Pentadbir: Cara mengurus ruang pasukan untuk pasukan anda

Dikemas kini Feb 08, 2024
person icon

Artikel ini menerangkan ciri yang tersedia kepada jenis pentadbir tertentu dalam akaun pasukan Dropbox.

Jenis pentadbir tertentu boleh mengawal struktur folder tahap teratas untuk akaun pasukan mereka, serta keizinan menyunting dan mengakses folder pasukan. Mereka juga boleh mengakses folder peribadi ahli pasukan daripada konsol pentadbir.

Cara membenarkan ahli pasukan menambah folder tahap teratas

Pentadbir pasukan dalam sesetengah akaun boleh memilih sama ada semua ahli atau hanya pentadbir yang boleh menguruskan folder tahap teratas.

Jika tetapan ini ditetapkan kepada Pentadbir sahaja, ahli pasukan tidak boleh mencipta atau menguruskan folder tahap teratas. Bagaimanapun, ahli pasukan boleh menambah subfolder kepada folder tahap teratas jika mereka telah diberikan akses menyunting.

Untuk mengubah tetapan ini:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Di bawah Kandungan, klik Pengurusan kandungan tahap teratas.
highlight icon

Perhatian: Jika anda tidak melihat pilihan ini, anda masih boleh menetapkan keizinan untuk folder pada tahap teratas daripada halaman Kandungan .

  1. Klik menu pilihan dan pilih tetapan yang betul untuk pasukan anda:
    • Semua orang: Semua ahli pasukan boleh menguruskan folder tahap teratas. Ahli-ahli boleh mencipta folder pasukan, yang tidak dikongsi dengan sesiapa secara lalai, dan memilih orang yang akan menerima perkongsian.
    • Pentadbir sahaja: Hanya pentadbir yang boleh menguruskan folder tahap teratas . Ahli pasukan tidak boleh menambah folder kepada tahap ruang pasukan ini.
  2. Klik Simpan.
highlight icon

Perhatian:

  • Jika anda memilih Pentadbir sahaja, anda boleh menggunakan tab Kandungan untuk menambah, menghapuskan, menamakan semula, atau mengalihkan kandungan dalam tahap teratas ruang pasukan. Butang Muat naik dan Cipta pada halaman Semua fail akan dikelabukan.
  • Jika anda memilih Semua orang, anda boleh menggunakan sama ada halaman Kandungan , halaman Semua fail atau apl desktop untuk menyunting tahap teratas ruang pasukan.
  • Orang yang mencipta folder pasukan boleh memilih waktu mereka ingin berkongsi folder itu dan orang yang akan menerima perkongsian.

Cara mencipta folder tahap teratas

Dari halaman Kandungan, anda boleh mengatur struktur folder untuk pasukan anda. Pentadbir pasukan juga boleh menguruskan keahlian mana-mana kandungan kongsian. 

Untuk mencipta folder pasukan:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Kandungan.
  4. Klik Cipta folder pasukan di sebelah kanan.
  5. Cipta nama untuk folder ini.
    • Buang tanda rait pada kotak di sebelah Selaraskan folder ini secara automatik ke komputer ahli untuk mengelakkan penyelarasan automatik.
  6. Klik Cipta.
  7. Pilih jika anda mahu semua orang dalam pasukan anda untuk mempunyai akses kepada folder ini atau hanya ahli-ahli tertentu.
  8. Jemput kumpulan ke folder pasukan dengan memasukkan nama kumpulan. Ketahui cara menyediakan kumpulan.
    • Klik menu pilihan, kemudian pilih Boleh sunting atau Boleh lihat.
  9. Klik Tambah.
highlight icon

Nota: Apabila folder pasukan dicipta, orang yang mencipta boleh memilih waktu mereka ingin berkongsi folder itu dan orang yang akan menerima perkongsian.

Cara mengurus akses kepada folder tahap teratas

Untuk menguruskan akses kepada folder tahap teratas:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol pentadbir.
  3. Klik Kandungan.
  4. Layangkan tetikus ke atas folder yang ingin diuruskan aksesnya.
  5. Klik Urus.
highlight icon

Perhatian: Anda akan melihat senarai nama dan kumpulan semua orang yang boleh mengakses folder pasukan ini.

  1. Klik menu pilihan di sebelah nama orang atau kumpulan yang ingin ditukar akses. Dari sini, anda boleh memberikan keizinan Boleh sunting atau Boleh lihat bagi folder pasukan. Atau anda boleh membuang keizinan sepenuhnya dengan mengklik Buang. Klik Buang sekali lagi untuk mengesahkan. Anda juga boleh menaip nama seseorang atau kumpulan dan klik Tambah untuk menambah mereka ke folder.
highlight icon

Perhatian: Pentadbir juga boleh menghapuskan, mengarkib, menyalin dan menamakan semula folder pasukan.

Cara mengakses folder peribadi ahli pasukan

Pentadbir pasukan dalam pelan Advanced dan Enterprise boleh mengakses folder ahli pasukan menggunakan log masuk sebagai ahli atau daripada halaman Kandungan . Untuk mengakses folder ahli pasukan daripada halaman Kandungan:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Ahli.
  4. Klik ikon gear di sebelah ahli pasukan yang ingin anda gunakan untuk log masuk.
  5. Klik Log masuk sebagai ahli.
  6. Klik Log masuk untuk mengesahkan.
  7. Apabila selesai, klik Log keluar pada sepanduk merah di bahagian atas halaman.

Ketahui lagi tentang "log masuk sebagai ahli".

Untuk mendapatkan bantuan menguruskan folder pasukan atau untuk membatalkan pelan atau percubaan pasukan Dropbox anda, hubungi Sokongan Dropbox.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan