Dropbox Paper: tetapan pentadbir untuk pasukan Dropbox Business

Dropbox Paper: Cara yang lebih ringkas dan berkuasa untuk bekerjasama.

Cipta dan kongsi dengan mudah, serta pastikan pasukan anda kekal selaras dengan manfaat tambahan kawalan pentadbiran bagi melindungi perniagaan anda.

Hidupkan atau lumpuhkan Paper

Untuk menghidupkan atau melumpuhkan Paper untuk pasukan anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Buka Konsol Pentadbir.
  3. Buka tab Tetapan.
  4. Pilih Paper di bawah Tetapan tambahan.
  5. Togol Hidupkan Paper kepada hidup atau mati.
  6. Bersetuju dengan terma Dropbox sebelum menghidupkan Paper.
  7. Klik Guna perubahan.

Perhatian: Paper akan dihidupkan secara lalai untuk semua pasukan Dropbox Business Standard dan Advanced yang dicipta selepas 7 Ogos 2017. 

Eksport semua dokumen Paper

Apabila anda melumpuhkan Paper, anda boleh mengeksport dokumen Paper anda ke fail Word atau Markdown. Untuk mengeksport dokumen anda:

  1. Selepas anda melumpuhkan Paper, klik Eksport # dokumen
  2. Pilih format fail dan klik Muat turun.
  3. Selepas eksport selesai, anda akan menerima satu e-mel dengan dokumen Paper anda dalam format yang anda pilih. Dalam e-mel ini, klik Muat turun dokumen.

Semua dokumen aktif milik ahli pasukan akan dieksport. Dokumen terhapus tidak akan dieksport.

Perkongsian pasukan sahaja

Pentadbir pasukan Dropbox Business boleh memilih dengan siapa ahli pasukan boleh berkongsi dokumen Paper. Pentadbir boleh memilih untuk menghidupkan perkongsian di luar pasukan ataupun dalam pasukan Dropbox sahaja. Untuk membataskan perkongsian kepada dalam pasukan anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Buka Konsol Pentadbir.
  3. Buka tab Tetapan.
  4. Pilih Paper di bawah Tetapan tambahan.
  5. Togol Berkongsi dokumen Paper di luar pasukan kepada hidup atau mati.
  6. Klik Guna perubahan.

Tetapan ini tidak retroaktif dan hanya akan dikenakan kepada dokumen yang dikongsi selepas tetapan ini diubah. Anda boleh melihat dokumen yang telah dikongsi bersama orang di luar pasukan anda dalam laporan aktiviti.

Perhatian: Mengubah tetapan ini kepada Mati juga akan menghalang ahli pasukan daripada mencipta dokumen di dalam folder luar yang dikongsi dengan mereka.

Privasi lalai dokumen Paper

Pentadbir boleh memilih tetapan privasi lalai untuk pautan ke dokumen Paper. Untuk mengubah privasi lalai dokumen Paper:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Buka Konsol Pentadbir.
  3. Buka tab Tetapan.
  4. Pilih Paper di bawah Tetapan tambahan.
  5. Di sebelah Tetapan perkongsian lalai, pilih daripada Sesiapa sahaja yang ada pautan, Ahli yang ada pautan, atau Lumpuhkan perkongsian luar.
    • Sesiapa sahaja yang ada pautan akan membenarkan sesiapa sahaja yang ada pautan—tidak kira mereka ahli pasukan atau tidak—untuk membuka dokumen
    • Ahli yang ada pautan akan membenarkan hanya ahli pasukan yang ada pautan untuk membuka dokumen. Bukan ahli pasukan tidak akan dapat membuka dokumen walaupun jika mereka ada pautan
    • Lumpuhkan perkongsian luar akan menghalang ahli pasukan daripada berkongsi dokumen dengan bukan ahli pasukan

Perhatian: Tetapan privasi untuk dokumen Paper individu boleh diubah jika tetapan perkongsian membenarkannya.

Kawalan penghapusan kekal

Secara lalai, pencipta boleh menghapuskan dokumen atau folder secara kekal selepas ia diarkib.

Pentadbir pasukan Dropbox Business boleh membataskan penghapusan secara kekal dokumen Paper kepada pentadbir pasukan sahaja. Untuk menghalang penghapusan secara kekal, pentadbir pasukan boleh mengubah tetapan penghapusan pasukan kepada Mati.

Perhatian: Jika Penghapusan ditetapkan kepada Mati, pentadbir pasukan boleh menghapuskan fail secara kekal dengan mendaftar masuk sebagai pengguna.

Perhatian: Tetapan ini akan dikenakan kepada fail Dropbox dan dokumen Paper.

Nyahpaut peranti mudah alih

Pentadbir boleh menyahpautkan peranti dengan aplikasi mudah alih Paper yang dipasang dari akaun ahli pasukan.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Buka Konsol Pentadbir.
  3. Buka laman Ahli.
  4. Klik nama ahli yang perantinya anda ingin nyahpaut.
  5. Di bawah peranti mudah alih Paper, klik untuk menyahpaut semua peranti mudah alih dari Paper.

Perhatian: Disebabkan dokumen Paper tidak disimpan secara setempat, menyahpautkan peranti mudah alih Paper akan membuang akses kepada mana-mana dokumen Paper pada telefon atau tablet anda. Ini berfungsi sama seperti penghapusan jarak jauh.

Daftar masuk sebagai pengguna

Pentadbir pasukan Dropbox Business boleh mendaftar masuk sebagai ahli pasukan. Semasa menggunakan daftar masuk sebagai, pentadbir boleh:

  • Lihat dokumen dan folder Paper
  • Kongsi dokumen dan folder dengan pengguna lain
  • Alih dokumen dan folder Paper
  • Pulihkan dokumen Paper yang diarkibkan
  • Arkibkan dan hapuskan dokumen Paper secara kekal

Pentadbir tidak boleh mencipta, menyunting dan menulis komen pada dokumen.

Untuk mendaftar masuk sebagai ahli pasukan dan mengakses akaun Paper mereka:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Buka Konsol Pentadbir.
  3. Buka laman Ahli.
  4. Klik ikon gear di sebelah nama ahli pasukan yang anda mahu daftar masuk sebagai.
  5. Klik Daftar masuk sebagai pengguna.
  6. Klik Daftar masuk untuk mengesahkan bahawa anda ingin log masuk sebagai pengguna yang dipilih.
  7. Klik tab Paper.
  8. Apabila anda selesai, klik Daftar keluar.

Perhatian: Semua tindakan yang dilaksanakan oleh pentadbir akan direkod dalam log aktiviti.

Log aktiviti Paper

Halaman Aktiviti menunjukkan ringkasan bagi aktiviti terbaru dalam pasukan. Pentadbir boleh memilih jenis aktiviti Paper pada halaman Aktiviti atau muat turun laporan aktiviti penuh.

Acara Paper akan direkod untuk:

  • Mencipta dan menyunting dokumen
  • Menulis komen dan menyelesaikan komen dokumen
  • Berkongsi dokumen dengan ahli pasukan dan bukan ahli pasukan
  • Mengarkib dokumen dan menghapuskan dokumen secara kekal
  • Permohonan akses dokumen daripada ahli pasukan dan bukan ahli pasukan
  • Paparan dokumen oleh ahli pasukan dan bukan ahli pasukan
  • Perubahan kepada dasar perkongsian

Untuk melihat log aktiviti:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Buka Konsol Pentadbir.
  3. Buka halaman Aktiviti.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan