Cara menukar kitaran bil Dropbox anda

Anda boleh pilih sama ada kitaran bil Dropbox anda adalah secara tahunan atau bulanan. Sebarang perubahan terhadap tarikh bil anda akan berkuat kuasa pada penghujung kitaran bil semasa anda.

Contohnya, jika anda ingin beralih kepada langganan tahunan, anda akan kekal dalam langganan bulanan hingga hujung bulan itu, dan kemudian bertukar kepada langganan tahunan. 

Dropbox Plus atau Professional

Untuk menukar kitaran bil untuk akaun Dropbox Plus atau Professional:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik gambar profil anda atau bulatan kelabu di penjuru atas kanan. 
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Pengebilan.
  5. Di bawah Tempoh pengebilan, klik Ubah.
  6. Pilih kitaran bil baru anda. Maklumat tentang jumlah yang anda akan dicaj dan tarikh pembaharuan anda akan dipaparkan di bawah setiap pilihan.
  7. Klik Tukar pelan.

Anda mungkin perlu memulakan semula aplikasi Dropbox untuk melihat perubahan ini berkuat kuasa.

Dropbox Business

Untuk menukar kitaran bil untuk akaun Dropbox Business, anda mestilah menjadi pentadbir pasukan untuk akaun anda. Cari pentadbir pasukan anda.

Pentadbir pasukan boleh mengubah kitaran bil dalam Konsol pentadbir. Untuk melakukannya:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir di sebelah kiri.
  3. Klik Pengebilan.
  4. Klik tab Urus pelan.
  5. Di bawah Pengebilan bulanan, klik Tukar tempoh pengebilan.
  6. Pilih kitaran bil baru anda. Maklumat tentang jumlah yang anda akan dicaj dan tarikh pembaharuan anda akan dipaparkan di bawah setiap pilihan.
  7. Klik Tukar pelan.

Anda mungkin perlu memulakan semula aplikasi Dropbox untuk melihat perubahan ini berkuat kuasa.

Akaun Dropbox yang dibeli pada Android

Jika anda membeli langganan dari Google Play, anda akan dibil secara bulanan dan kitaran bil anda tidak boleh ditukar. 

Akaun Dropbox yang dibeli pada iPhone atau iPad

Untuk menukar tempoh pengebilan anda dari aplikasi iOS:

  1. Tekan Akaun.
  2. Tekan Urus pelan.
  3. Tekan Tempoh pengebilan. 
  4. Tekan Dibil secara bulanan atau Dibil secara tahunan.
  5. Tekan Teruskan.
  6. Tekan Sahkan.

Anda mungkin perlu memulakan semula aplikasi Dropbox untuk melihat perubahan ini berkuat kuasa.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan