Bolehkah saya mendapat bayaran balik untuk langganan Dropbox saya?

Dalam kebanyakan situasi, langganan untuk Dropbox Business, Plus, Professional dan Enterprise tidak boleh dikembalikan wang. Ini termasuklah lesen ahli pasukan.

Jika anda rasa terdapat ralat dalam pengebilan, sila hubungi pasukan sokongan kami dan kami akan memberi kerjasama untuk mencari jalan penyelesaian. 

Ketahui bagaimana untuk membatalkan langganan Dropbox anda.

Cara meminta bayaran balik dari Apple App Store

Jika anda membeli langganan Dropbox menerusi gedung aplikasi Apple, anda perlu minta bayaran balik anda dari Apple secara langsung.

Untuk meminta bayaran balik, ikut arahan ini dari halaman sokongan Apple:

  1. Daftar masuk ke akaun App Store anda di sini dan laporkan masalah dengan pembelian. 
  2. Klik Laporkan Masalah di sebelah aplikasi Dropbox. 
  3. Pilih satu masalah, tulis penerangan, dan klik Serah. 
  4. Apple akan menghubungi anda dengan keputusan berkenaan permintaan bayaran balik anda.

Perhatian: Apple hanya menerima permintaan bayaran balik untuk pembelian yang dibuat dalam masa 90 hari.

Cara meminta bayaran balik dari Google Play

Jika anda membeli langganan anda menerusi Google Play, anda perlu minta bayaran balik anda dari Google secara langsung.

Untuk meminta bayaran balik, ikut arahan ini dari halaman sokongan Google:

  1. Layari pautan ini untuk melihat akaun Google Play anda. 
  2. Di bawah Sejarah Pesanan, klik Lagi di sebelah kanan Dropbox.
  3. Pilih Minta bayaran balik atau Laporkan masalah.
  4. Pilih satu masalah, tulis penerangan, dan klik Serah.
  5. Anda sepatutnya menerima e-mel dengan keputusan bayaran balik anda dalam masa dua hari bekerja.

Cara meminta bayaran balik debit langsung

Jika anda membayar untuk langganan Dropbox anda menggunakan pembayaran debit langsung, sila hubungi bank anda untuk bayaran balik kerana hanya bank anda yang boleh memproses permintaan pengembalian caj.

Apa akan berlaku bila saya menyerahkan permintaan pengembalian caj?

Sebarang pengembalian caj yang diminta daripada bank anda akan menurun taraf langganan Dropbox anda kepada pelan Dropbox Basic (percuma).

Jika anda ada langganan Dropbox Business, permintaan pengembalian caj akan menyebabkan pasukan anda dikunci. Pentadbir pasukan perlu memilih untuk membubarkan pasukan ataupun melanggan semula. 

Tinggal di E.U. atau Turki?

Jika anda tinggal di E.U. atau Turki, anda layak untuk mendapat bayaran balik jika anda membatalkan langganan Dropbox Plus atau Professional dalam masa 14 hari selepas pembelian.

Untuk meminta bayaran balik, hantarkan e-mel kepada kami dan sertakan negara tempat tinggal anda.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan