Ruangan pasukan dan folder ahli: gambaran umum

Artikel ini membincangkan satu ciri yang hanya tersedia kepada pasukan Dropbox Business

Dengan Dropbox Business yang baru, pasukan anda akan berkongsi ruangan pasukan. Setiap orang dalam pasukan anda boleh mengakses ruangan pasukan ini, dan semua orang akan melihat struktur folder yang sama. Di dalam ruangan pasukan, anda mempunyai dua jenis folder yang berbeza:

Folder pasukan: Di dalam folder pasukan, setiap fail atau folder boleh dikongsi dengan sekumpulan orang yang berlainan. Anda boleh pilih untuk membenarkan orang lain melihat atau menyunting fail di dalam folder pasukan—atau menyekat akses sama sekali.

Folder ahli pasukan: Folder ahli pasukan adalah ruangan anda, dan anda boleh pilih untuk berkongsi fail dan folder di dalam folder ahli pasukan ini atau tidak.

Ketahui bagaimana untuk menyediakan struktur folder pasukan anda

Bahagian dalam artikel ini:

Folder ahli pasukan

Folder ahli pasukan adalah ruangan anda. Anda yang membuat keputusan bagaimana fail dan folder di dalam ruangan ini akan dikongsi. Sesetengah fail anda boleh jadi milik anda sahaja, sesetengah lagi boleh dikongsi dengan seluruh pasukan anda.

Folder ahli pasukan anda dinamakan sempena nama anda dan tidak boleh dinamakan semula: jika nama anda Janey Smith, maka folder anda akan dinamakan “Janey Smith.”

Walaupun folder ahli pasukan anda adalah ruangan anda, pentadbir pasukan anda boleh mengakses folder ahli pasukan anda menerusi konsol pentadbir atau dengan mendaftar masuk sebagai akaun anda.

Folder ahli pasukan anda berwarna ungu dan dinamakan sempena nama anda.

Berkongsi di dalam folder ahli pasukan

Anda boleh berkongsi fail dan folder di dalam folder ahli pasukan anda menggunakan folder kongsian dan pautan kongsian. Anda menentukan siapa yang boleh mengakses kandungan ini. 

Jika anda dijemput ke folder yang tiada dalam ruangan pasukan, anda boleh Tambah folder itu ke folder ahli pasukan anda. Apabila anda menerima jemputan folder, jemputan ini akan menunjukkan di mana anda akan menambah folder itu: sama ada di dalam folder ahli pasukan ataupun folder pasukan anda. Menambah folder membolehkan anda mengakses kandungannya dalam akaun Dropbox anda.

Perhatian: Jika anda berkongsi fail atau folder di dalam folder ahli pasukan anda, hanya fail atau folder yang anda pilih akan dikongsi. Tiada benda lain di dalam folder ahli pasukan anda akan dikongsi melainkan anda memilih untuk berkongsinya.

Menyertai pasukan dengan akaun Dropbox sedia ada

Jika anda menyertai pasukan Dropbox Business anda dengan akaun Dropbox sedia ada, folder ahli pasukan anda akan mengandungi semua fail sedia ada anda. Jika anda mempunyai folder kongsian dan pautan kongsian dalam akaun anda, fail dan folder ini akan masih dikongsi dalam cara yang sama. Anda boleh memindahkan sebarang kandungan yang sepatutnya dikongsi dengan pasukan anda ke dalam ruangan pasukan.

Ruangan pasukan

Ruangan pasukan dikongsi dengan semua orang dalam pasukan anda. Ruangan pasukan kelihatan sama dan mempunyai struktur yang sama untuk semua ahli pasukan.

Contoh ruangan pasukan

Nama anda Janey Smith, dan anda bekerja dalam jabatan reka bentuk sebuah syarikat yang bernama Syarikat. Anda baru sahaja menyertai pasukan Dropbox Business anda. 

Dalam akaun Dropbox anda, anda melihat ruangan pasukan yang bernama Syarikat. Apabila anda klik ini, anda nampak beberapa folder: 

  • Janey Smith: “Janey Smith“ ialah folder ahli pasukan anda. 
  • Reka bentuk: Di dalam folder “Reka bentuk,“ anda nampak fail dan folder untuk projek reka bentuk. Anda boleh mengakses dan melihat semua fail di dalam folder ini.
  • Pemasaran: Terdapat tanda tolak berwarna kelabu pada ikon folder “Pemasaran.“ Jika anda cuba buka “Pemasaran,“ anda nampak mesej ralat: Tiada akses kepada folder “Pemasaran.“

Berkongsi di dalam ruangan pasukan

Ruangan pasukan boleh diakses oleh seluruh pasukan, tetapi itu tidak bermakna semua ahli pasukan mempunyai akses kepada semua kandungan. Anda boleh memiliki keizinan yang berbeza untuk folder:

  • Boleh sunting: Anda boleh melihat, menyunting, dan menguruskan akses kepada kandungan folder ini
  • Boleh lihat: Anda boleh melihat kandungan folder ini
  • Tiada akses: Anda tidak boleh melihat kandungan folder ini

Secara lalai, sesiapa sahaja yang mempunyai keizinan menyunting untuk folder akan mempunyai keizinan menyunting untuk semua folder di dalam folder tersebut. Contohnya, jika anda boleh menyunting “Reka bentuk,“ maka anda boleh menyunting sebarang folder di dalam “Reka bentuk,“ melainkan akses kepada sesuatu folder dihadkan.

Urus orang yang boleh melihat atau menyunting fail anda

Ubah akses kepada folder di dalam ruangan pasukan

Jika anda Boleh sunting folder, anda boleh mengubah orang yang boleh mengakses folder itu. 

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Layari ke folder yang ingin diuruskan akses.
  4. Layangkan tetikus di atas folder dan pilih Kongsi.
    • Anda boleh menambah pengguna atau kumpulan yang ingin dikongsikan fail dengan memasukkan nama atau alamat e-mel mereka di dalam kotak teks. Selepas anda menambah ahli dan memilih akses mereka, klik Kongsi.
    • Anda boleh membuang pengguna individu atau kumpulan dengan mengklik Buang di sebelah nama mereka.

Daripada tetingkap Kongsi, anda boleh melihat orang yang boleh mengakses folder dan jenis keizinan mereka. Di sebelah ahli pasukan atau kumpulan, anda nampak Boleh sunting atau Boleh lihat. 

Contohnya, pasukan reka bentuk boleh mempunyai folder “Reka bentuk“ di dalam ruangan pasukan yang hanya boleh diakses oleh kumpulan reka bentuk. Pasukan Reka bentuk kemudian boleh menjemput pengguna tertentu ke folder di dalam folder “Reka bentuk“ mereka.

Ralat Tiada akses kepada folder

Folder yang anda tidak punya akses mempunyai tanda tolak berwarna kelabu di atas folder itu. Jika anda cuba membuka salah satu folder ini, anda akan mendapat ralat: Tiada akses kepada folder “Nama folder.“

Jika anda tiada akses kepada folder, ini adalah mesej ralat yang anda akan nampak.

Mengalihkan fail dan folder ke dalam ruangan pasukan
Ahli dan pentadbir pasukan boleh mengalihkan folder kongsian ke dalam ruangan pasukan selagi mereka memenuhi syarat berikut:

  1. Folder tidak mengandungi folder kongsian bersarang.
  2. Folder dan folder-folder di dalamnya bukan sulit.
  3. Ahli pasukan atau pentadbir mempunyai akses menyunting kepada folder induk.
  4. Ahli pasukan atau pentadbir mempunyai akses menyunting kepada folder.
  5. Tetapan Urus keahlian pada folder ditetapkan kepada Sesiapa sahaja dalam akaun Dropbox Business anda yang ada keizinan menyunting.
  6. Tetapan perkongsian luar ditetapkan kepada Sesiapa sahaja.

Anda tidak boleh mengalihkan folder jika anda tiada akses menyunting untuk folder destinasi.

Menyalin folder di dalam ruangan pasukan

Menyalin folder di dalam ruangan pasukan akan menyalin kandungan folder, tetapi tidak menyalin keizinan folder itu. Jika anda menampal folder ke dalam bahagian ruangan pasukan yang anda boleh sunting, folder itu mempunyai keizinan yang sama seperti lokasi barunya.

Contohnya: sebuah pasukan jenama boleh mengakses folder “Reka bentuk logo baru.“ Anda menyalin folder “Reka bentuk logo baru“ dan menampalnya ke dalam folder “Pemasaran“ yang boleh diakses oleh seluruh pasukan anda. Semua orang dalam pasukan anda kini boleh mengakses salinan “Reka bentuk logo baru“ di dalam folder “Pemasaran.“

Apakah makna ikon-ikon pada folder saya?

Ikon (atau simbol) pada folder dalam akaun Dropbox anda memberitahu anda jenis folder yang anda sedang gunakan. 

Folder biru dengan ikon bangunan

 

Folder dengan ikon bangunan telah dikongsi dengan semua orang atau sebahagian daripada pasukan Dropbox Business anda. Ia sebahagian daripada ruangan pasukan. Ia juga boleh dikongsi dengan orang di luar pasukan anda.

Folder ungu dengan ikon orang

 

Folder ungu dengan ikon orang bermakna bahawa folder ini adalah folder ahli pasukan anda. Folder ahli pasukan anda hanya boleh dilihat oleh anda. Kandungan folder ahli pasukan anda boleh dikongsi.

Folder biru

 

Folder biru tanpa ikon digunakan untuk folder di dalam folder ahli pasukan anda yang tidak dikongsi.

Perhatian: Wajah ikon folder ini berbeza-beza bergantung pada dari mana anda melihatnya. Ikon-ikon ini adalah dari dropbox.com.

Ikon folder saya tidak sepadan dengan ikon ini

Jika anda mempunyai akses kepada ruangan pasukan sebelum 9 April 2018, anda mungkin ada beberapa ikon yang lama. Jika folder anda tidak mempunyai ikon sama seperti yang diterangkan dalam artikel ini, maka mungkin ia masih belum dikemas kini.

Anda boleh mengemas kini kepada ikon-ikon baru dengan menyelaraskan semula folder Dropbox anda. Untuk menyelaras semula folder anda, undurkan penyelarasan folder anda pada aplikasi desktop menggunakan penyelarasan terpilih, kemudian selaraskan ia sekali lagi.

Mentadbir ruangan pasukan

Pentadbir boleh memilih jika semua ahli atau hanya pentadbir yang boleh menyunting peringkat teratas ruangan pasukan. Peringkat teratas adalah set folder yang pertama anda lihat dalam bahagian Fail akaun anda di dropbox.com.

Untuk mengubah tetapan ini:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Di bawah Kandungan, klik Suntingan peringkat teratas.
  5. Klik menu pilihan dan pilih tetapan yang betul untuk pasukan anda:
    • Semua orang: Semua ahli pasukan boleh menyunting peringkat teratas ruangan pasukan.
    • Pentadbir sahaja: Hanya pentadbir boleh menyunting peringkat teratas ruangan pasukan. Ahli pasukan tidak boleh menambah fail atau folder kepada peringkat ruangan ini.
  6. Klik Save.

Jika anda memilih Pentadbir sahaja, anda boleh menggunakan tab Kandungan untuk menambah, menghapus, menamakan semula, atau mengalihkan kandungan di dalam peringkat teratas ruangan pasukan. 

Jika anda memilih Semua orang, anda boleh menggunakan sama ada tab Kandungan, dropbox.com, atau aplikasi desktop untuk menyunting peringkat teratas ruangan pasukan.

Pengurus kandungan

Dalam pengurus kandungan, anda boleh mengatur struktur folder di dalam ruangan pasukan. Dari pengurus kandungan, pentadbir pasukan juga boleh menguruskan keahlian mana-mana kandungan kongsian. 

Cipta folder peringkat teratas di dalam ruangan kongsian pasukan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Kandungan.
  4. Klik Folder baru.
  5. Pilih jika anda mahu semua orang dalam pasukan anda untuk mempunyai akses kepada folder ini atau hanya ahli-ahli tertentu.
  6. Pilih jika ahli harus mempunyai akses Boleh sunting atau Boleh lihat kepada kandungan folder.

Urus akses kepada folder:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Kandungan.
  4. Klik Urus di sebelah folder yang diingini.
  5. Dalam tetingkap timbul, cari kumpulan atau individu yang ingin disunting.
  6. Klik menu pilihan dan pilih Boleh sunting atau Boleh lihat atau Buang.

Folder ahli pasukan

Anda boleh mengakses folder ahli pasukan menggunakan daftar masuk sebagai pengguna atau dalam tab Kandungan di bawah Ahli.

Untuk dapatkan bantuan dengan ruangan pasukan dan folder ahli, atau untuk membatalkan pelan atau percubaan Dropbox Business anda, hubungi Sokongan Dropbox.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan