​​Saya menghadapi masalah dengan folder kongsian

Terdapat beberapa situasi apabila folder kongsian mungkin tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Semak setiap situasi yang dinyatakan dalam artikel ini untuk menyelesaikan masalah dengan folder kongsian.

Jika anda tidak menemui jawapan di sini, lawati artikel ini:

Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi folder dengan mudah.

Bahagian dalam artikel ini:

Saya tidak dapat melihat versi terbaru fail dalam folder kongsian

Terdapat beberapa sebab anda mungkin tidak dapat melihat versi terbaru fail dalam folder kongsian. Lawati artikel ini tentang isu penyelarasan fail atau semak setiap situasi di bawah.

1. Anda telah membuang folder kongsian daripada akaun anda

Jika anda menghapuskan atau membuang folder kongsian daripada akaun anda, anda tidak boleh mengakses folder itu lagi. 

Untuk menyemak sama ada anda telah menghapuskan folder kongsian di dropbox.com atau tidak:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com..
  2. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik tab Folder di bahagian atas halaman.

4. Layangkan tetikus ke atas folder yang ingin ditambah dan pilih Tambah ke Dropbox.

Jika anda telah memasang aplikasi desktop, folder kongsian akan diselaraskan semula secara automatik. Jika versi lama berada di lokasi yang sama, Dropbox akan menyelaraskan versi baru dan menambah “(1)” di hujung nama. Ini dapat mengelakkan masalah yang melibatkan dua folder mempunyai nama yang sama.

Jika anda ingin menukar atau memulihkan nama lama, anda boleh menamakan semula versi lama kepada apa-apa sahaja yang anda mahu, kemudian menamakan semula versi baru.

2. Fail tiada dalam folder kongsian sedangkan anda tidak menghapuskannya

Jika anda tidak dapat melihat fail yang ingin dilihat dalam folder kongsian, maka anda mungkin telah menghapuskan folder tersebut secara tidak sengaja.

Pastikan folder yang anda lihat masih dikongsi:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Cari folder kongsian itu.

Jika anda lihat "Tidak ditambah ke Dropbox" di bawah nama folder, anda sebenarnya telah membuang folder kongsian itu. Anda boleh Tambah ke Dropbox daripada halaman Dikongsi.

Jika folder kongsian itu aktif, pastikan fail anda ada dalam folder kongsian di dropbox.com. Jika tiada, anda boleh memulihkan fail anda.

Saya tidak lihat tetingkap pilihan folder kongsian

Jika tetingkap pilihan folder kongsian tidak muncul apabila anda mengklik Kongsi, anda mungkin mengalami masalah yang disebabkan oleh sambungan atau penambahan pelayar pihak ketiga (seperti tetingkap timbul atau penyekat iklan).

Untuk menyelesaikan masalah ini, lumpuhkan sebarang sambungan atau penambahan pelayar yang sedang berjalan buat sementara waktu. Setelah anda menukar tetapan folder kongsian dan tidak lagi memerlukan tetingkap pilihan folder kongsian, anda boleh mendayakan semula sambungan pelayar ini.

Jika anda ingin terus menggunakan sambungan, anda mungkin boleh mencipta pengecualian untuk Dropbox atau menyenaraiputihkan https://www.dropbox.com. Walau bagaimanapun, tidak semua sambungan menyokong fungsi ini.

Saya tidak dapat berkongsi folder dalam folder kongsian lain

Saya berada dalam pasukan perniagaan Dropbox

Ahli pasukan perniagaan Dropbox boleh berkongsi folder dalam folder pasukan. Jika folder kongsian tiada dalam folder pasukan, maka subfolder tidak boleh dikongsi dengan cara ini.

Saya pengguna Dropbox Basic, Plus atau Professional

Jika anda menggunakan pelan Dropbox Basic, Plus atau Professional dan anda tidak dapat berkongsi folder yang ada dalam folder lain, keizinan perkongsian anda dalam folder itu mungkin dibataskan oleh pemilik folder induk. Cuba hubungi pemilik folder induk untuk berkongsi folder dalam folder kongsian mereka.

Saya pelanggan Dropbox Family

Pelanggan Dropbox Family tidak boleh berkongsi subfolder dalam folder kongsian induk secara terus. Jika anda perlu berkongsi fail atau folder dalam folder kongsian induk, anda boleh kongsikan melalui pautan.

Folder kongsian mempunyai nama yang sama seperti folder lain

Jika anda menyertai folder kongsian yang mempunyai nama yang sama seperti folder dalam Dropbox anda, (1) akan ditambah pada nama folder kongsian baru itu.

Namakan semula folder asal yang menyebabkan konflik penamaan (yang tiada (1)). Kemudian anda boleh buang (1) daripada nama folder kongsian.

Folder kongsian berada dalam folder pasukan

Jika anda mempunyai akaun perniagaan Dropbox, anda mungkin mempunyai folder pasukan.

Jika anda mengalihkan folder kongsian ke dalam folder pasukan, anda sebenarnya memindahkan pemilikan folder itu kepada pasukan. Anda tidak lagi memiliki folder itu dan anda tidak boleh membuang folder itu daripada folder pasukan. Pentadbir dalam pasukan itu ialah satu-satunya orang yang boleh mengalih keluar folder daripada folder pasukan.

Jika anda mahu, anda boleh membuat salinan folder itu dan mengalihkan ke lokasi pilihan dalam akaun anda. Jika anda perlu membuang folder itu daripada folder pasukan, sila hubungi pentadbir pasukan anda.

Pemilik folder kongsian telah meninggalkan folder kongsian

Pemilik barang kali orang yang mula-mula menjemput anda ke folder kongsian. Jika anda tidak melihat pemilik untuk folder kongsian, pemilik mungkin telah meninggalkannya. Jika ini berlaku, anda boleh menghubungi pemilik asal dan meminta mereka untuk menambah folder kembali ke Dropbox mereka terlebih dahulu, dan kemudian memindahkan pemilikan kepada anda.

Jika anda tidak dapat menghubungi pemilik, anda boleh:

  1. Cipta folder kongsian baru.
  2. Seret fail daripada folder lama ke folder baru ini.
  3. Jemput semula ahli folder kongsian lama ke folder kongsian baru ini.

Anda telah meninggalkan folder dan ingin memindahkan pemilikan

Jika anda pemilik folder kongsian dan meninggalkannya tanpa memindahkan pemilikan, folder kongsian itu akan ketiadaan pemilik. Pemilik ialah satu-satunya ahli yang boleh membuang ahli daripada folder.

Jika anda tidak memerlukan folder ini lagi tetapi ahli lain memerlukannya, anda boleh menjadikan mereka pemilik. Mula-mula, tambah semula folder kongsian ke akaun Dropbox anda. Anda kemudiannya boleh memindahkan pemilikan folder itu kepada ahli lain.

Saya memerlukan keizinan menyunting untuk folder kongsian yang boleh saya lihat sahaja

Hanya pemilik atau penyunting folder kongsian yang boleh mengubah keizinan. Jika anda perlukan peranan yang berbeza dalam folder kongsian, hubungi pemilik atau mana-mana penyunting semasa dan minta mereka mengemas kini keizinan anda. Ketahui lebih lanjut tentang peranan dalam folder kongsian.

Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui jika folder saya telah dikongsikan?

Untuk menyemak sama ada folder dikongsi secara aktif antara anda dengan orang lain yang ingin diberikan akses kepada folder itu atau tidak:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
    • Untuk folder yang dimiliki oleh orang lain: Jika anda tidak melihat folder kongsian tersenarai, maka anda bukan ahli pada masa ini. Semak halaman Dikongsi untuk melihat sama ada anda boleh klik Tambahkan ke Dropbox pada folder itu atau tidak. Jika anda tidak melihat folder itu di situ, hubungi pemilik agar folder tersebut boleh dikongsi dengan anda.
    • Untuk folder yang anda miliki: Jika orang yang anda ingin kongsikan folder tidak dapat melihat folder itu tersenarai, maka mereka bukan ahli pada masa ini. Mereka perlu menyemak halaman Dikongsi untuk melihat sama ada mereka boleh klik Tambah ke Dropbox pada folder itu atau tidak. Jika mereka tidak melihat folder itu di situ, mereka perlu menghubungi anda.

Bagaimanakah cara untuk saya melihat ahli folder kongsian?

Anda boleh melihat ahli folder kongsian dengan mengikut arahan di bawah:

Di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com
  2. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik “” (elipsis) di sebelah nama folder yang ingin disemak.
  4. Klik Kongsi
  5. Klik [x] orang mempunyai akses.

Pada aplikasi desktop Dropbox:

  1. Buka folder Dropbox dalam Fail Explorer (Windows) atau Finder (Mac).
  2. Klik kanan atau control-klik folder yang betul dan pilih Kongsi….

Pada aplikasi mudah alih Dropbox:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “⁝” (elipsis menegak pada Android) atau “…” (elipsis pada iPhone/iPad) di sebelah folder yang betul.
  3. Tekan Tetapan Folder.
  4. Tekan kawasan di bawah [x] ahli.

Daripada paparan ini, anda boleh melihat ahli folder kongsian dan jenis akses yang mereka ada.

Perhatian: Apabila anda mengalihkan fail atau folder ke dalam folder kongsian, semua orang yang mempunyai akses kepada folder kongsian itu akan mendapat akses kepada fail atau folder yang dialihkan ke dalam folder kongsian itu.

Bagaimanakah jika fail hilang daripada folder kongsian yang tidak saya miliki?

Jika fail kelihatan hilang daripada folder kongsian, semak dahulu sama ada folder itu aktif dan ahli lain sedang menggunakannya atau tidak. Untuk berbuat demikian:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Cari folder tersebut dan buka.
  4. Semak untuk mengetahui sama ada fail itu muncul atau tidak. Jika fail tidak muncul, maka pemilik folder kongsian (atau ahli yang mempunyai akses menyunting) mungkin perlu mengongsikan semula folder itu.

Perhatian: Jika anda perlu menghubungi sokongan Dropbox tentang masalah dengan folder kongsian, pemilik (atau ahli yang mempunyai akses menyunting) perlu mengemukakan permintaan tersebut.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan