Jika fail atau folder Dropbox anda hilang kerana ia tidak diselaraskan ke peranti yang anda gunakan, layari artikel ini untuk menyelesaikan masalah penyelarasan. Anda boleh memeriksa dengan mendaftar masuk ke akaun anda di dropbox.com dan melihat jika fail atau folder itu ada di situ.
Jika fail atau folder anda hilang kerana sebab lain, lihat di bawah bagi pilihan cara untuk memulihkannya.
Pulihkan fail
Jika fail atau folder hilang kerana ia telah dialihkan, dinamakan semula, atau dihapuskan oleh anda atau seseorang yang berkongsi dengan anda:
Dropbox Rewind
Ciri ini hanya tersedia kepada akaun Dropbox Plus, Family, Professional dan pasukan. Ketahui cara untuk menaik taraf akaun anda.
Dropbox Rewind adalah satu alat yang membolehkan anda mengundurkan folder atau keseluruhan akaun ke masa lampau.
Ia sesuai untuk:
- Apabila virus menyulitkan fail anda dengan perisian tebusan
- Peralihan dan penghapusan tidak sengaja sejumlah besar fail
Sejarah versi
Halaman sejarah versi anda membolehkan anda melihat pratonton dan memulihkan versi lebih lama fail.
Ia sesuai untuk:
- Melihat atau memulihkan versi lama dokumen
Ketahui lebih lanjut tentang sejarah versi.
Fail terhapus
Halaman fail terhapus anda memaparkan senarai semua fail atau folder yang telah dihapuskan.
Ia sesuai untuk:
- Memulihkan fail atau folder terhapus
- Mencari fail atau folder yang mungkin hilang
Ketahui lebih lanjut tentang fail terhapus.
Hubungi Sokongan
Jika tiada satu pun kaedah di atas yang berfungsi, anda boleh menghubungi sokongan dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu anda mencari apa yang anda perlukan.
Nota: Jika anda menggunakan pelan Dropbox berbayar, anda juga boleh mengikuti langkah ini untuk meminta pemulihan fail daripada Sokongan Dropbox.