Bagaimana untuk mencari resit atau invois pengebilan?

Dropbox mengeluarkan resit dan invois untuk semua pembayaran. Jika anda melakukan pembayaran melalui kad debit atau kredit, ini akan dipaparkan dalam penyata bank anda sebagai DROPBOX*(nombor transaksi).

Jika anda mempunyai langganan tahunan, anda akan menerima resit melalui e-mel selepas setiap pembayaran.

Dropbox Plus, Family, atau Professional

Anda boleh mengakses invois dan resit anda di dropbox.com. Untuk melakukannya:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil atau huruf nama) di penjuru atas kanan. 
  3. Klik Tetapan.
  4. Di sebelah Pelan, pilih tab Pengebilan
  5. Untuk melihat invois, klik Invois di sebelah transaksi yang diingini. 
  6. Untuk melihat resit, klik Resit di sebelah transaksi yang diingini. 

Jika transaksi tidak kelihatan dalam senarai ini, anda boleh mencari pembelian kad kredit/debit untuk mencari resit anda.

Perhatian: Hanya pengurus Family dalam pelan Dropbox Family boleh mengakses maklumat pembayaran.

Dropbox Business

Jika anda seorang pentadbir pasukan ataupun orang hubungan pengebilan bagi akaun Dropbox Business, anda boleh mengakses invois dan resit di dropbox.com. Untuk melakukannya:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol pentadbir di sebelah kiri.
  3. Klik Pengebilan di sebelah kiri.
  4. Klik tab Maklumat pengebilan
  5. Untuk melihat invois, klik Invois di sebelah transaksi yang diingini. 
  6. Untuk melihat resit, klik Resit di sebelah transaksi yang diingini. 

Membeli Dropbox di Apple App Store?

Jika anda membeli Dropbox menerusi gedung aplikasi Apple, anda boleh melihat sejarah pembelian anda untuk memuat turun resit. 

Membeli Dropbox di Google Play?

Jika anda membeli Dropbox menerusi Google Play, anda boleh melihat sejarah pesanan anda untuk memuat turun resit.

Mengapa saya tidak jumpa resit atau invois?

Sesetengah jenis pelanggan Dropbox tidak boleh mengakses invois mereka dari dropbox.com:

  • Jika akaun Dropbox Business anda dibayar melalui pindahan dana bank, ACH atau cek, pentadbir pasukan akan menerima invois terus melalui e-mel
  • Jika anda dalam pasukan Enterprise atau Education, atau dalam pasukan yang membayar Dropbox melalui penjual

Jika anda masih tidak menemui invois anda, dan anda salah seorang daripada dua jenis pengguna ini, e-mel alamat e-mel ini

Jika anda bukan salah seorang jenis pengguna ini, hubungi sokongan Dropbox.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan