Apakah pasukan percuma Dropbox?

Jika anda membatalkan langganan Dropbox Business anda dan pasukan anda telah dicipta sebelum Februari 2019, pasukan anda akan menjadi pasukan percuma pada akhir kitaran bil anda.

Pentadbir pasukan anda akan kekal sama, dan anda masih akan dapat mengakses semua fail dan folder anda.

Perhatian: Anda tidak boleh mencipta pasukan percuma baru.

Apakah perbezaan antara pasukan percuma dan dan pasukan Dropbox Business?

Pasukan percuma anda akan mempunyai storan yang sedikit dan akses yang terhad kepada ciri-ciri Dropbox Business Selain itu:

  • Pentadbir pasukan tidak akan mempunyai akses kepada konsol Pentadbir
  • Kuota storan anda adalah berdasarkan akaun individu dan bukannya pasukan 
  • Pasukan tidak akan dapat menggunakan Smart Sync 
  • Semua folder pasukan menjadi folder kongsian
  • Pasukan tidak akan dapat menambah atau membuang ahli pasukan
  • Semua fail yang tidak dikongsi akan kekal sulit

Klik di sini untuk menaik taraf pasukan anda kembali kepada Dropbox Business

Bagaimana saya meninggalkan pasukan percuma?

Apabila anda meninggalkan pasukan percuma, anda akan kehilangan akses kepada folder kongsian dan sebarang kumpulan. Jika anda telah menyambungkan akaun peribadi, fail kerja anda akan dialihkan ke akaun peribadi anda.

Untuk meninggalkan pasukan percuma:

  1. Daftar masuk menggunakan kelayakan pasukan anda di dropbox.com/team.
  2. Klik Tinggalkan pasukan.

Bagaimanakah saya menghapuskan pasukan percuma?

Apabila anda menghapuskan pasukan, semua ahli dibuang daripada folder kongsian dan kumpulan, dan akaun mereka akan bertukar kepada akaun Dropbox peribadi. 

Anda mesti menjadi pentadbir pasukan untuk menghapuskan pasukan. Untuk melakukannya:

  1. Daftar masuk dengan akaun pentadbir pasukan anda.
  2. Pergi ke dropbox.com/team/settings.
  3. Klik Hapus pasukan.

Apa akan berlaku jika ahli pasukan percuma melebihi kuota storan mereka?

Seorang ahli pasukan yang melebihi kuota tidak akan menjejaskan mana-mana ahli pasukan yang lain.

Jika ahli pasukan melebihi kuota storan individu mereka, folder atau fail kongsian akan berhenti menyelaras untuk mereka sahaja. Tiada fail akan dihapuskan, dan penyelarasan akan bersambung apabila ahli pasukan itu berada di bawah had semula. 

Baru dengan Dropbox?

Tidak kira anda baru dengan Dropbox atau cuma mahu belajar balik, dapatkan yang terbaik daripada akaun Dropbox anda dengan memanfaatkan kelas latihan panduan kendiri atau latihan maya dengan bimbingan pelatih kami. 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan