Apakah keadaan terkunci?

Pasukan anda boleh dikunci jika tempoh percubaan anda luput atau jika anda telah diturun taraf. Jika pasukan anda memasuki keadaan terkunci, pasukan anda akan mempunyai akses lihat-sahaja kepada kandungan anda. Khususnya:

  • Penyelarasan fail akan berhenti
  • Anda tidak akan dapat mencipta atau memuat naik sebarang fail dan folder baru
  • Kebanyakan ciri-ciri premium, seperti permintaan fail dan penguatkuasaan jemputan, akan dilumpuhkan 
  • Fail-fail tidak akan dibuang dan ahli pasukan akan masih dapat mengaksesnya

Cara keluar daripada keadaan terkunci

Jika anda seorang ahli pasukan, anda ada dua pilihan:

Jika anda seorang pentadbir pasukan, anda boleh menaik taraf langganan anda ataupun membubarkan pasukan. Kami syorkan supaya pentadbir pasukan mengambil tindakan secepat yang mungkin untuk mengekalkan integriti pasukan anda. Apabila pasukan berada dalam keadaan terkunci, ahli boleh meninggalkan pasukan.

Naik taraf langganan anda daripada keadaan terkunci

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Lihat langkah seterusnya dalam sepanduk merah di bahagian atas skrin anda.
  3. Klik butang Kekalkan Dropbox Business berwarna biru.
  4. Pilih pelan Dropbox Business.
  5. Isikan maklumat pembayaran anda.
    1. Perhatian: Sebelum menaik taraf, anda mungkin mahu membuang pengguna yang tidak memerlukan akses kepada kandungan pasukan bagi mengelakkan daripada membayar lesen yang tidak digunakan. Anda juga akan mahu membatalkan jemputan menunggu yang tidak penting.
  6. Klik Lengkapkan pembelian.

Selepas menaik taraf, anda akan perlu menjemput semula mana-mana ahli yang mungkin telah meninggalkan pasukan anda semasa ia berada dalam keadaan terkunci. Ahli-ahli ini akan perlu menerima jemputan anda untuk menyertai semula pasukan.

Bubarkan pasukan

Apabila pentadbir pasukan membubarkan pasukan, semua akaun ahli pasukan akan menjadi akaun Dropbox individu. Pentadbir pasukan akan menerima satu salinan semua kandungan pasukan. Mana-mana ahli pasukan yang bukan pentadbir pasukan akan kehilangan akses kepada kandungan pasukan. Ahli pasukan mengekalkan akses kepada fail dan folder milik mereka.

Selain itu, setelah pasukan dibubarkan, perkara berikut akan berlaku:

  • Struktur pasukan akan dihapuskan
  • Folder kongsian di luar ruangan pasukan akan mengekalkan perhubungan perkongsian
  • Jemputan menunggu akan dihapuskan
  • Pengguna yang digantung akan dihapuskan
  • Pautan kongsian ke kandungan milik pasukan akan terputus; pautan untuk folder/fail kongsian akan kekal
  • Kandungan pasukan yang dicipta oleh ahli pasukan yang terhapus akan hilang buat selama-lamanya
  • Folder yang diarkib akan dihapuskan
  • Fail dan folder yang dihapuskan tidak boleh dipulihkan

Untuk membubarkan pasukan anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Pergi ke halaman Keputusan Keadaan Terkunci.
  3. Klik Batalkan Dropbox Business dan bubarkan pasukan saya.
  4. Tandakan kotak rait untuk mengesahkan bahawa anda memahami tindakan membubarkan adalah kekal.
  5. Klik Bubarkan pasukan.

Cipta semula pasukan anda

Jika anda pernah membubarkan pasukan dan anda cuba mencipta pasukan yang baru, anda mungkin akan ditanya jika anda mahu mencipta semula pasukan lama anda. Anda akan dapat menjemput semula ahli pasukan lama anda semasa percubaan Dropbox anda.

Untuk mencipta semula pasukan anda: 

  1. Buka dropbox.com/business/buy dalam pelayar web anda. Anda akan dilencongkan ke halaman Cipta semula pasukan anda.
  2. Kemas kini maklumat pasukan anda termasuk nama, nombor hubungan dan saiz syarikat.
  3. Pilih ahli yang ingin dijemput semula.
  4. Klik Teruskan.
  5. Pilih sama ada pelan Standard atau Advanced.
  6. Pilih sama ada anda ingin dicaj secara tahunan atau bulanan. 
  7. Masukkan butiran pembayaran.
  8. Semak terma dan syarat dan tandakan kotak di sebelah “Saya bersetuju…”.
  9. Klik Lengkapkan Pembayaran.

 

Jika ahli dalam pasukan lama anda telah menyertai pasukan Dropbox Business yang baru, anda tidak akan dapat menjemput mereka kembali ke dalam pasukan anda.

Apa akan berlaku jika saya tidak berbuat apa-apa?

Jika anda tidak berbuat apa-apa, pasukan anda akan kekal dalam keadaan terkunci selama-lamanya. Semua orang akan terus mempunyai akses lihat-sahaja. Kerjasama lanjut tidak boleh dilakukan. Ahli pasukan akan dapat meninggalkan pasukan pada bila-bila masa.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan