan fail

Adakah permintaan fail mempunyai tarikh akhir?

Jika anda menerima jemputan permintaan fail di dalam peti masuk anda, e-mel itu akan menyertakan maklumat jika terdapat tarikh akhir untuk memuat naik fail anda. Ini apa yang anda patut tahu mengenai tarikh akhir:

  • Masa dan tarikh bagi tarikh akhir adalah dalam zon masa pengumpul fail
  • Anda akan menerima satu e-mel peringatan untuk memuat naik fail sebelum tarikh akhir
  • Jika anda menghantar jemputan permintaan fail kepada seseorang yang asalnya tidak dijemput oleh pencipta permintaan fail itu, mereka tidak akan menerima e-mel peringatan
  • Anda tidak akan menerima e-mel jika pencipta permintaan fail mengubah tarikh akhir
  • Jika orang yang meminta fail membenarkan penyerahan lewat sebarang fail yang dimuat naik selepas tarikh akhir akan diterima, tetapi ditandakan sebagai lewat

Mengapa saya tidak menerima permintaan fail yang saya jangkakan?

Jika anda menunggu jemputan permintaan fail tetapi tidak menerimanya, cuba langkah yang berikut:

  • Semak jika jemputan permintaan fail itu pergi ke folder spam anda
  • Sahkan alamat e-mel anda dengan pengumpul fail
  • Tambah no-reply@dropbox.com kepada kenalan e-mel anda dan minta pengumpul fail untuk menghantar semula jemputan kepada anda
  • Jika langkah-langkah di atas tidak menyelesaikan masalah, sila hubungi pembekal e-mel anda, atau beritahu peminta untuk menyalin pautan kepada permintaan mereka dan menghantarkan pautan itu kepada anda.

Mengapa saya mendapat mesej ralat semasa saya cuba memuat naik fail?

Terdapat beberapa sebab mengapa anda melihat mesej ralat semasa cuba memuat naik fail kepada permintaan fail. Berikut ini beberapa mesej ralat yang mungkin anda lihat dan cara membaikinya:
 

Ralat: Sila muat naik fail di bawah 2 GB.
 

Jika permintaan fail telah dicipta oleh pengguna Dropbox Basic, Plus, atau Family, anda hanya boleh memuat naik fail hingga 2 GB. Untuk fail yang lebih besar daripada 2 GB, pertimbangkan untuk menggunakan  pautan kongsian
 

Perhatian:  Permintaan fail yang dicipta oleh ahli pasukan Dropbox Business atau pengguna Professional boleh menerima fail hingga sebesar 50 GB.
 

Ralat: [Nama peminta] tidak mempunyai Ruang Dropbox yang mencukupi untuk fail ini.
 

Beritahu peminta fail untuk menyemak jumlah ruang yang mereka ada dalam akaun Dropbox mereka.  

Ralat: Sesuatu yang tidak kena berlaku. Sila cuba hantar fail anda sekali lagi.

Jika pengumpul fail mempunyai ruang yang cukup dalam akaun Dropbox mereka dan fail di bawah saiz 2 GB, cuba muat naik ke permintaan fail dalam tetingkap pelayar yang baru (Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Safari) ataupun dalam pelayar incognito/sulit. Anda juga boleh mengosongkan cache pelayar anda dan cuba semula memuat naik fail.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan