Cara mengarkibkan fail video Dropbox Replay

Ciri yang diterangkan dalam artikel ini hanya tersedia untuk pelanggan yang telah membeli Penambahan Dropbox Replay.

Anda boleh mengarkibkan fail video Dropbox Replay anda, termasuk komen, pada akaun Dropbox anda. Ini membolehkan anda menghapuskan fail video yang diarkibkan daripada halaman Kerja anda dalam Replay, jadi anda hanya melihat fail projek aktif.

Perhatian: Hanya fail video boleh diarkibkan. Keseluruhan projek tidak boleh diarkibkan buat masa ini.

Cara mengarkibkan fail video Dropbox Replay

Anda boleh mengarkibkan fail video anda yang telah selesai dan komen pada folder baharu atau sedia ada dalam akaun Dropbox anda. 

Untuk mengarkibkan fail video Dropbox Replay:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik Replay daripada menu yang muncul.
    • Perhatian: Replay akan dibuka dalam tab baharu.
  4. Layangkan tetikus di atas pratonton mini fail yang anda ingin arkibkan.
  5. Klik kotak yang muncul di bahagian atas sebelah kiri. 
  6. Klik Arkibkan ke Dropbox di bahagian atas halaman Kerja anda.
  7. Pilih folder yang anda ingin arkibkan fail, atau klik Cipta folder
    • Perhatian: 
      • Semua folder akan ditunjukkan sebagai kosong walaupun terdapat fail di dalamnya. 
      • Jika anda tidak memilih folder, fail dan komen anda akan diarkibkan ke tab Semua fail dalam akaun Dropbox anda. 
  8. Tanda rait kotak pada Hanya arkibkan versi terkini fail Replay, jika anda mahu.
    • Perhatian: Jika anda tidak menanda rait kotak, semua versi dan komen akan diarkibkan ke folder.
  9. Klik Pilih.

Fail video Replay anda akan muncul dalam folder akaun Dropbox anda yang telah ditetapkan.

Selepas mengarkibkan fail video, anda boleh menghapuskannya daripada halaman Kerja anda dalam Replay. 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan