Dropbox Vault adalah satu ciri yang membolehkan anda mencipta satu lokasi dalam Dropbox dengan lapisan keselamatan tambahan untuk fail-fail paling sensitif anda. Jika anda menerima jemputan untuk menjadi kenalan yang dipercayai untuk vault seseorang, itu bermakna kini anda boleh memuat turun fail-fail sensitif dalam vault mereka.
Beberapa contoh fail sensitif yang boleh disimpan dalam vault termasuk dokumen pengenalan diri, perubatan, mahkamah atau kewangan.
Ketahui bagaimana untuk mencipta vault anda sendiri dalam artikel gambaran umum Dropbox Vault.
Perhatian: Anda mesti mempunyai akaun Dropbox untuk menjadi kenalan yang dipercayai. Jika anda belum ada akaun Dropbox, anda akan diminta untuk mencipta akaun Dropbox sebelum anda boleh menerima jemputan anda.
Untuk menerima jemputan untuk menjadi kenalan yang dipercayai:
Jika anda mengabaikan jemputan, pemilik vault akan melihat jemputan anda sedang menunggu. Jika anda menolak jemputan, pemilik vault akan menerima satu e-mel yang memaklumkan mereka.
Anda boleh memuat turun fail-fail sensitif dalam vault sekaligus sebagai fail ZIP.
Perhatian: Anda memerlukan kata laluan Dropbox anda untuk memuat turun fail dari vault.
Untuk memuat turun semua fail dalam vault:
Pemilik vault itu akan dimaklumkan bahawa anda telah memuat turun fail.
Apabila anda dijemput untuk menjadi kenalan yang dipercayai, nama orang yang menjemput anda akan ada dalam jemputan e-mel anda.
Jika anda ingin melihat siapa yang telah menjadikan anda kenalan yang dipercayai pada bila-bila masa: