Kami menghentikan sementara pembangunan Dropbox Spaces pada 4 Januari 2023. Dropbox Spaces kini dalam beta dan tertakluk pada
terma tambahan.
Cara mencari fail dan folder Dropbox Spaces anda
Setiap projek yang anda cipta dalam Dropbox Spaces dipautkan ke folder “Spaces” dalam Dropbox. Apabila anda menambah fail atau pautan, item tersebut akan disimpan dalam folder itu untuk akses yang mudah dan penyimpanan yang selamat. Untuk mencari folder “Spaces” anda dalam Dropbox:
Dropbox Standard, Advanced atau Enterprise
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Navigasi ke folder ahli pasukan anda.
- Anda akan melihat folder individu untuk setiap projek yang anda cipta dalam Dropbox Spaces.
- Klik folder projek untuk melihat semua fail dan pautan yang dikaitkan dengan projek tersebut.
Jika anda tidak menjumpai projek dalam folder "Spaces" anda, maka projek itu telah dicipta oleh orang lain dalam Dropbox Spaces. Untuk menentukan pemilik projek:
- Daftar masuk ke Dropbox Spaces
- Navigasi ke Project Space
- Klik Kongsi.
Pemilik akan disenaraikan di bahagian atas sebelah kanan. Jika anda memerlukan fail daripada projek mereka, hubungi pemilik untuk meminta akses.
Perhatian: Kami juga mengesyorkan agar anda memindahkan semua projek ke dalam folder kongsian supaya anda boleh memberikan akses kepada pengguna yang memerlukan akses.
Dropbox Basic, Plus, Professional dan Family
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik folder “Spaces”.
- Anda akan melihat folder individu untuk setiap projek yang anda cipta dalam Dropbox Spaces.
- Klik folder projek untuk melihat semua fail dan pautan yang dikaitkan dengan projek tersebut.
Cara menyimpan tugasan dan pelan anda
Dropbox Spaces tidak menyandarkan tugasan dan pelan dalam Dropbox dengan cara yang sama seperti fail dan pautan projek. Untuk menyimpan tugasan dan pelan, anda perlu menyalin maklumat secara manual ke alat baru pilihan anda.
Kami amat mengesyorkan agar anda menyalin tugasan dan pelan anda ke Dropbox Paper.
Untuk menyalin tugasan dan pelan anda ke Dropbox Paper:
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Cipta dokumen Paper.
- Masukkan nama dan penerangan projek anda
- Cari bar alat berwarna hitam di bahagian bawah halaman.
- Klik ikon kalendar untuk mencipta blok projek.
- Klik ikon tanda rait untuk menambah tugasan tertentu.
- Perhatian: Anda boleh menetapkan tarikh akhir dan menambah penerima tugasan untuk sebarang tugas yang ditambah.
- Klik ikon tanda rait di bahagian atas kanan untuk melihat senarai Perkara yang perlu dilakukan bagi semua tugasan dan navigasi ke tugasan tertentu.