Soalan Lazim Dropbox Rewind
Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada pelanggan di pelan Cadangan Dropbox, atau Dropbox Plus, Family, Professional, Essentials, Standard, Advanced, Business, Business Plus, atau Enterprise.
Ciri ini tidak tersedia pada apl mudah alih Dropbox atau kepada pengguna di Dropbox Backup Beta.
Dropbox Rewind ialah alat yang membolehkan anda membawa folder atau seluruh akaun anda kembali ke titik masa tertentu. Ia paling berguna apabila memulihkan banyak perubahan sekaligus dalam keadaan seperti kehilangan data yang besar.
Adakah Dropbox Rewind akan menjejaskan ahli folder kongsian saya?
Ya, sebarang perubahan yang dibuat semasa pengunduran akan dicerminkan untuk semua ahli folder kongsian.
Bagaimana jika saya inginkan beberapa perubahan kembali selepas pengunduran?
Jika anda inginkan beberapa perubahan fail kembali, anda ada dua pilihan:
- Jika anda ingin mendapatkan semula fail yang dihapuskan, lihat halaman Fail dihapuskan anda dan pulihkan perkara yang anda ingin pulihkan.
- Jika anda mahu versi fail yang berbeza kembali, lihat sejarah versi fail tersebut dan pulihkan versi yang betul.
Bolehkah saya mengundurkan di luar sejarah versi saya?
Dropbox Rewind tidak dapat mengembalikan perubahan di luar sejarah versi anda. Anda boleh melanjutkan sejarah versi anda dengan salah satu tambahan kami.
Bagaimana jika saya tidak melihat fail dan folder yang betul?
Jika anda tidak melihat fail dan folder yang betul selepas pengunduran, kandungan anda mungkin salah satu jenis fail yang berikut yang tidak dapat dipulihkan dengan Dropbox Rewind:
- Menghapuskan fail atau folder secara kekal.
- Fail atau folder yang mempunyai keizinan lihat sahaja
- Kami syorkan anda menghubungi pemilik fail untuk mendapatkan kebenaran Boleh edit dan kemudian ulang semula.
- Nyahkongsi folder
Mengapa fail saya masih disulitkan?
Fail anda mungkin masih disulitkan jika:
- Fail yang dipulihkan belum diselaraskan ke peranti anda daripada dropbox.com.
- Anda belum log masuk semula pada peranti anda selepas log keluar.
- Anda tidak menghapuskan folder Dropbox anda sebelum log masuk semula ke peranti anda supaya ia memuat naik semula fail yang disulitkan.
Kami syorkan anda membersihkan peranti anda dan kembali semula ke titik masa sebelum penyulitan. Ketahui lagi tentang perkara yang perlu dilakukan jika fail anda telah disulitkan.
Bolehkah saya memulihkan fail dan folder ke lokasi baru?
Dropbox Rewind hanya boleh memulihkan fail atau folder ke lokasi sedia ada mereka.
Mengapa terdapat nombor dalam kurungan selepas nama fail saya?
Anda boleh nampak nombor, seperti “(1)” atau “(2)”, dalam nama fail jika anda:
- Buat perubahan pada fail semasa Dropbox memulihkannya.
- Tambah fail lain dengan nama fail yang sama semasa Dropbox memulihkannya.
Versi yang Dropbox pulihkan akan mempunyai satu nombor dalam nama fail untuk memelihara suntingan anda. Anda boleh membandingkan kedua-dua versi fail dan menghapuskan versi yang anda tidak perlukan.
Menggunakan Dropbox Rewind dengan Dropbox Business
Bolehkah saya mengundurkan folder pasukan?
Secara lalai, hanya pentadbir yang boleh menggunakan Dropbox Rewind. Jika anda seorang ahli pasukan dan tidak nampak pilihan untuk mengundurkan folder pasukan, hubungi pentadbir anda.
Bolehkah saya undurkan lebih daripada satu folder pasukan pada satu-satu masa?
Tidak. Untuk mengundurkan beberapa folder pasukan, anda mesti membuka setiap satu dan mengundurnya secara berasingan.
Adakah semua orang akan melihat perubahan jika saya mengundurkan folder pasukan?
Ya, jika anda mengundurkan folder pasukan, semua ahli akan melihat fail yang sama diundurkan kepada versi yang lebih lama.
Bolehkah saya mengundurkan semua folder pasukan saya sekali gus?
Tiada sesiapa, termasuk pentadbir, boleh kembalikan semua folder pasukan anda sekaligus atau kandungan yang mereka tidak mempunyai akses. Jika anda pentadbir dan perlu kembalikan semua folder pasukan anda sekaligus atau kandungan yang anda tidak mempunyai akses, hubungi sokongan Dropbox.