Folder pasukan dikongsi terlebih dahulu dengan kumpulan Dropbox, yang termasuk ahli yang menjalankan fungsi yang serupa (contohnya, kumpulan kewangan). Kemudian, pentadbir yang mencipta folder pasukan menetapkan tahap akses yang betul (lihat atau sunting) untuk setiap kumpulan.
Subfolder yang dicipta di dalam folder pasukan juga boleh dikongsi dengan ahli pasukan individu dan orang di luar pasukan. Sama seperti kumpulan, pentadbir boleh menetapkan keizinan melihat atau menyunting bagi ahli individu di dalam subfolder.
Untuk bermula dengan kumpulan:
- Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
- Klik Konsol Pentadbir dalam bar sisi di sebelah kiri.
- Di bawah Produk, klik juntai bawah di sebelah kiri Dropbox.
- Klik Kandungan.
- Klik Cipta folder pasukan.
- Namakan folder pasukan anda.
- Tambah kumpulan (atau kumpulan) yang memerlukan akses kepada folder pasukan, dan tentukan jika kumpulan harus memiliki akses melihat atau menyunting.
- Anda boleh ke halaman kumpulan untuk mencipta kumpulan.
- Ingat, folder pasukan mesti dikongsi bersama kumpulan Dropbox, bukan individu.
Anda juga boleh berkongsi subfolder dalam folder pasukan dengan individu, di dalam dan di luar organisasi anda.
Untuk mencipta subfolder (folder yang berada di dalam folder pasukan):
- Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
- Klik folder pasukan.
- Klik Folder baru.
- Namakan subfolder ini.
- Klik Cipta.
- Setelah subfolder dicipta, klik Kongsi dengan Dropbox.
- Anda boleh berkongsi subfolder bersama individu atau kumpulan lain, dan anda boleh mengubah keizinan mereka kepada Boleh sunting atau Boleh lihat.
- Sahkan bahawa keizinan akses adalah betul.
Untuk memusatkan data organisasi anda, galakkan ahli pasukan untuk mengalihkan folder kongsian milik mereka ke dalam folder pasukan. Mana-mana pemilik folder kongsian boleh mengalihkan folder kongsian milik mereka ke dalam folder pasukan. Dengan langkah ini, pemilik folder kongsian akan memindahkan pemilikan fail kepada organisasi.