Trafik dan statistik membolehkan anda menjejak bagaimana fail yang anda kongsi telah dilihat atau dimuat turun. Anda boleh mengesahkan pautan dan jemputan telah diterima, dan melihat bagaimana ia digunakan.
Untuk melihat trafik dan statistik untuk fail kongsian:
Statistik untuk minggu semasa akan dipaparkan di sebelah kanan, termasuk Jumlah paparan dan Jumlah muat turun, dengan satu graf aktiviti mengikut hari. Klik anak panah kanan atau kiri berhampiran julat tarikh untuk memaparkan statistik bagi minggu yang berbeza.
Jika anda dalam pasukan Dropbox Business, anda boleh menapis statistik mengikut orang dalam pasukan anda, orang luar pasukan anda atau semua orang, menggunakan anak panah ke bawah di atas graf Paparan dan Muat turun.
Perhatian: Statistik hanya tersedia selama 90 hari, dan untuk fail yang anda miliki.
Apabila anda melihat metrik untuk pautan kongsian, anda akan nampak berapa kali sesuatu fail telah dilihat atau dimuat turun. Apabila penerima mengakses fail anda daripada jemputan perkongsian langsung, anda juga akan nampak:
Perhatian: Orang yang mengakses fail anda melalui pautan kongsian akan disenaraikan sebagai “Tetamu” dan peranti mereka tidak akan dipaparkan.
Secara lalai, ahli pasukan Dropbox Business boleh melihat trafik dan pemahaman untuk fail yang dimiliki oleh pasukan mereka, asalkan mereka mempunyai akses edit kepada fail-fail tersebut. Pentadbir boleh menukar tetapan ini dalam konsol pentadbir pada bila-bila masa.
Untuk menukar tetapan maklumat penonton untuk pasukan anda: