Naik taraf akaun individu kepada pasukan Dropbox Business

Jika organisasi anda telah berkongsi satu akaun Dropbox Basic, Plus atau Professional, anda boleh menaik taraf kepada Dropbox Business untuk memperbaiki cara ahli pasukan bekerjasama. 

Dropbox Business ialah pelan langganan yang membolehkan pasukan untuk:

  • Mengurangkan risiko kehilangan data dan salinan bercanggah
  • Menyimpan fail dengan selamat dengan mewajibkan kelayakan daftar masuk yang berasingan bagi setiap ahli pasukan
  • Mempunyai kawalan yang lebih baik ke atas perkongsian, dan cara-cara terbina dalam bagi membuang ahli yang tidak lagi menjadi sebahagian daripada pasukan anda
  • Membenarkan ahli pasukan untuk menyimpan fail peribadi dan kerja secara berasingan

Cara menaik taraf kepada Dropbox Business

Langkah 1: Tetapkan semula kata laluan anda

Pertama sekali, pertimbangkan untuk menetapkan semula kata laluan Dropbox anda. Oleh kerana rakan sekerja anda akan mempunyai akaun yang berasingan tidak lama lagi, anda tidak mahu mereka mengakses akaun anda mulai sekarang.

  1. Daftar masuk ke akaun Basic, Plus atau Professional anda di dropbox.com.
  2. Klik avatar anda di atas mana-mana halaman untuk membuka menu akaun.
  3. Pilih Tetapan.
  4. Pilih tab Keselamatan.
  5. Dalam bahagian Kata Laluan, klik pautan Tukar kata laluan.

Langkah 2: Naik taraf akaun anda dan jemput ahli pasukan

Sekarang anda telah menetapkan semula kata laluan, anda boleh menaik taraf akaun anda kepada Dropbox Business.

Setelah anda selesai membeli akaun Business anda, anda boleh menjemput rakan sekerja ke pasukan anda.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Buka halaman Ahli dan klik Jemput ahli.
  4. Masukkan alamat e-mel orang yang anda mahu jemput, dan kemudian klik Jemput ke pasukan.
    • Gunakan alamat e-mel individu setiap orang semasa menjemput mereka.

Langkah 3: Putuskan sambungan peranti

Seterusnya, anda boleh memastikan tiada pengguna lain sedang mengakses akaun anda dengan menyahpaut peranti rakan sekerja daripada akaun anda.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik avatar anda di atas mana-mana halaman untuk membuka menu akaun.
  3. Pilih Tetapan.
  4. Pilih tab Keselamatan.
  5. Dalam bahagian Peranti, klik X di sebelah setiap peranti yang ingin dinyahpautkan.
    • Semasa menyahpaut, lebih baik anda memilih untuk "Hapuskan fail daripada komputer ini apabila ia berada dalam talian?" Memilih pilihan ini akan menghapuskan fail daripada peranti ini dari jauh, dan membuang folder Dropbox tersebut.

Langkah 4: Terima jemputan

Setiap orang yang anda jemput akan menerima jemputan e-mel. Mereka perlu menerima jemputan ini untuk berjaya menyertai pasukan anda.

Rakan sekerja anda akan diminta untuk mendaftar masuk ke Dropbox semula pada peranti mereka; mereka harus menggunakan alamat e-mel yang sama yang mereka gunakan untuk menyertai pasukan.

Perhatian: Apabila rakan sekerja anda mendaftar masuk buat kali pertama dan membuka folder Dropbox, mereka mungkin tidak akan mempunyai semua fail yang diperlukan dalam akaun mereka. Anda perlu berkongsi folder yang sewajarnya dengan mereka.

Langkah 5: Tetapkan keizinan untuk folder anda

Oleh kerana kami telah menyahpaut dan menghapuskan dari jauh semua peranti yang disambungkan ke akaun anda, anda satu-satunya yang dapat melihat fail dan folder dalam akaun anda. Anda boleh pastikan struktur dan keizinan folder anda benar-benar seperti yang anda mahu sebelum berkongsinya dengan seluruh pasukan.

Perhatian: Anda perlu menjemput rakan sekerja anda ke folder tertentu supaya mereka mempunyai akses.

Sebaik sahaja rakan sekerja anda menerima jemputan anda, folder yang telah dikongsi akan mula menyelaras dengan peranti mereka secara automatik.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan