Mengakses fail
Jika anda mempunyai aplikasi desktop Dropbox dipautkan kepada akaun anda, maka semua fail anda sudah berada pada komputer anda. Jika tidak, anda boleh memautkan komputer baru untuk memuat turun semua fail anda. Jika anda mempunyai Penyelarasan Terpilih diaktifkan untuk mana-mana folder, anda boleh menyunting tetapan Penyelarasan Terpilih anda untuk memuat turun fail ke komputer anda juga.
Mengakses maklumat akaun dan perkakasan saya
Untuk maklumat selain daripada fail yang anda simpan dalam Dropbox, anda boleh mendaftar masuk ke laman web dan pergi ke halaman akaun anda untuk melihat maklumat akaun seperti nama dan alamat e-mel untuk akaun anda. Anda juga boleh melihat alamat IP bagi sesi, komputer, dan peranti mudah alih yang bersambung, serta aplikasi yang bersambung ke akaun anda daripada halaman keselamatan.
Mengakses komunikasi saya dengan Dropbox
Jika anda telah berkomunikasi dengan pasukan sokongan teknikal Dropbox, anda boleh mendaftar masuk ke portal khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan rekod komunikasi anda dengan kami. Jika anda tidak dapat mendaftar masuk, gunakan pautan Terlupa kata laluan di halaman itu — ini tidak akan menjejaskan kelayakan daftar masuk Dropbox anda dalam apa jua cara pun.
Permintaan maklumat sulit dan akses data
Jika anda ingin menghantar permintaan akses data, sila hubungi kami di privacy@dropbox.com dengan ayat "Data Access Request" dalam tajuk atau kandungan mesej anda.