Dengan maklumat pelihat, anda boleh nampak jika seseorang sedang melihat fail. Dan bergantung pada pelan Dropbox yang anda ada, anda juga mungkin dapat melihat bila kali terakhir seseorang melihat fail.
Dengan maklumat pelihat, anda boleh nampak jika seseorang sedang melihat fail. Dan bergantung pada pelan Dropbox yang anda ada, anda juga mungkin dapat melihat bila kali terakhir seseorang melihat fail.
Bahagian dalam artikel ini:
Semasa seseorang sedang melihat fail kongsian, avatar mereka akan muncul berwarna pada pratonton fail di dropbox.com. Jika anda layangkan tetikus ke atas avatar mereka, ia akan tertulis Sedang melihat.
Jika seseorang mempunyai keizinan Boleh lihat atau Boleh sunting pada fail, dan mereka sedang melihat fail, avatar mereka akan muncul dalam warna kelabu di sebelah butang Kongsi. Jika anda berkongsi dengan ahli pasukan menerusi pautan kongsian, avatar mereka tidak akan muncul sehingga mereka melihat fail itu.
Pelanggan dalam pelan-pelan ini boleh nampak bila kali terakhir seseorang melihat fail:
Layangkan tetikus di atas avatar kelabu pada pratonton fail di dropbox.com untuk melihat bila kali terakhir mereka Melihat fail.
Anda juga boleh nampak sejarah penuh bila orang melihat fail.
Maklumat pelihat akan menunjukkan sama ada seseorang yang telah melihat fail merupakan ahli pasukan Dropbox Business atau tidak. Anda boleh menjemput orang untuk menyertai pasukan anda terus dari fail yang sedang dilihat.
Untuk menjemput seseorang untuk menyertai pasukan anda:
Anda boleh memohon untuk menyertai pasukan terus dari fail yang sedang dilihat.
Untuk memohon untuk menyertai pasukan:
Maklumat pelihat sepatutnya dihidupkan secara lalai untuk akaun anda. Jika tidak, hidupkan maklumat pelihat.
Setelah maklumat pelihat dihidupkan, maklumat pelihat akan dihidupkan secara automatik untuk semua fail yang anda miliki. Jika anda tidak mahu melihat maklumat pelihat, anda boleh melumpuhkannya pada fail atau folder tertentu:
Untuk melumpuhkan maklumat pelihat untuk fail atau folder kongsian
Perhatian: Hanya pemilik folder kongsian boleh melumpuhkan maklumat pelihat untuk seluruh folder. Sesiapa sahaja yang boleh menguruskan akses kepada folder boleh melumpuhkan maklumat pelihat pada fail kongsian di dalam folder kongsian.
Anda juga boleh melumpuhkan maklumat pelihat untuk seluruh akaun anda.
Jika maklumat pelihat dihidupkan dan anda sedang melihat fail, anda tidak boleh menyembunyikan maklumat pelihat anda daripada pemilik fail.
Orang yang melihat kandungan anda juga tidak boleh melumpuhkan maklumat pelihat pada fail atau folder kongsian anda.
Contohnya: Satu pasukan telah mematikan maklumat pelihat. Ahli pasukan dijemput ke folder kongsian yang dimiliki oleh seseorang bukan dalam pasukan yang menghidupkan maklumat pelihat. Maklumat pelihat untuk ahli pasukan itu akan ditunjukkan pada folder kongsian itu.
Jika anda tidak mahu maklumat pelihat dipaparkan untuk sesiapa termasuk anda sendiri, anda boleh melumpuhkannya:
Untuk melumpuhkan maklumat pelihat untuk pasukan Dropbox Business anda:
Untuk melumpuhkan maklumat pelihat untuk akaun Dropbox Business anda:
Jika anda ahli pasukan Dropbox Business, pentadbir anda akan memilih tetapan lalai untuk pasukan anda.
Untuk melumpuhkan maklumat pelihat untuk akaun peribadi anda:
Perhatian: Jika anda memilih Mati, anda boleh hidupkan maklumat pelihat untuk fail atau folder tertentu milik anda.
Maklumat siapakah akan ditunjukkan?
Anda boleh lihat maklumat pelihat tentang ahli pasukan anda atau orang dengan keizinan Boleh sunting atau Boleh lihat.
Siapakah yang boleh nampak maklumat pelihat dan apakah yang ditunjukkan?
Ahli pasukan dan orang dengan keizinan Boleh sunting dalam fail boleh melihat nama dan alamat e-mel ahli pasukan, orang dengan keizinan Boleh sunting, dan orang dengan keizinan Boleh lihat, serta nama pasukan Dropbox Business mereka, jika berkenaan.
Orang dengan keizinan Boleh lihat tidak boleh nampak maklumat pelihat.
Maklumat siapakah yang akan ditunjukkan dalam maklumat pelihat?
Apabila seseorang mengakses pautan kongsian dan dia bukan seorang ahli pasukan atau tidak dijemput ke fail, mereka akan muncul sebagai Tetamu yang melihat fail. Anda tidak boleh nampak nama atau alamat e-mel Tetamu pada fail.
Tetamu tidak boleh nampak maklumat pelihat.
Siapakah yang boleh mengakses fail saya?
Hanya anda, atau orang yang anda jemput untuk menyunting fail, boleh menjemput orang lain ke fail kongsian anda.
Ketahui bagaimana untuk mengubah keizinan untuk folder kongsian dan pautan kongsian anda.
Perhatian: Jika seseorang memuat turun pautan kongsian tanpa melihatnya di dropbox.com, ia tidak akan muncul dalam maklumat pelihat.
Tetapan maklumat pelihat
Jika maklumat pelihat dilumpuhkan untuk folder kongsian, maklumat pelihat akan turut dilumpuhkan pada semua kandungan di dalam folder itu. Jika maklumat pelihat dilumpuhkan untuk folder kongsuan, hanya pemilik boleh menghidupkan maklumat pelihat pada fail individu di dalam folder kongsian itu.
Jika maklumat pelihat dihidupkan untuk folder kongsian, pemilik atau editor boleh melumpuhkan maklumat pelihat untuk fail tertentu di dalam folder itu. Ahli yang Boleh sunting folder boleh melumpuhkan maklumat pelihat untuk fail di dalam folder kongsian.
Mengalihkan kandungan
Apabila anda mengalihkan fail ke dalam folder kongsian, fail itu akan mengguna pakai tetapan maklumat pelihat yang sama seperti folder kongsian itu. Jika anda mengalihkan fail ke dalam folder kongsian bukan milik anda, pemiliknya mungkin mempunyai tetapan yang berbeza untuk maklumat pelihat.
Perhatian: Jika anda mengubah tetapan maklumat pelihat pada fail anda sebelum mengalihkannya ke dalam folder lain, ia selalunya akan mengekalkan tetapan yang anda pilih.
Menyertai pasukan
Jika anda menyertai pasukan Dropbox Business, tetapan pasukan untuk maklumat pelihat akan dikenakan kepada akaun anda.