Batalkan percubaan percuma pelan Plus atau Professional

Jika anda mendaftar untuk percubaan percuma Dropbox Plus atau Professional, artikel ini akan memberitahu anda bagaimana untuk membatalkan percubaan percuma anda sebelum ia tamat supaya anda tidak akan dicaj. Jika anda tidak membatalkan percubaan percuma anda sebelum ia berakhir, anda akan dicaj untuk Dropbox Plus atau Professional dengan maklumat pembayaran yang anda gunakan semasa anda mendaftar untuk percubaan percuma anda.

Perhatian: Percubaan percuma tidak sama seperti akaun Dropbox Basic yang juga percuma. Ketahui bagaimana untuk menghapuskan akaun Dropbox Basic anda.

Ketahui bagaimana untuk membatalkan percubaan percuma Dropbox Business.

Batalkan percubaan percuma Dropbox Plus atau Professional

Jika anda mendaftar untuk percubaan percuma anda dengan telefon atau tablet (melalui iTunes atau Google Play)

Ketahui bagaimana untuk membatalkan percubaan percuma anda jika anda mendaftar dengan telefon atau tablet. 

Jika anda mendaftar untuk percubaan percuma anda pada komputer desktop atau riba (melalui Dropbox)

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik gambar profil anda atau ikon wajah di penjuru atas kanan. 
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Pelan
  5. Klik Urus pelan.
  6. Klik Batalkan pelan.
  7. Klik Saya tetap ingin menurun taraf.
  8. Pilih satu sebab mengapa anda membatalkan pelan. 
  9. Klik Saya tetap ingin menurun taraf

Anda akan menerima satu pengesahan e-mel bahawa percubaan percuma anda telah dibatalkan. Jika anda mendaftar menggunakan kad kredit, pelan anda akan diturun taraf pada penghujung tempoh percubaan anda. Jika anda mendaftar dengan PayPal, percubaan anda akan berakhir dengan serta-merta.

Perhatian: Menghapuskan atau menyahpasang aplikasi Dropbox dari telefon atau komputer anda tidak akan menamatkan percubaan percuma anda. Membatalkan percubaan percuma tidak akan menghapuskan aplikasi Dropbox dari telefon atau komputer anda. Ia cuma akan menurun taraf anda kepada akaun Basic percuma.

Terma percubaan percuma

Apabila anda mendaftar untuk percubaan percuma, anda menerima satu e-mel daripada Dropbox dengan tempoh dan butiran percubaan anda. Jika anda tidak nampak e-mel ini di dalam peti masuk anda, periksa folder spam anda.

Jika anda membatalkan percubaan percuma anda sebelum ia luput, anda akan diturun taraf pada penghujung tempoh percubaan anda, atau serta-merta, bergantung pada cara anda mendaftar. Jika anda mendaftar menggunakan kad kredit, pelan anda akan diturun taraf pada penghujung tempoh percubaan. Jika anda mendaftar dengan PayPal, percubaan anda akan berakhir dengan serta-merta.

Selepas pelan anda diturun taraf, anda akan memiliki akaun Dropbox Basic percuma dengan 2 GB storan dan semua fail anda akan kekal dalam akaun Dropbox anda. Bergantung pada jumlah storan yang sedang digunakan, fail-fail anda boleh dinyahselaraskan dari komputer anda. 

Periksa jika percubaan percuma telah dibatalkan

Selepas anda membatalkan percubaan percuma Dropbox, anda sepatutnya menerima satu e-mel pengesahan daripada Dropbox. Jika anda tidak nampak e-mel ini di dalam peti masuk anda, periksa folder spam anda.

Jika anda telah dicaj untuk Dropbox Plus atau Professional

Jika percubaan percuma anda telah berakhir dan anda mula dicaj untuk Dropbox Plus atau Professional, anda boleh menurun taraf kepada akaun Dropbox Basic percuma sekarang dengan membatalkan langganan semasa andaCiri-ciri Plus atau Professional anda akan diturun taraf pada penghujung kitaran bil anda, tetapi anda tidak akan kehilangan sebarang fail anda dan anda tidak akan dicaj pada tarikh bil anda yang seterusnya.

Semak tarikh bil anda yang seterusnya

Ketahui bagaimana untuk melihat bil lama anda daripada Dropbox dan menyemak tarikh bil anda yang seterusnya.

Cari e-mel akaun Dropbox anda

Jika anda ada caj Dropbox dalam penyata bil anda, tetapi anda tidak ingat akaun e-mel mana yang anda daftarkan, anda boleh mencari caj itu menggunakan alat ID transaksi ini.

Ketahui lebih lanjut tentang mencari caj kad kredit Dropbox.

Cari pelan Dropbox semasa anda

Jika anda tidak pasti jenis akaun yang anda ada sekarang, daftar masuk ke dropbox.com dan pergi ke https://www.dropbox.com/account/plan.

Bayaran balik

Dalam kebanyakan situasi, Dropbox tidak memberi bayaran balik. Untuk berhenti dicaj pada masa akan datang, batalkan langganan semasa anda dan turun taraf kepada akaun Basic percuma. 

Jika sebaliknya anda ingin menghapuskan akaun Dropbox anda sepenuhnya, ketahui caranya dalam artikel ini

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan